Sunday, August 24, 2008

masih tak berpeluang pergi MAHA

MAHA yang lalu, aku tak berpeluang kerana mempunyai hal tertentu menghalang untuk aku pergi. Tahun ini nampaknya aku kehampaan lagi kerana tidak dapat juga aku ke sana walaupun Bandar Baru Bangi dan UPM tu berapa jauhlah sangat jaraknya. Aku tak tahu kenapa MAHA memang menggamit hatiku. Berkali kali aku nyatakan hasrat hatiku kepada suami untuk ke sana namun akhirnya aku terpaksa mengalah kepada masa dan keadaan yang tak mengizinkan. Mungkinkah pertanian ini adalah jiwaku? Entahlah..Tapi aku mungkin terpengaruh atau terdorong kerana zaman kanak kanakku dipenuhi dengan aktiviti pertanian. Kegemaran ibu dan aku sewaktu aku berumur sepuluh tahun adalah menanam sayur sayuran, bunga bungaan dan menternak ayam dan itik. Hobi ibuku ini masih diteruskan hingga sekarang walaupun aku kini sudah tidak lagi bertanam bunga bungaan atau sayur sayuran apatah lagi menternak ayam dan itik.
Salah satu perkara yang menjadi kegemaran ibuku dulu ialah menanam sayur sayuran. Kacang panjang, bendi, jagung, cili pelbagai saiz, ubi keledek, ubi kayu dan segala jenis tanaman lagi yang menjadi seolah satu hiburan bagi aku juga. Aku terlalu gemar untuk bangun di pagi hari sambil bersiar siar di dalam kebun di sekeliling rumahku. Ianya menjadi satu rutin untuk aku bangun dan melihat bagaimana tumbuh tumbuhan ini membesar, berbunga dan menghasilkan buah. Ianya cukup berguna bagi seorang kanak kanak kampung yang kerdil dan terpencil untuk memahami ilmu sains dan kebesaran Allah. Tidak sia sia ibuku menanam sayur sayuran dan membela ayam itik. Bukan sahaja mendapat hasil secara terus tetapi juga aku dapat mendalami ilmu Sains walaupun aku sekadar budak hingusan kampung...
Hmm..sewaktu peperiksaan penilaian darjah lima, apa yang aku dapat untuk subjek sains? A... Alhamdulillah...Dan aku rasa sebenarnya tarikan MAHA yang berlangsung di UPM itu adalah lebih kepada mengingatkan aku sewaktu zaman kanak kanak aku dan mendekatkan aku kepada YANG MAHA BERKUASA..

No comments: