Duhai nafsu..
Apakah kan kubiarkan kau menerajah tatacara hidupku?
Duhai nafsu..
Apakah kan kubiarkan kau mencaturi langkah atur perbuatanku?
Duhai nafsu..
Apakah kan kubiarkan kau menunggangi benak akal fikiranku?
atau
Apakah kan kubiarkan kau menodai segala warna putih hatiku dengan titik titik hitam kelammu?
Duhai nafsu..
Kini ramadhan datang lagi..
ingin sekali kau kuperhambat dan kuikat malah kurantai
dek kerana kasih dan cintaku pada yang Kudus..
ingin sekali kau ketepi kan
dek kerana patuh dan tundukku pada pencipta..
ingin sekali kau kuinjak dan nyahkan
demi cintaku pada ilahi..
Ya Ramadhan..
benarkanlah aku melakukannya kali ini..
benarkanlah...
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
Sunday, August 31, 2008
Kutunggu kedatanganmu duhai Ramadhan..
Hidup ini terlalu singkat..
kurasa baru kelmarin aku melalui denai denai kecil..
Langkah langkah kecil longlai melalui ranjau ranjau kehidupan.
Kini usiaku meniti hari hari akhir..dunia ini sekadar tempat persinggahan..Aku bagaikan seorang kembara yang sekadar melepaskan hela lelahku di tanah yang gersang ini.
Apa bekalan dalam perjalananku ini?
Apakah dunia ini begitu mengasyikkan?
Warna warni dunia begitu menggamit jiwa kerdil ini?
Apakah aku tertewas dengan keindahan dunia yang begitu sementara ini?
Duhai jiwa..apakah ketenangan sebenar yang dicari? Roh dan jasad bersatu menjadi diri..jasad sekadar sekujur tubuh yang berubah mengikut masa..Tiada apa yang patut dibangga dengan kujur tubuh yang akan larut dan luntur dek masa..apakah telah aku biarkan rohku usang dan kering bersawang dalam rongga kujur tubuhku ini..?
Tuhanku..mungkinkah datangnya Ramadhan kali ini dapat memberi kesegaran penuh makna bagi rohku yang kekeringan?
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..moga kutemui titis titis rahmatMu ya Rabbi dalam Ramadhan kali ini..InsyaAllah..

Saturday, August 30, 2008
oooh ibu..
Salam,
Aku tak tahu samada aku patut menyesal, mengeluh, menangis, sedih, marah, benci, gembira atau apa.. Aku sudah tidak tahu membezakan perasaanku. Aku sebenarnya agak keliru. Sukar untuk aku berfikir secara rasional walaupun sudah berkali kali aku cuba untuk tidak memasukkan emosiku sewaktu aku berfikir..
Ibuku dilamar oleh jiranku..!!
Ibuku yang telah berumur 60 tahun dan telah menjadi balu selama hampir 3 tahun ini kini menunggu nunggu jawapan kami adik beradik untuk samada bersetuju atau tidak dengan lamaran pakcik jiran kami itu.
Secara kebetulan pakcik yang berumur kira kira 60 tahun ini juga telah kehilangan isterinya sebulan yang lalu dan disebabkan oleh penyakit yang serupa dengan ayahandaku
Esok, sepatutnya aku bersama dengan adik adikku untuk bersemuka dengan ibuku di kampung..tetapi nampaknya aku memutuskan untuk tidak hadir! Entah kenapa..Mungkin berbagai perkara yang aku terpaksa fikirkan dalam masa terdekat ini. Dan perkara mengenai ibuku ini seperti seolah olah satu perkara yang aku ingin ketepikan dan cuba tenggelamkan. Ianya seolah tidak termasuk dalam senarai perkara penting. Ianya seolah satu perkara yang tidak harus berada dalam perkara penting WALAUPUN ianya satu perkara yang amat penting!
Aaaahh!!
Tempohari, aku dan adik beradikku telah pun bersetuju sebulat suara untuk membiarkan ibuku bernikah lagi. Bagi kami semua, kami sebenarnya tidak layak membuat keputusan untuk membantah kehendak ibu kiranya bonda ingin bernikah lagi. Tidak kiralah samada ibuku telah melewati umur 60 tahun sekalipun. Bukan hak kami sebagai anak untuk menentang! Malah kami tidak layak sama sekali..
Tapi hatiku tetap merasa sayu..malah airmataku tak mungkin dapat kutahan kiranya aku mengingati diri ayahandaku. Mujur kandaku yang seorang itu faham dan adinda adinda lain juga faham. Ayahanda tetap ayahanda. Dia insan yang unik dan tiada mungkin akan ada pengganti seperti ayahanda di hati kami semua.
Ibuku keseorangan. Sebagai seorang wanita tua yang keseorangan di kampung, kedudukan ibu agak merbahaya tambahan kampungku kini seringkali ada pecah rumah. Ibu selalu menyatakan kerisauannya bila keseorangan. Kami semua faham tentang itu.
Cumanya calon yang melamar ibu ini yang agak disangsi..Entahlah..Aku tidak kenal hati budi jiran ini walaupun dia seorang jiran..Sewaktu zaman kanak kanakku, kami jarang diberi kebenaran untuk bermain di rumah mereka. Setahu aku, anak pakcik ini ada yang sebaya dengan kami tapi aku sudah ingat ingat lupa kerana mereka pun jarang datang ke rumah kami.
