Assalam,
Entah malam bila atau pagi bila semasa aku terjaga dan tidak boleh tidur semula, aku menonton satu rancangan OPRAH.
Oprah ditayangkan di channel DIVA around 1 am.
Sebenarnya aku dah tidur.
Bila terjaga dan tak boleh tidur, aku pasangkan TV..
Tengok talk show ni kadang kadang bagus juga.
Untung untung boleh tidur balik.
Pada pagi tu Oprah keluarkan topik tentang 'BUSY MOM'.
macam tu la lebih kurang..
Kerjaya sebagai seorang ibu samada yang kerja di rumah atau di luar rumah sentiasa PENUH.
Dan sebetulnya banyak yang tak berjadual.
Dan kadang kala seorang IBU itu terlalu OCCUPIED untuk membuat banyak kerja dalam satu masa.
Contoh :
Sewaktu bangun pagi, apa perkara utama kita sebagai seorang wanita, isteri dan ibu fikirkan?
.
.
Mungkin nak pergi solat. ( ni tak masuk dalam OPRAH..aku bagi contoh seakan akan dia punya laaa...)
Mungkin nak kena kejutkan suami dan anak anak.
Mungkin nak berzikir sebentar atau baca quran
Mungkin juga nak kena jerangkan air untuk bancuh kopi.
Mungkin juga nak fikirkan apa yang nak dimasak untuk sarapan pagi.
Mungkin juga nak menggosok baju suami untuk dipakainya ke tempat kerja.
Tengok..
Ada 5/6 perkara seorang isteri perlu fikirkan sebaik sahaja dia CELIK mata di pagi hari.
.
.
Perkara begini dilihat sebagai RUTIN kehidupan dan sebagai wanita, isteri dan ibu, kita mungkin telah terbiasa dan ianya tidak dirasakan berat lagi.
.
.
Tapi adakalanya apabila sesuatu perkara RUTIN itu terganggu disebabkan faktor faktor yang tidak dapat dielakkan maka ianya mungkin menyebabkan perkara yang luar biasa terjadi.
Contoh yang diketengahkan oleh OPRAH ialah apabila seorang ibu yang juga seorang guru ter tinggalkan anak kecil berumur 3 tahun di dalam kereta semasa dia ke sekolah. Dan anak kecilnya itu telah meninggal dunia akibat kepanasan kerana ianya berlaku dalam musim panas.
.
.
Errr..mengingatkan aku pada suatu peristiwa.
.
.
Anyway..
Anak kecil berusia 3 tahun ini sebenarnya dihantar ke nurseri oleh bapanya setiap hari tetapi pada hari itu si bapa mempunyai temu janji dengan doktor gigi lantas ibunya mengambil alih tugas menghantarnya ke nurseri.
Oleh kerana anak kecil itu diletakkan di seat belakang di dalam kereta dan sedang tidur maka si ibu terlupa akan tugasnya untuk menghantar anak ke nurseri pada hari itu kerana IANYA LUAR daripada RUTIN harian. Dia terus ke sekolahnya dan secara tidak sengaja meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta.
Ibu itu menyedari kesilapannya hanya apabila seorang guru pergi ke kawasan parkir dan terlihat seorang kanak kanak terperangkap kepanasan di dalam kereta.
Sewaktu peristiwa ini keluar menerusi TV serta akhbar maka ramai yang memanggil siibu sebagai PEMBUNUH dan dia dikecam hebat.
Betapa stressnya siibu kerana yang mati itu adalah anaknya sendiri dan itu sudah cukup meremukkan hatinya.
Dia sendiri telah mengalami kemurungan yang teruk dan telah meninggalkan kerjayanya sebagai seorang guru akibat dari desakan masyarakat setempat.
Oprah mengetengahkan isu ini kerana perkara begini bukanlah perkara yang baru terjadi dan bukan ibu itu seorang yang mengalami masalah OCCUPIED MIND.
Ada ibu ibu yang terlalu sibuk dengan kerja kerja harian dan mempunyai begitu banyak perkara yang datang serentak pada suatu masa menyebabkan fikiran mereka tidak dapat menumpukan pada perkara penting dan ini mungkin boleh mengakibatkan kemalangan, kecederaan dan kematian.
Contoh :
Seorang ibu sedang memasak tetapi dalam masa yang sama menjaga anaknya yang sedang bermain.
Atau ada masanya siibu sedang menyapu sampah tetapi pada masa yang sama terpaksa menjenguk jenguk anaknya yang sedang berada di dalam bilik air.
Seorang guru mengajar seorang anak muridnya membaca tetapi pada masa yang sama dia terpaksa melihat anak anak murid yang lain bermain main dalam kelas.
Seorang pakar otak mengatakan sebenarnya secara sedar atau tidak, kita sememangnya TIDAK BOLEH melakukan banyak perkara dalam satu masa. Apa yang dikatakan MULTITASKING itu sebenarnya TIDAK BERLAKU. Semua kerja sebenarnya difikirkan oleh otak satu demi satu. Samada kita sedar atau tidak, kita lakukan semua perkara perkara itu secara berturut turut cuma apa yang berbeza di antara satu individu dengan yang lain ialah masa yang diambil untuk melakukan perbuatan itu.
.
.
.
.
.
.
errr..aku rasa otak aku dah penat!
.
.
aku nak pergi solat Isya' lepas tu aku nak rehat.
.
.
.
lantak la entry ni tergantung tak der konklusion.
.
.
Korang fikir fikirkan lah sebab apa aku tulis entry ni dan buat la konklusion sendiri..
.
.
.
hihihihi...
sekian
5 comments:
Elok lagi multi-skill daripada multi tasking...
Asyik dipergunakan orang je..
Oprah show tu dah nak penghujung dah tu... jadi sejarah la... Saya di sana masa dia mula... banyak benda mula semasa saya di sana yang kini sudah berakhir. Tunggu giliran saya je ...
Bibik aku panaskan lauk lepas tu dia lipat kain lepastu dia terlelap lepas tu satu rumah aku hangit. Mau tak mengamuk sakan....
kita pernah bawak kereta sambil tidur, haha... lepas tu kreepppekkk, langgar bontot kete orang :)
Aku,
multi level marketing lak camaner?
GJ,
uish..OPRAH SHOW memang bertahan lama..masa aku dok kat Chicago dulu tayang hari Jumaat pagi..masa tu studio dia kecik..lebih kurang sama taraf ngan studio MACAM MACAM AZNIL..Takder glemer mana..Targeted audience nya terdiri dari golongan wanita yang miskin dan tertindas..mostly yang hadir CHICAGOANS..kemudian BOOOMMM..dengan TALENT dan GAYA CAKAP serta IDEAnya dia boleh berjaya menjadi wanita yang kaya raya!
Kakpah,
bibik pun punyai OCCUPIED MIND..
separuh mindanya di Mesia..
separuh mindanya di Indon..
KOG,
sambil tidur pun ko berMULTITASKING!!
hahaha..
Post a Comment