Monday, August 04, 2008

tarikh kelahiran seorang anak kecil

Empat puluh tahun yang lalu, ada seorang anak kecil perempuan yang dilahirkan di rumah atuknya di Semanggol.Masa ibunya melahirkan anak itu adalah dalam bulan Ramadhan..

kata ibunya "dah dekat dekat nak raya..keluar pula anak ni.."

kebetulan pulak, tarikh anak itu dilahirkan adalah 25 hb Disember...hari Natal. dan seminggu lagi nak raya puasa..

Ibu budak perempuan ni pun menangguh nangguhkan pendaftaran kelahiran si anak kecil ini sebab semua orang sibuk membuat persiapan hari raya..

Tup tup bila dah lepas dua minggu, barulah nak didaftarkan kelahiran si anak kecil itu...

Sementara itu pula, dulu pun kena denda juga kalau mendaftar lewat.

jadi oleh kerana si ayah tak nak kena denda..(maklum lah 10 ringgit dulu macam kena denda seratus ringgit sekarang)...maka si ayah pun mengenjakkan tarikh kelahiran anaknya menjadi 26hb Disember...

Hmmmm dolu dolu..boleh enjak enjak pula tarikh kelahiran ni..lahir pun ngan mak bidan..kat rumah pulak tu..bukan kat hospital..

maka dengan sebab itu termaktublah sampai ke hari ini yakni tarikh kelahiran si bayi perempuan ini tadi menjadi 26hb Disember 1967...walaupun sebenarnya si bayi ini dilahirkan pada 25hb Disember 1967...

3 comments:

Gurindam Jiwa said...

Ewaaah, dah blogging balik ye. Dah jumpa password la tu. Bagus, bagus...

Kok kok kalau terlupa, oleh kerana dah bagi tau awal-awal ni, Selamat Birthday in advanced.

hidayatun said...

rajin pulak la baca saya punya blog yang sunyi sepi ni...thank you

Gurindam Jiwa said...

Kawan-kawan lah kalau nak sokong usaha kawan-kawan pun.