Assalamualaikum,
Sepohon kayu..
Lebat daunnya
Lebat bunganya
Lebat juga buahnya.
Buah buahnya itu ada yang masak dahulu
dan ada yang masak kemudian..
Ada yang enak dimakan, ada yang berulat dan ada pula yang masam dan kelat..
Tapi semuanya kurniaan..
Dalam ertikata untuk memberi pengajaran pada diri kita supaya pandai memilih
Jika yang manis, begini rupanya dan begini rasanya
Jika yang muda, begini rupanya dan begini rasanya
Jika yang berulat pula, begini rupanya dan begini pula rasanya
Manusia
Semua dari keturunan yang sama ADAM dan HAWA..
tapi diserakkan menjadi berbangsa bangsa dan bersuku suku
berlainan bahasa
berlainan rupa
berlainan cita rasa
Apakah perbezaan itu menggalakkan kita supaya bertelegah?
Berlaga kepala?
Berpuntau dan BER 'GBA GBO'...hihihi
Perbezaan pendapat memberi kelonggaran kepada kita supaya TIDAK RIGID, TIDAK EGO, TIDAK TERKONGKONG dalam satu keputusan sahaja..
Jadi berMESYUARAH lah kiranya ada perbezaan....
hmmmmmmmmm
sekian
6 comments:
Intro tu kira katogeri nasyid ke sajak....
Ayat pendek..kalau panjang berbelit belit pula.
salam Jumaat hidayatun
bak kata, rambut sama hitam hati lain lain...ha ha...
tapi sekarang rambutpun dah tak ori, ada yang blonde,auburn,pink..(yuck)
gba gbo tu menatang apa kak...?
:)
.
Azani,
sebab hati lain lain la macam macam persepsi akan timbul...so kalau nak buat satu keputusan ala VETO pun boleh..tapi kena jadi DICTATOR laa.
TAS,
nama 'GBA GBO' ni keluar setiap dalam CNN..
Aku saja syok nak bubuh!
.
.
.
bunyi macam GEMBAR GEMBOR..
TAS,
engkau google jer dalam tenet..
Post a Comment