Wednesday, April 27, 2011

SAKA...cerita hantu mak MILAH!!

Assalamualaikum,

Tak....... aku tak tengok pun cerita "Hantu Mak Limah balik rumah".
Tak tahu menahu.
So jangan tanya aku.
Aku juga tak tengok cerita hantu memalam Jumaat yang ditayangkan di mana mana siaran TV kecuali JANGAN PANDANG BELAKANG dan PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM.

Entah.....aku memang agak GETIK ( tahu getik tu apa?? tak tahu...sudahhhh) nengok cerita hantu.

Bukan aku takut, tapi aku rasa SESUNGGUHNYA......aahhhhhhh.. ....malas nak berkabor!

Aku rasa sesiapa yang seronok sangat tengok cerita hantu tu sila la jemput datang ke Darus Syifa' kat BBBangi ni.
Baru korang tau..
REAL TAK REAL nye cerita hantu.

Nak dengar cerita cerita aku...??

1. Pada suatu hari Ahad, ada kuliah pengajian untuk wanita di Surau Annur. Aku hadir. Nak memparkir kereta teramat la payahnya di kawasan surau ini lantas aku masuk ke kawasan berdekatan dengan Darus Syifa. Kebetulan ada tempat parkir lagi di situ. Aku pun letakkan kereta aku di situ. Sebaik aku turun dari kereta, ada seorang lelaki keluar dari Darus Syifa berjalan menuju ke motorsikalnya yang tak jauh dari kereta aku.....
TIBA TIBA...Lelaki ini bertempik sekuat hati.
AKU DAH SUSPENSE!!!
AKU PANJANGKAN LANGKAH LANGKAH AKU sambil menoleh noleh ke arah lelaki tadi.

" AHHHHHHHH..." tempik lelaki itu.
" ENGKO INGAT AKU TAKUT KE DENGAN ENGKO, NANTI AKU DATANG BALIK!!!!!! AHHHHHHHHHHH....." lelaki itu bertempik lagi.

Aku tidak pasti siapa yang bertempik sebenarnya...
Benarkah lelaki itu yang bertempik atau SESUATU yang berada di dalam tubuh badannya?

AKU PERCEPATKAN LANGKAHKU...
wallahualam...


2) Aku bawa tok. Ke darus syifa. Dia tak boleh tidur malam malam. Nak berubat katanya. Aku turutkan saja. Hari Selasa memang ramai orang. Macam macam sakit. Ada sakit fizikal. Ada sakit spiritual. Kami duduk menunggu giliran.
Seorang budak perempuan.
Sekolah rendah.
Tiba tiba menangis..
Tersedu sedu.
Mula mula perlahan saja. Kemudian semakin kuat dan semakin lantang. Kemudian dia jatuh terjelepuk. Bila petugas mengangkatnya untuk dibawa ke bilik rawatan, budak perempuan tadi tiba tiba bertukar suara dan menjadi ganas.
AKU SUSPENSE bebenor....
Cepat cepat aku beredar...
TAKUT AKU!!!!
.
.
.
hihihihihi

3)........dua cerita pun cukup la kan...
Malas nak taip!


sekian

6 comments:

kucingorengemok said...

weheheee (gelak hantu), darul syifa pagi selasa memang 'cerita hantu' gred A... lagi hebat doktornya, lagi macam² pesen yang keluar kan

aza ni said...

Assalam hidayatun

aku dah ke sana

tasekM said...

aku rasa nk melempang kog. macam harem buat bunyi hantu.

:p



.

DrSam said...

semakin banyak filem-filem seram ditayangkan, nampak gayanya semakin banyak jin syaitan berleluasa.

Nizam.Ariff said...

Ish.... penakut betul....


Lagi kita takut, lagi la hantu tu berani....

buat-buat biasa jer.....



(aku suka bunyi hantu KOG tu... unik)

ASH said...

KOG,
engko rajin jengok darus Syifa' ke..

Azani,
lain kali kalau datang, kabor kabor..

TAS,
dia nak berkabor..yang kamu nak lempang pulok, ape pasei?

DrSam,
itu le paseinya yang aku getik tuuu..

AKU,
aku tahu le komer berani...
udah suku sakat itu juger..
.
.
.
aku kena takut takut juga...idak le aku nak mender tu ngikut aku balik ghumahhhh..
jenuh nak sughuh dia cari ghumah lain pulok kang.