Lagipun masa remajaku bukan banyak di kampung. Bila sudah dewasa maka masing masing sudah punya keluarga sendiri jadi agak sukar untuk bertemu mesra.
Aku terlalu takut untuk menerima hakikat ini, gamaknya..Aku telalu takut pada perkara yang aku sendiri tidak tahu. Memang benar cakap kandaku atau memang benar juga bisik hatiku..
Banyak perkara sebenarnya yang berada luar daripada pengetahuan kita. Kita terlalu kerdil. Pengetahuan kita terlalu dangkal. Kita tidak tahu masa hadapan kita dan bagaimana mungkin kita sangsi pada masa hadapan. Apa pun yang akan berlaku pada masa hadapan ini bukannya dalam perancangan kita sebenarnya. Ianya dalam perancangan Allah cuma kita sahaja yang mesti bersedia melaluinya.
Samada kita berjaya melaluinya atau tidak, itupun bukan pilihan kita..

Wednesday, August 27, 2008
Opah dan toknek!
Assalamualaikum,
Aku ni dok terfikir bila masa dok riba baby nak tidog. Alangkah beruntungnya anak anakku kerana masih ada tok nek atau bahasa bakunya dipangge Moyang. Tok nek depa ni pula baik dan penyayang le sesangat. Tok nek depa ni nama dia Manis. Tok nek manis ialah mak kepada mak mertua aku. Kiranya tok mertua aku la yang juga tok kepada suami aku.
Belah utara, nenek dipangge tok. Manakala panggilan datuk pula ialah tokwan. Mai tang moyang pulak, belah utara pangge tok nek. Tak kira tok nek lelaki ka atau pompuan, dua dua dipangge tok nek.
Mai belah aku, time aku kahwin, semua tok dan tokwan aku dah tak dak. Mak kepada ayah aku lama dah meninggal. Aku tak pernah kenai. Mak aku pun tak kenai. Yang aku kenai ialah mak tiri kepada ayah aku. Sebab mak kepada ayah aku mati muda. Lepas mak kepada ayah aku meninggal, tokwan aku kahwin lain. Tu lah dia juga mak kepada seorang Prof yang agak terkenal di UKM. Prof ni kiranya bersaudara tiri ngan ayah aku.
Aku kenai tok ni la saja kalau belah ayah aku. Tokwan aku belah ayah meninggal waktu aku darjah dua. Aku pun ingat ingat lupa muka dia. Kiranya tokwan aku ni cenge sikit jadi aku pun tak dak memori yang menarik dengan tokwan aku.
Yang aku tau, aku dulu dok pelekoh naik basikal tokwan time mula mula belajag. Naik dok celah galang..Lepas tu mak mak sedara aku dok bagi warning.."Mo kalau pancit tayar, sat lagi hang kena!!" Tapi aku tak pernah serik. Dan tok wan pun tak pernah tibai aku sebab time aku dok belajag naik basikal tu, dia dah tak dak. Saja mak mak sedara aku nak bagi aku ketag lutut. Basikal tu punya besag, aku rasa. Berat kemain. Selalu terlajak masuk bendang. Lepas tu terhegeh hegeh nak angkat..
Belah mak aku pula, ayah mak yang depa dok pangge 'Apak' meninggal lagi awai. Masa tu aku umug lebih kurang 5 tahun. Aku cuma ingat dia usung seguni durian atas belakang dia time mai rumah aku.Masa tu kami dok kat Batu Gajah. Yang memori tu saja, yang aku boleh ingat. Yang lain tak tau apa.
Manakala tok belah mak yang aku pangge mak didik meninggal masa aku belajag kat Shah Alam. Dia meninggal sebab accident. Naik basikal, lori langgar dari belakang. Hit and run driver. Yang mak didik nilah saja yang aku dok rapat sesangat.
Aku banyak kenangan manis ngan mak didik ni saja. Dok melawak sesama ngan dia. Dok tolong dia kait buah limau kasturi dan limau nipis. Dulu mak didik berkebun limau. Sekali kait ,dapat empat lima guni limau. Pastu jual. Dok tolong kupas durian buat tempoyak. Buang biji durian sebab nak buat tempoyak. Sekali musim durian dapat tiga empat biji tempayan, tempoyak ASLI. Dok tolong mak didik kukug nyok. Mai tang kukug nyok ni cukup letih. Sebab dah kukug, nak kena perah santan. Bukan sebijik..Tetapi berbiji biji nyog. Sebabnya nak buat minyak kelapa ASLI! Aku cukup leceh buat kerja ni. Ngelat selalu... Habis sangat kalau malas, mak didik suruh susun kayu api tindan tindan yang dah dipotong dan dibelah kat bawah rumah.
Dan..Semua kerja kerja ni pun dibuat secara sukarela. Time time cuti sekolah...serta bermusim..
Aduhai..bersyukur kerana ada juga kenangan.

maryam's favourite
Dalam 'Blogger' ni ramai yang suka berpantun.
Tapi aku ni bukanlah pandai berpantun sangat.
Tapi aku rasa, Maryam anakku kena ingat pantun ini..
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan..
Dia pun budak yang baru nak belajar hidup..
Tapi dia punya favourite, inilah..cempedak goreng.
Nak nak pula digoreng waktu petang petang time hujan turun..
Dan dimakan sewaktu berbuka puasa
Hmmmmm sedapnya..
Tuesday, August 26, 2008
Kenapa? Tak percaya ke..??
Dalam cuti sekolah ni, aku ada pergi ke rumah seorang kawan di Senawang. Pada masa yang sama, kebetulan pula datang sepasang suami isteri kepada kawanku ini ke rumah mereka. Maka berkenal kenalanlah aku suami isteri dengan sepasang kawan yang hadir tadi.
Sembang punya sembang, entah bagaimana bila bertanyakan pasal pekerjaan maka aku pun memberitahu aku ni mengajar..bukan cikgu sekolah menengah, bukan juga cikgu sekolah rendah tetapi cikgu tadika..sekadarnya. Aku agaklah, oleh kerana memandangkan usiaku yang lebih 'dewasa' sikit dari yang empunyai diri maka kenalan baru aku tadi pun bertanya apakah aku tuan empunya tadika tadi.
Maka dengan selamba aku menjawab " Tak, saya sekadar pekerja."
Lalu bertanyalah sikenalan aku tadi " Tak teringin ke nak own sendiri ?."
Maka aku jawab," Ntahlah..kalau memandangkan banyaknya kerja yang terpaksa dilakukan di tadika, errr..tak da la rasanya nak buka sendiri."
Lagipun kataku "Kena kuat semangat kalau nak own sendiri tadika.Dan saya takut saya tak daya."
Nak buat sesuatu kena teruskan..Berpatah arang, berkerat rotan.
Maka kenalan aku tadi pun berceritalah yang dia memang teringin nak buka tadika sendiri. Dia dah pun berkursus dengan Persatuan pengusaha Tadika2 Malaysia. Dia pun bercerita begitu begini kepada aku. Aku pun sekadar mendengar. Maka entah bagaimana dia bertanya pada aku apakah menjadi guru tadika ini pilihan aku. Aku pun menjawab..entahlah. Kebetulan kut.. Selama ini pun aku hanyalah sekadar seorang suri rumah tangga yang menguruskan anak anak saja.Cumanya aku pernah menjadi guru tuisyen English dan Matematik yang mengajar secara personal. Aku juga pernah menjadi guru fardhu Ain di sebuah surau di Wangsa Maju tetapi aku lakukan kebanyakkannya secara sukarela. Kebetulan aku berkelapangan maka aku isikanlah masa aku itu dengan mengajar. Aku juga biasa mengajar sewaktu aku di USA lagi. Mengajar Al-Quran pada anak anak kecil. Anak anak orang Pakistan dan Iran. Kenalan aku tadi terkejut bila dia mendapat tahu aku pernah ke luar negara. Disangkakan aku mengikut suami. Tak..aku pergi sebagai seorang pelajar. Dia hairan sebab aku tak teruskan karier aku dalam bidang yang aku belajar..Entahlah aku kata.."Mungkin sepatutnya saya ni pilih bidang Early Children Education kut..dan bukannya bidang Engineering." kataku..
Aahh..sebenarnya cita citaku dulu ialah untuk menjadi pensyarah universiti. Ironinya..aku sekadar menjadi guru kecil kepada rata ratanya anak anak pensyarah. Apa pun aku rasa setiap manusia telah ditentukan rezeki mengikut aturan dan ketentuan Allah. Kita merancang. Allah juga ada rancanganNya. Apalah sangat rancangan dan planning kita tu jika dibandingkan dengan perancangan dan ketentuan Allah.
So kenapanya la nak susah susahkan diri memikirkan nye ye...Well...
Rasa macam nak demam..
Adui..Hari ni kepala aku sakit..Hidung dah la tersumbat sebab selsema.
Semalam selepas terjaga dari tidur sebab hujan lebat tu, aku tak berapa boleh lena balik. Tup tup dah azan subuh..Suami aku mangkit gerak. Aku dah berjaga lama dah..Rasa geram gak bila dia panggil walhal aku dok struggle tak boleh nak lena balik. Dah la hujan sejuk kedi..Baby Mawaddah dok keriau nak susu, aku dah jaga mangkit bancuh..
Pagi ni pulak si Huda buat perangai. Pukul 7, kita suruh dia masuk mandi, dok termenung lagi. Bila tanya, dia kata bilik ayark tak buka lampu. Last last, pukui 7.15 baru nak masuk bilik ayark. Dah masuk pulak, dok termenung tepi kolah, kira berapa titik ayark kut..
Hari ni mujurk lepas mandi Baby Mawaddah baik ja.Masuk dalam kereta hantag pi nursery pun tak banyak hal. Selalu pun dia memang tak banyak hal. Yang dok lebihnya si Huda ja..Ada ja songelnya yang bagi aku lambat keluag nak pi sekolah. Mujurk pepagi Muhammad susah nak jaga. Mo kalau dia jaga, lagi parah..
Sekolah tepi hidung pun tak boleh nak mai awai. Cukup makan je sampai..Kalau awai pun dok lawan beratog kereta depan sekolah jalan 4 tu. Hmm malas aku..Tak pun sangkut sebab si Nawfal, anak murid yang dok tumpang aku tu selalu nak lepas air besag bila dia selesai sarapan.Hmm..jadi hal pula dok tunggu depan rumah dia sebab dia melepas air besag..
Kalau aku tinggai dia, kang menangis keriau pulak. Janji dia nak datang sekolah..
Adui..Hidung aku dok tersumbat lagi..Kepala dok pusing. Mata rasa berayark..Ni gaya gaya nak demam dah kut.
Mo kalau tak pi sekolah besok sapa nak jaga anak murid aku..Kesian si Nani..cikgu komputer cum back up tu. Hari ni pun, Kak T tak datang, aku back up kelas dia. Kelas aku, Nani ambik. Mo mengajark kelas Kak T, memang boleh tempered. Aku jenge bijik mata terkeluag pun, budak budak ni tak makan saman..Nak ajark lagu mana lagi pun tak tau. Aku pun heran juga la..awat tah budak budak ni tak takut sebijik habork pun kat cikgu depa. Mo kalau aku zaman kanak kanak dulu, cikgu masuk je, sunyi senyap tak berani nak bersembang. Apa lagi cikgu naik sora..Weh..tak berani nak melilau dalam kelas. Tak dak kerja pun, buat buat bagi ada.
Budak budak la..hmm..sampai tak dak sora dah. Ni baru budak tedika..Mo kalau sekolah menengah..Padan la kawan aku kat sekolah menengah kata, depa pun kalau boleh, nak turun ajark budak tadika ja..(tapi aku sangsi jugak..depa boleh ka??)
Awat tah??
Hujan lebat pagi tadi..
Pagi tadi lebih kurang pukul 2.30 pagi aku dikejutkan dari tidur oleh deruan angin dan bunyi hujan yang kuat di rumahku. Kebiasannya kalau hujan yang disertai dengan deruan angin kuat memang menyebabkan tempias dari luar bilikku ini.
Air hujan yang tempias masuk melalui celahan tingkap bilik membasahi mukaku dan menyedarkan aku. Wah! Memang lebat hujan ni. Risau aku dibuatnya. Risau juga memikairkan air yang melalui longkang di hadapan rumah. Takut takut juga longkang tersekat dek kerana membawa sampah sarap dari rumah rumah atas dan boleh menyekat laluan air. Mau juga penuh air di depan rumahku kalau kalau longkang tersekat. Aku lantas menyenguk ke luar. Memutih air di atas jalan raya. Seram juga melihat hujan yang begini lebat. Subhanaallah..

Sunday, August 24, 2008
Kerja tangan anak anak Aulad Perdana (4)
Ini pula hasil kerja dalam tema 'Town' atau pun bandar. Hasil kerja tangan ini menggambarkan arkitek dan perancang bandar masa depan..Harapan saya, biarlah model bangunan ini tak sempurna dan agak senget pada waktu ini tetapi di masa akan datang, anak anak yang pernah merangka model bangunan ini akan menjadi arkitek, engineer atau town planner yang benar benar bertakwa, jujur serta amanah, InsyaAllah.
masih tak berpeluang pergi MAHA
MAHA yang lalu, aku tak berpeluang kerana mempunyai hal tertentu menghalang untuk aku pergi. Tahun ini nampaknya aku kehampaan lagi kerana tidak dapat juga aku ke sana walaupun Bandar Baru Bangi dan UPM tu berapa jauhlah sangat jaraknya. Aku tak tahu kenapa MAHA memang menggamit hatiku. Berkali kali aku nyatakan hasrat hatiku kepada suami untuk ke sana namun akhirnya aku terpaksa mengalah kepada masa dan keadaan yang tak mengizinkan. Mungkinkah pertanian ini adalah jiwaku? Entahlah..Tapi aku mungkin terpengaruh atau terdorong kerana zaman kanak kanakku dipenuhi dengan aktiviti pertanian. Kegemaran ibu dan aku sewaktu aku berumur sepuluh tahun adalah menanam sayur sayuran, bunga bungaan dan menternak ayam dan itik. Hobi ibuku ini masih diteruskan hingga sekarang walaupun aku kini sudah tidak lagi bertanam bunga bungaan atau sayur sayuran apatah lagi menternak ayam dan itik.
Salah satu perkara yang menjadi kegemaran ibuku dulu ialah menanam sayur sayuran. Kacang panjang, bendi, jagung, cili pelbagai saiz, ubi keledek, ubi kayu dan segala jenis tanaman lagi yang menjadi seolah satu hiburan bagi aku juga. Aku terlalu gemar untuk bangun di pagi hari sambil bersiar siar di dalam kebun di sekeliling rumahku. Ianya menjadi satu rutin untuk aku bangun dan melihat bagaimana tumbuh tumbuhan ini membesar, berbunga dan menghasilkan buah. Ianya cukup berguna bagi seorang kanak kanak kampung yang kerdil dan terpencil untuk memahami ilmu sains dan kebesaran Allah. Tidak sia sia ibuku menanam sayur sayuran dan membela ayam itik. Bukan sahaja mendapat hasil secara terus tetapi juga aku dapat mendalami ilmu Sains walaupun aku sekadar budak hingusan kampung...
Hmm..sewaktu peperiksaan penilaian darjah lima, apa yang aku dapat untuk subjek sains? A... Alhamdulillah...Dan aku rasa sebenarnya tarikan MAHA yang berlangsung di UPM itu adalah lebih kepada mengingatkan aku sewaktu zaman kanak kanak aku dan mendekatkan aku kepada YANG MAHA BERKUASA..
mifc-pertandingan bunga api-putrajaya-2008
Salam, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa cuti sekolah ni. Dan aku mengambil kesempatan untuk bersama keluarga untuk pelbagai aktiviti. Antaranya melihat pertandingan bunga api di Putrajaya pada 16hb ogos. Aku dan suami bersama tujuh anak anakku untuk melihat bunga api yang dihasilkan oleh negara China. Kami pergi jam 9.30 malam kerana bunga api hanya akan kelihatan pada jam 10 malam. Seumur hidup aku inilah pertamakali aku beriya pergi dan melihat pertandingan bunga api kerana tujuan sebenar aku melihatnya adalah untuk menggunakan kamera jenama Nikon yang baru dibelikan oleh suami kepadaku. Aku ingin mengambil gambar pancaran bunga api dengan menggunakan kamera ini. Sebelum ini aku memang pernah melihat bunga api tetapi secara kebetulan.
Cumanya pada kali ini aku merasa agak terkilan kerana kedudukan kami yang jauh dan aku tidak berpeluang untuk mengambil gambar secara dekat. Aku juga agak terkilan kerana masih lagi bingung untuk menggunakan kamera baru aku itu..Almaklum...masih amatur. Dan baru kutahu rupa rupanya nak mengambil gambar dimalam hari adalah almost 'wajib' juga menggunakan 'tripod'..yang mana aku sengaja tinggalkan di rumah..hmm..
Tuesday, August 19, 2008
Kerja tangan anak anak Aulad Perdana (3)
Eh! Banyaknya obor obor. Hasil kerja tangan ini dibuat oleh anak anak 4-5 tahun 2008. Terma mingguan adalah kehidupan laut (sea animals). Obor obor dilekatkan pada 'white board' dengan menggunakan plastisin untuk sessi fotografi.
Tajuk : Obor obor
Bahan : Kertas A4 bergambar badan obor obor yang telah difotostat. Kertas warna yang telah dipotong bulat, kertas tisu berwarna, gam, gunting dan pensel warna.
Cara membuatnya : Gunting gambar badan obor obor yang terlukis pada kertas A4. Warnakan badannya mengikut warna yang disukai. Lekatkan kertas warna bulat di badannya. Koyakkan kertas tisu memanjang dan lekatkan dibahagian bawah obor obor. Akhirnya siaplah obor obor anda. Cubalah..
Monday, August 18, 2008
Kerja tangan anak anak Aulad Perdana (2)
Kerja tangan ini juga telah dihasilkan oleh anak anak Aulad Perdana, 4-5 tahun 2008.
Tajuk : Ulat
Bahan : Sangkar telur yang telah dipotong panjang, Antenna dari dawai halus, Manik, Butang, Gam, Cat warna air.
Cara membuatnya : Warnakan potongan sangkar telur dengan pelbagai warna mengikut kreativiti anak anak menggunakan cat air. Setelah agak kering masukkan "antenna" dawai halus di bahagian kepala dan masukkan manik di hujungnya. Lekatkan dua biji butang di bahagian kepalanya juga dan TADDDAA...sudah siap ulat anda..
Kerja tangan anak anak Aulad Perdana (1)
Ini adalah hasil kerja tangan anak anak Aulad Perdana yang berumur 4- 5 tahun 2008. 'Circle Puppet' ini diselitkan di bahagian atas white board kelas untuk sessi fotografi..he he he.
Tajuk kerja : Membuat 'Puppet'
Bahan : Kertas warna yang telah di sedia potong bulat, segitiga, dan juga empat segi tepat dalam beberapa saiz yang berlainan. Straw, gam dan stapler.
Cara membuat : Lekat kan 2 segitiga kecil untuk menjadi matanya, satu segitiga kecil untuk menjadi hidungnya dan satu empatsegi tepat untuk menjadi hidungnya pada satu kertas warna bulat yang besar. Empat kertas empat segitepat yang dipotong agak panjang dilipat seperti melipat kipas. Akhirnya lekatkan pada bulatan besar tadi untuk menjadi kaki dan tangan. Dengan menggunakan cellophane atau stapler lekatkan straw di belakang bulatan besar tadi.
maka jadilah 'Circle Puppet'...taddaaa...
ayam, itik dan aku
Antara kenangan yang meyeronokkan dalam hidupku sewaktu kecil ialah kecintaanku memelihara ayam dan itik di kampung. Sewaktu aku berumur sepuluh tahun ibuku sudah mula membeli anak anak ayam dan itik. Pada mulanya ibuku membeli lebih kurang 10 ekor anak ayam daging dan 10 ekor anak ayam kampung serta juga ditambah dengan 10 ekor anak itik. Jumlah semuanya lebih kurang 30 ekor. Ibuku hanya ingin memelihara ayam itik ini sekadar untuk tidak mahu membazirkan sisa sisa makanan yang tidak habis dimakan kami. Sekurang kurangnya boleh juga diberi kepada ayam dan itik. Kegiatan aku memelihara ayam itik diberi galakan oleh ibuku. Ayam ayam ini aku jaga bagai menatang minyak yang penuh. Anak anak ayam dan anak anak itik ini aku jaga seolah olah menjaga bayi kecil. Aku jaga makan minumnya. Aku jaga tempat tinggalnya. Aku perhatikan mana mana yang dalam kemurungan sakit. Aku pastikan sewaktu malam hari anak anak ayam itik ku mendapat suhu yang sesuai supaya tidak jatuh sakit.
Perkara yang merisaukan aku ialah musuh utama anak ayam itik iaitu ular, musang, biawak, monyet lutong dan babi hutan. Oleh kerana rumahku terletak di atas tanah pusaka datukku yang terletak di pinggiran hutan maka musuh musuh ayam cukup banyak berkeliaran mencari mangsa terutamanya di waktu malam.
bersambung....
Muhammad, now..
Muhammad sudah berumur 2 tahun lebih. Keletahnya sudah pelbagai. Sudah ingin belajar ABC. Sudah ingin belajar azan dan solat. Sudah ingin melakukan semua perkara sendiri walaupun...Sudah memiliki satu kereta 'remote control' berharga RM 50 lebih..walaupun hanya tahu menekan butang untuk kereta ke hadapan sahaja.Sudah berjaya memecahkan beberapa cawan 'Arcopal' milik ibunya. Sudah berjaya juga memecahkan sekeping cermin almari yang digunakan untuk meletakkan VCD 'player' di ruang tamu rumahnya. Sudah berjaya 'menanggalkan' satu pintu kabinet dapur ibunya dan kurang berjaya untuk memasangnya kembali. Sudah berjaya mengharungi 'telur telur' di dahi yang berwarna kehijauan dan kebiruan..walaupun masih kurang berjaya mengatasi masalah air liur yang meleleh dan mengurusi pengeluaran sisa pepejal dan cecair dari tubuh badan...
Sunday, August 17, 2008
Muhammad, then..
Gambar Muhammad sebaik sahaja dilahirkan pada 15/02/2006.
Ibu mengandungkannya 38 minggu.
Muhammad lahir dua minggu awal dari tarikh jangka lahir.Pada minggu ke 36, Muhammad berkedudukan songsang. Apabila kedudukan bayi okay, Dr pakar Annur, Dr Fatimah menasihati siibu supaya terus bersiap sedia untuk kelahiran.
Sakit selama 11 jam, dari sebelum Subuh sehingga waktu Asar.
Ada masalah terbelit dengan 'cord' dan juga kedudukan kepala yang agak senget dengan pintu keluar..
Muhammad,
Allah yang Maha Berkuasa mengeluarkan kamu dari perut ibumu.
Jadilah anak yang soleh, wahai anakku..
Untuk 'Datin'
Salam, adalah sukar untuk aku menulis sesuatu keperitan yang dialami oleh seorang rakan yang jauh. Secara jujur, aku sebenarnya tidak mengenali 'Datin' atau nama sebenarnya Dalilah Tamrin secara personal. Walaupun sebaya dan pernah berada di Shah Alam di tempat pengajian yang sama suatu ketika dulu namun disebabkan oleh kesibukan hal masing masing maka aku tidak pernah kenal dengan 'Datin'.
Nama 'datin' bukanlah asing kerana sering disebut sebut oleh rakan serumahku, Rosmah and company. Namun aku tak pernah kenal dirinya atau bergaul mesra dengannya.
Pun begitu, apabila aku terbaca articlenya sewaktu aku melayari blog seorang teman yang juga agak asing, Mr Mazle's blog, aku mendapat link untuk melayari pula ke blog 'datin'...maka sudah semestinya perasaan terharu singgah dan menyelubungi diri ini.
Kanser payudara umpama jerangkap samar yang tersembunyi menunggu meragut mangsa. Namun bagi 'Datin' untuk bangun dan terus memerangi sesuatu yang berada dalam keadaan tersembunyi dan samar adalah suatu perkara yang memerlukan kekuatan mental, kejituan sokongan dan kasihsayang yang tidak berbelah bagi dari semua pihak di sekelilingnya.
Dan aku kagum untuk itu. ..
Aku kagum kepada kasih sayang ibunya yang tidak berbelah bahagi, mengharapkan anak sembuh kembali.
Aku kagum terhadap cinta seorang suami yang menunggu isteri untuk sembuh dan bangun anggun seperti sediakala.
Aku kagum dengan anak anak yang mengharap ibunda mereka bangun untuk bersama ceria bercerita bersama.
'Datin', anda bertuah kerana mereka semua menyayangimu..dan InsyaAllah aku mendoakan agar Allah sentiasa memberkati dirimu..semoga anda diberi kekuatan dariNya.
'Datin', ingatlah,anda sebenarnya telah memberi suatu kekuatan yang bermakna buat mereka yang berada di sekelilingmu.
..........salam dari seorang teman yang asing..

Thursday, August 14, 2008
Liii..OOOO..pard
Tadi aku mendapat email dari seorang kawan.
Memorinya agak baik kerana telah mengingat kan aku satu kelucuan yang pernah terjadi di kelas Englishku. Waktu itu tak silap aku dalam tingkatan 2. Atau mungkin juga dalam tingkatan 3. Tapi seingat ingat aku cikgu yang mengajar aku waktu itu ialah Mr Tan.
Cikgu ini mungkin menggantikan Pn Lucy yang selalu sakit masa tingkatan 2. Puan Lucy ini juga mengajar English dalam Tingkatan 3, jadi aku agak kurang pasti tahun sebenar kejadian ini.
Waktu itu aku berada dalam set B, English. Belajar tentang haiwan. Apabila kelas ditanya tentang sesuatu mengenai nama binatang ini dan aku betul betul pasti tentang jawapannya maka dengan penuh perasaan dan keyakinan aku bertempik sekuat hati...LIIII-OOOOO-PARD!!
Berderai satu kelas ketawa!! Jawapan aku memang betul..LEOPARD! Tapi sebutan aku memang salah. Mr Tan ketawa..satu kelas ketawa..
Tapi aku rasa aku tetap betul!!~~~~

Wednesday, August 13, 2008
satu diskusi penting..
Hari Ahad kelmarin, 10hb August 200, kami adik beradik bertujuh ditambah dengan tiga orang menantu ( dua menantu tidak dapat hadir) membincangkan isu penting mengenai bonda.
Lokasi perbincangan di JM Beriyani, Seksyen 9, BBBangi...
Perbincangan yang bermula 11:30 pagi itu berakhir hingga pukul 1:00 tengahari dan tersimpul lah satu konklusi dari diskusi penting itu..
Satu konklusi yang aku akan ceritakan kemudian..

Friday, August 08, 2008
hadiah berharga RM 1 untuk kakak angkatku..
Bila aku ingat balik peristiwa ni, aku gelak sorang sorang.Betapa innocentnya aku time tu..but than aku berharap keikhlasan aku dikira juga..
The year was in 1980.The place was at SMTSP. Waktu tu ada seoang kakak yang bernama kak Zanariah, 2 years elder than me. Kakak ni form three, manakala aku pulak form one. Kakak ni beriya iya benar nak jadikan aku adik angkatnya tetapi waktu tu, aku ni tak berapa sure apasal kakak ni nak jadikan aku adik angkatnya..
Time tu macam trend pulak adik angkat, kak angkat ni..hmmmm
Sekali..entah bulan berapa..kakak ni menjemputlah aku ke dorm nya pada satu malam. Kebetulan pula kawan baik aku waktu tu, Marhaida tinggal satu dorm dengan kakak ni. Malam tu katanya nak diadakan birthday party..Birthday kak Zanariah nilah.
Marhaida tanya pada aku, nak beli apa untuk kakak angkat aku tu..
Aku pulak kebetulan bukannya ada duit waktu tu..
Aku pun fikir apa menda yang aku suka time tu yang boleh dijadikan hadiah untuk kakak ni dan pastinya ianya berharga murah sekali disebabkan at the time fulusnya begitu limited sekali.
At that time,aku ni suka makan twisties dan waktu tu harga twisties sebungkus ialah dua puluh sen. Nak tahu apa yang aku beli untuk kakak ni???..Yes..5 bungkus twisties yang semuanya berharga RM 1.Twisties ini pula aku bungkuskan dengan kertas pembalut buku yang berwarna coklat berharga 35 sen waktu itu..
Malam itu dengan rasa bangganya aku menghadiahkan JUNK FOOD, 5 bungkus twisties untuk kakak angkatku..Walaupun kawan aku dan kakak kakak dalam dorm tu ketawa melihatkan hadiah yang besar tetapi berharga RM1 itu tetapi bagi aku apa yang penting keikhlasan dan kesungguhan aku untuk memberi hadiah pada kakak itu sepatutnya di ambilkira...
errrr....tapi sekarang ni kalau aku terima hadiah JUNK FOOD berharga rm1 pulak. dari mana mana individu, aku wonder pulak apa reaksi aku...

Wednesday, August 06, 2008
Terkenang sekolahku (1)
Dalam usia kedewasaan ini, aku acapkali terkenangkan sekolahku..rakan sekolahku..aktiviti kami semua di waktu lapang dan juga aktiviti kenakalan yang sering di lakukan atas sebab sebab tertentu..kenakalan dalam kelas bersama guru..pengajaran guru..aktiviti sewaktu prep class..aktiviti sewaktu di padang..etc
Wahai rakanku di luar sana, masihkah you all semua ingat time kita mula mula masuk sekolah.
Tahun 1980.Aku mula mula masuk sekolah menengah..semangat giler..dok perasan macam sekolah kita kat perlis tu stail macam sekolah berasrama penuh sepertimana yang digambarkan dalam buku Enids Blyton..(betul ke ejaan nama ni tah...macam pelik jer..)
Anyway, aku teringat lagi, aku pergi dengan menaiki teksi kepunyaan tok sedara aku yang dok kat Bukit Mertajam. Kereta mak aku ditinggalkan di rumahnya. Kami pi naik teksi ke negeri Perlis sebab mak ayah aku tak tau jalan nak ke sana..Takut sesat sampai ke Siam pulak.
Aku pakai baju skirt warna biru bunga bunga kecil yang mak aku jahit sendiri..Rambut aku yang panjang didandan kemas oleh ibuku ala ala Kumari (nama ni sering wujud dalam buku sekolah rendah kita dulu.) dan aku begitu bangga kerana telah berkelana sampai ke negeri Perlis.
Sepanjang perjalanan ke Perlis, aku begitu terharu dan kagum kerana melihat begitu luasnya sawah padi di negeri Kedah..Negeri Jelapang Padi gelarannya...Sesampai di sekolah kita juga aku kagum dengan kedudukannya di tengah tengah sawah padi yang menghijau dan pandangannya saujana mata memandang dan itulah sekolah ku,
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra..
Tuesday, August 05, 2008
kelahiran anak 1
Anak adalah anugerah Allah. Menunggu untuk mendapat anak pertama adalah saat saat bahagia dan cemas bagi pasangan yang baru pertama kali ingin menimang cahaya mata.
Aku dan suami pun begitu dulu..tentunya saat saat cemas dan bagaimana melahirkan anak akan diingati oleh mana mana wanita yang pertama kali melahirkan..
Anak pertama aku dilahirkan di hospital Besar, Ipoh dalam tahun 1991.
Waktu itu tiada lagi bilik bilik yang mana pihak suami boleh masuk bersama menyambut ketibaan anak sulong. Aku lahirkan anak pertama di Ipoh kerana ibu mertuaku akan menjaga aku selepas bersalin..
