Thursday, June 02, 2011

Rest Area at BORR ( Butterworth Outer Ring Road )

Assalam,

Anak anak adalah anugerah Allah yang paling bernilai dan berharga.
Bagi wanita yang pernah mengharungi kesusahan dan kepayahan mengandung, melahirkan serta menjaga anak semasa kecil mungkin memahami jiwa seorang ibu seperti aku.

Ibu dan bapa sudah semestinya mahu melihat anak anak mereka bahagia di depan mata.
Sama sama gembira melihat mereka tertawa..
Sama sama bersedih apabila mereka terluka...

Dan ibu dan bapa sebenarnya tidak mahu melihat kesedihan menyelubungi anak anak mereka.

Biarlah kesedihan dan kepayahan dipikul oleh ibu dan bapa itu namun untuk membiarkan anak anak diselaputi rasa kepiluan bukanlah kehendak mana mana ibu dan bapa..
.
.
.
Kerana itulah, aku dan suami meraikan mereka di suatu tempat persinggahan. Biarpun tempatnya bukanlah singgahsana atau mahligai indah namun kegembiraan dan derai tawa sembilan anak anakku cukup membahagia dan mendamaikan.

Anak anak seumpama layang layang.
Perlu dilepaskan perlahan lahan.
Sedikit demi sedikit kerana kalau dibiarkan tanpa arah mungkin hilang pedoman.
.
.
.
....dan kalau tidak ditentukan arah mungkin pula terabai di mana mana.
.
.
.
Hmmm...
jadikanlah peristiwa layang layang terputus dari talinya itu suatu iktibar, anakku!
Bukankah hidup ini diibarat seperti bermain layang layang juga?


Takperrrr....
....abah dan ummi tak marah!
Biarpun dua layang layang yang dibeli hilang dan tersangkut .
.
.
.
Hehehehehehehehehe..
Itu biase.
Dan setiap yang ada di dunia ini hanya bersifat sementara.
.
.
.
Sudah petang nampak.
Jom balik.


sekian

2 comments:

ibundo said...

Anak2 ni kan... kita jaga sampai bila2. Dah kawin pun.. masih jaga diorang jugak. Macam kami ni...
kalau susah, kita jugalah tempat mengadu. Kalau kita susah, nak mengadu kat dorang pun belum gerenti dapat beri apa yang kita beri. Adei.. Bilalah aku nak berehat badan dan minda.

aza ni said...

balik penang ka?
selamat bercuti,hidayatun...