Monday, June 13, 2011

Kisah 3 orang menteri dan 3 karung...

Assalam,

Di dalam sebuah negeri yang aman makmur tinggallah seorang Raja yang bijaksana dan bijaksini.
Raja ini mempunyai sebuah istana yang besar dan di kelilingi ladang buah buahan yang luas.
Raja ini juga mempunyai 3 orang menteri kanan yang membuat kerja kerja pentadbiran dalam negerinya.
.
.
.
Pada suatu hari, si Raja ingin menguji ketaatsetian 3 menteri kanannya itu lantas dia pun memanggil ketiga tiga orang menterinya untuk mengadap.
.
.
"Wahai memanda menteri, hari ini beta telah perintahkan khadam khadam yang menjaga ladang di keliling istana beta untuk berhenti rehat dari bekerja. Oleh sebab itu pada hari ini, tugas kamu bertiga ialah untuk tolong memetik buah buahan yang terdapat di ladang beta itu. Beta harap kamu bergembira dengan tugas baru kamu ini "

Menteri yang pertama merupakan seorang menteri yang jujur serta taat setianya kepada raja. Dia tidak berdolak dalik dalam tugasannya. Lantas dia pun terus pergi ke ladang buah buahan di luar istana serta memetik buah buahan yang manis dan yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam karung yang telah diberikan oleh raja tadi. Dia bersusah payah memanjat pokok pokok serta berusaha memilih hanya yang terbaik dari ladang itu. Akhirnya terkumpullah buah buahan yang segar, cantik dan manis sahaja di dalam karungnya.

Menteri yang kedua pula merupakan seorang menteri yang adakalanya jujur dan adakalanya mencuri tulang. Dia hanya membuat kerja dengan bersungguh sungguh ketika mana dilihat dan dipantau Raja. Apabila di belakang baginda Raja, dia sering culas dengan kerjanya. Jadi apabila sahaja dia mendengar tugasan yang dirasakan menyusahkannya, dia pun berkata kepada dirinya...
" Ahhhhh...peduli apa dengan buah buahan ini. Aku kutip buah buahan yang sudah gugur ini saja sudahlah. Tidak kuasa aku untuk bersusah payah memanjat pokok pokok yang tinggi tinggi ini."
Lalu si menteri yang kedua ini pun mengutip buah buahan yang gugur. Ada di antara buah buah yang gugur itu manis buahnya, ada juga yang terlalu muda dan masih pahit, tak kurang pula yang telah busuk dan berbau tetapi si menteri kedua ini tidak ambil kisah. Dia hanya mahu memenuhkan karung yang diberkan kepadanya sahaja.

Ini pula kisah menteri yang ketiga. Si menteri yang ketiga ini sememangnya seorang yang khianat dan tidak jujur. Apabila dia mendengar sahaja perintah dari raja, dia terus sahaja memaki hamun raja itu di dalam hati.
"Ahhhh...persetankan suruhan yang yang bodoh ini. Bukan kerja ku untuk memetik buah pada hari ini. Aku mahu isikan batu batu dan rumput rumput sahaja di dalam karung ini supaya kelihatannya seperti ada benda yang terisi di dalamnya. Dengan kesibukan raja, dia pastinya tiada masa untuk memeriksa kandungan karung ini." kata si menteri yang ketiga di dalam hati. Lantas dia pun mengisi rumput kering dan batu batu di dalam karungnya itu.

Pada petang harinya, si raja menyuruh ketiga tiga menteri itu mengadapnya.

" Sudah kamu isikan karung karung kamu itu" tanyanya kepada mereka.
" Sudah..." jawab ketiga tiga menteri.

" Dengan itu beta mahu menguji ketahanan mental kamu pula. Sekarang beta perintahkan kamu untuk mendiami penjara beta selama dua bulan dengan bekalan buah buahan yang kamu telah masukkan ke dalam karung kamu tadi. Sila patuh perintah beta! Setiap dari kamu akan masuk mendiami satu bilik di penjara beta"
.
.
.
.
.
Alangkah terkejutnya ketiga tiga menteri tadi.
.
.
.

HMMMMMMM...agak agaknya siapa yang nak tersengeh dan siapa yang cam nak menanges?
hehehehe..

Oh btw....
jangan lupa bawak bekal yang bagus bagus ye kawan kawan...sebabnya SETIAP DARI KITA KAN MEMPUNYAI KARUNG MASING MASING...dan kita ni pun kan dalam perjalanan nih?
.
.
.
singgah jap jer kat dunia nih!

p/s
FAHAM TAK NIH?
.....cerita rekaan dari Tuan Sheikh Ali...disampaikan dengan gaya tersendiri oleh Puan Ash!


sekian

6 comments:

ibundo said...

adui... sungguh menginsafkan. apalah yang ada dalam guni aku ni ek.

aku kat penang ni sampai jumaat. hasben ada seminar. Aku tukang ikut jer..

Nizam.Ariff said...

buah apakah yang sedap-sedap dan tahan lama agaknya ek?

buah-buah dari pokok doa anak, pokok ibadah dan pokok amal jariah...?

Nizam.Ariff said...

eh, lupa pulak...

karung pun kena yang baek punya, yang tak bocor... karung dari guni ikhlas... kan?

Gurindam Jiwa said...

Ust Imam Supaat pon ada ceritakan juga keesokkannya masa kursus jenazah.

tasekM said...

nak jahit karung jap.
manjang terkoyak.
heh.


.

ASH said...

kakpah,
cerita rekaan dari Tuan Sheikh nih bersahaja jer..
malam ni lagi bersama ngan Tuan Sheikh Ali Shaleh..Forum Perdana di Surau Annur, BBBangi.

Aku,
Cerita untuk sama sama check apa yang ada dalam karung...

GJ,
Tuan Sheikh sendiri yang suruh sebar sebarkan..

Tas,
tu la pasai...
sama sama lah kita tampung menampung, tampal menampal..