Kami balik menaiki keretapi waktu dua minggu sebelum tarikh jangka kelahiran..Aku ingat lagi..naik keretapi malam. ..
1) sebab suami aku tak berkereta lagi masa tu.
2) aku tak tahan naik bas sebab masa tu masih tiada lagi highway plus.
Tapi yang menariknya malam tu aku tak boleh tidur nyenyak...Orang mengandung yang sarat, naik keretapi..Hmmm perut bergoyang macam rasa nak keluar baby..
Keesokkanya aku rasa sakit macam nak bersalin..Masuk wad sehari semalam, lepas tu keluar balik..
FALSE ALARM..
Yang suami aku dah excited tak sabar nak menunggu ketibaan orang baru...
kehampaan..
Selepas tu suami aku balik semula ke rumah sewa kami di Kampung Padang Balang, Sentul untuk bekerja semula.
Hari Jumaat dalam minggu depannya pula, aku mula sakit subuh subuh hari lagi..tetapi oleh kerana untuk mengelakkan daripada "False ALARM" lagi, maka aku tangguh tangguhkan dulu ke hospital..takut takut 'dikerjakan' oleh doktor.
Setelah maghrib, maka terasa benar sakit hendak bersalin aku maka jiran sebelah mertua kau pun sudah bersiap sedia untuk membawa aku ke hospital Ipoh.
Setibanya aku di hospital Ipoh, aku diberi suntikan tahan sakit dan dipecahkan air ketuban serta di suruh rehat di katil 'standby' luar daripada labor room.
Kengerian dan kebimbangan aku untuk melahirkan anak pertama tak dapat diceritakan tetapi oleh kerana mengantuk dan letih kerana seharian aku menahan sakit maka aku terlelap sebentar di katil 'standbye' ditemani oleh seorang lagi mama China yang sedang sakit nak bersalin juga.
Aku terlelap sehinggalah tiba tiba sahaja terasa kepala baby aku dah nak keluar pada laluan pintu maka terus aku tersedar dan menjerit memanggil nurse..Kelam kabut aku di buatnya..tetapi nurse dan mak bidan yang dah profesional dalam kerja mereka senang saja menenangkan aku dan menyuruh aku tarik nafas panjang, menahan dan push bila tiba waktunya...
Alhamdulillah...semuanya selamat...dan aku tersenyum dalam tangisan anakku yang pertama..lahir Jumaat 8hb Februari 1991, jam 10:50, kini sudah 17 tahun...

Monday, August 04, 2008
tarikh kelahiran seorang anak kecil
Empat puluh tahun yang lalu, ada seorang anak kecil perempuan yang dilahirkan di rumah atuknya di Semanggol.Masa ibunya melahirkan anak itu adalah dalam bulan Ramadhan..
kata ibunya "dah dekat dekat nak raya..keluar pula anak ni.."
kebetulan pulak, tarikh anak itu dilahirkan adalah 25 hb Disember...hari Natal. dan seminggu lagi nak raya puasa..
Ibu budak perempuan ni pun menangguh nangguhkan pendaftaran kelahiran si anak kecil ini sebab semua orang sibuk membuat persiapan hari raya..
Tup tup bila dah lepas dua minggu, barulah nak didaftarkan kelahiran si anak kecil itu...
Sementara itu pula, dulu pun kena denda juga kalau mendaftar lewat.
jadi oleh kerana si ayah tak nak kena denda..(maklum lah 10 ringgit dulu macam kena denda seratus ringgit sekarang)...maka si ayah pun mengenjakkan tarikh kelahiran anaknya menjadi 26hb Disember...
Hmmmm dolu dolu..boleh enjak enjak pula tarikh kelahiran ni..lahir pun ngan mak bidan..kat rumah pulak tu..bukan kat hospital..
maka dengan sebab itu termaktublah sampai ke hari ini yakni tarikh kelahiran si bayi perempuan ini tadi menjadi 26hb Disember 1967...walaupun sebenarnya si bayi ini dilahirkan pada 25hb Disember 1967...

macam anak sulong jer..
Semalam aku pergi makan sorang sorang kat Billion.
Sekali aku nampak seorang pasangan suami isteri bawak anak dalam kereta sorong.Apa yang menarik ialah kereta sorong tu ada kipas pakai bateri dokberpusing pusing..kasi angin pada baby tu..walaupun dalam billion of coz la berhawa dingin..Baby tu tidur..
Waktu maknya pergi order makanan, ayahnya dok belek belek anaknya..
Hmmm..from my observation..macam anak sulung jer layaknya lagak si ayah..(tekaan aku la..)
Sebabnya dalam kereta sorong tu bekal macam macam termasuk flask air panas, susu untuk bancuhan, beg napkin etc...ayah tu pulak jaga habis habisan si anak..he he he...kalau orang utara cakap..dok pedor habis anak seorang..(macam husband aku DOLU DOLU.. time time anak sorang.....bila dah berderet ni..payah cerita la)
Ayah ibu ni memang gitu la..Kalau anak sorang dua jaga bagai nak ghak..tapi kalau dah berderet deret...eh eh....
pakat pas around tak menang nak jaga...
.............hmmmmm anak aku dah nangis....

kesian tengok blog aku
..........apasal blog aku ni tak macam blog orang yang lain??
orang lain rajin menulis..penuh gambar dan sebagainya..tapi aku??
harapan nak menulis tersadai...

Subscribe to:
Posts (Atom)