Wednesday, August 27, 2008

Opah dan toknek!

Assalamualaikum,

Aku ni dok terfikir bila masa dok riba baby nak tidog. Alangkah beruntungnya anak anakku kerana masih ada tok nek atau bahasa bakunya dipangge Moyang. Tok nek depa ni pula baik dan penyayang le sesangat. Tok nek depa ni nama dia Manis. Tok nek manis ialah mak kepada mak mertua aku. Kiranya tok mertua aku la yang juga tok kepada suami aku.

Belah utara, nenek dipangge tok. Manakala panggilan datuk pula ialah tokwan. Mai tang moyang pulak, belah utara pangge tok nek. Tak kira tok nek lelaki ka atau pompuan, dua dua dipangge tok nek.

Mai belah aku, time aku kahwin, semua tok dan tokwan aku dah tak dak. Mak kepada ayah aku lama dah meninggal. Aku tak pernah kenai. Mak aku pun tak kenai. Yang aku kenai ialah mak tiri kepada ayah aku. Sebab mak kepada ayah aku mati muda. Lepas mak kepada ayah aku meninggal, tokwan aku kahwin lain. Tu lah dia juga mak kepada seorang Prof yang agak terkenal di UKM. Prof ni kiranya bersaudara tiri ngan ayah aku.

Aku kenai tok ni la saja kalau belah ayah aku. Tokwan aku belah ayah meninggal waktu aku darjah dua. Aku pun ingat ingat lupa muka dia. Kiranya tokwan aku ni cenge sikit jadi aku pun tak dak memori yang menarik dengan tokwan aku.

Yang aku tau, aku dulu dok pelekoh naik basikal tokwan time mula mula belajag. Naik dok celah galang..Lepas tu mak mak sedara aku dok bagi warning.."Mo kalau pancit tayar, sat lagi hang kena!!" Tapi aku tak pernah serik. Dan tok wan pun tak pernah tibai aku sebab time aku dok belajag naik basikal tu, dia dah tak dak. Saja mak mak sedara aku nak bagi aku ketag lutut. Basikal tu punya besag, aku rasa. Berat kemain. Selalu terlajak masuk bendang. Lepas tu terhegeh hegeh nak angkat..

Belah mak aku pula, ayah mak yang depa dok pangge 'Apak' meninggal lagi awai. Masa tu aku umug lebih kurang 5 tahun. Aku cuma ingat dia usung seguni durian atas belakang dia time mai rumah aku.Masa tu kami dok kat Batu Gajah. Yang memori tu saja, yang aku boleh ingat. Yang lain tak tau apa.

Manakala tok belah mak yang aku pangge mak didik meninggal masa aku belajag kat Shah Alam. Dia meninggal sebab accident. Naik basikal, lori langgar dari belakang. Hit and run driver. Yang mak didik nilah saja yang aku dok rapat sesangat.

Aku banyak kenangan manis ngan mak didik ni saja. Dok melawak sesama ngan dia. Dok tolong dia kait buah limau kasturi dan limau nipis. Dulu mak didik berkebun limau. Sekali kait ,dapat empat lima guni limau. Pastu jual. Dok tolong kupas durian buat tempoyak. Buang biji durian sebab nak buat tempoyak. Sekali musim durian dapat tiga empat biji tempayan, tempoyak ASLI. Dok tolong mak didik kukug nyok. Mai tang kukug nyok ni cukup letih. Sebab dah kukug, nak kena perah santan. Bukan sebijik..Tetapi berbiji biji nyog. Sebabnya nak buat minyak kelapa ASLI! Aku cukup leceh buat kerja ni. Ngelat selalu... Habis sangat kalau malas, mak didik suruh susun kayu api tindan tindan yang dah dipotong dan dibelah kat bawah rumah.

Dan..Semua kerja kerja ni pun dibuat secara sukarela. Time time cuti sekolah...serta bermusim..
Aduhai..bersyukur kerana ada juga kenangan.

No comments: