Assalam,
Aku bertolak dari Bangi kira kira jam 3.20 petang.
Suspense juga sebab aku tak telefon atau sms Su pun kali ni.
Nombornya tiada dalam simpananku akibat virus yang melanda handphone.
Selalunya aku telefon atau sms Su dua tiga hari sebelum pergi ke rumahnya.
Berdebar bila pergi..tanpa inform tuan rumah lebih awal.
.
.
selalunya kalau sms atau phone Su, anaknya yang akan balas jawapan sebab Su memang dah tak mampu memegang handphone apatah lagi nak membalas sms.
Aku telah dapat berjumpa dengan Su semenjak 2009 lagi.
Masuk kali ini sudah 6 kali aku pergi ke rumahnya.
Sedikit demi sedikit Su hilang keupayaan diri.
Sesiapa yang biasa membaca entry aku yang terdahulu mungkin telah sedia maklum yang Su telah lama menghidap sakit saraf dan otot ini.
Semakin hari Su semakin hilang daya upaya. Otot ototnya mengecut dan dia hilang keupayaan bermula dari tidak berupaya mengangkat tangan ketika solat. Pada asalnya dia merasa cepat letih kemudian setelah dilihat otot di tangannya mengecut baru Su realized there was something wrong with her body.
Semasa aku menziarahi Su dalam tahun 2009 dahulu, Su masih berupaya bangun dan berjalan tetapi perlu berpaut pada kerusi secara perlahan lahan. Dia masih boleh berjalan perlahan lahan hingga ke pintu menghantar dan melambaiku sewaktu aku pulang. Dia juga masih boleh menyuap makanan ke mulutnya. Cuma Su terpaksa berhati hati kerana mudah terjatuh.
Kemudian pada tahun lalu, Su sudah tidah berupaya untuk bangun lagi tetapi jari jemarinya masih berfungsi dan dia masih berupaya menyuap makanan ke mulut. Kalau didudukkan, dia mesti bersandar untuk tidak jatuh ke tepi atau ke depan. Dan Su masih boleh berbual dan ceria.
Petang semalam aku berkunjung lagi ke rumahnya..
.
.
Untuk makluman, Su sudah tidak berupaya untuk menggerakan semua anggota badannya...kaki tangan...tidak lagi berfungsi. Dia hanya boleh menggerakkan otot di bahagian kepala sahaja. Otot mulut masih boleh bergerak, mata juga tetapi pertuturannya sudah tidak berapa jelas. I have to be very close to her to understand her words. Suaranya juga agak perlahan. Dia hanya senyum dan menyuruh aku bercakap untuk dia mendengar..Dia cepat letih kalau bercakap kerana ototnya dibahagian paru paru juga sudah mula hilang upaya. Oleh sebab itu dia memerlukan oksigen bagi memudahkan pernafasan.
Kawan kawan...perut kita pun mempunyai otot. Kalau ia makin tak berfungsi maka hendak buang air besar pun agak sukar. Memerlukan ubat untuk mengeluarkan najis.
Su hanya makan bubur nasi dan jenis jenis nestum yang mudah dihadam. Perutnya sudah ditebuk untuk persediaan kiranya otot mulutnya tidak berupaya mengunyah makanan nanti. Sekarang pun makanan agak sukar ditelan.
.
.
Siapa yang menjaga Su?
Su mempunyai 8 orang anak.
Anak sulungnya di Kuantan.
Anak keduanya baru selesai Matrik di banting dan Alhamdulillah dapat berjumpa dengannya.
Anak ke3 di dalam tingkatan 5. Anak perempuan dan ada di rumah juga.
Anak ke 4, dalam tingkatan 2..bersekolah.
Anak ke 5, tingkatan 1, lelaki, yang menguruskan penukaran pampers mamanya sewaktu aku tiba.
Anak ke 6 dalam darjah 6.
Anak ke 7 dan ke 8 bersekolah jadi tidak dapat berjumpa tetapi aku pernah berjumpa dengan mereka sebelum ini.
Pada waktu pagi, anak yang bersekolah petang ( form 2) yang akan menguruskan mama mereka.
Pada waktu petang pula, anak yang bersekolah pagi mengambil giliran.
Hal hal anak anak pula, mereka terpaksa pandai pandai sendiri.
Makan pakai anak anak??
Mereka urus sendiri.
masuk kain baju dalam mesin, sidai, sterika...pandai pandai mereka lah..
lain lain???...hanya Allah sahaja yang tahu...
Setakat ni Ibu Su masih berupaya memasak untuk cucu cucunya dan Su. Dia berumur 70 tahun. Tapi dia sendiri tidak mampu menguruskan segala galanya.
Suami Su?
Perlu bekerja dan menanggung keperluan Su dan anak anak. Membelikan makanan, pakaian dan urusan keperluan asas bagi Su dan anak anak.
.
.
.
Apa yang boleh kita bantu?
Berat mata ku memandang, berat lagi bahu yang memikul...
Sekian
4 comments:
Aku sebilik bersamanya selama 3 tahun di sekolah..sewaktu dulu bergurau senda..kalau ibunya datang menziarah dan membawa bekalan makan kami sebilik akan makan bersama sama..
.
.
rasa sungguh bersalah melihat anak anaknya menjaga ibu mereka yang lumpuh..
Aku sebagai rakan GEMBIRA suatu masa dulu tidak mampu untuk menolong secara fizikal...
day to day basis..
Bukan benar kata kata .."Kawan ketawa mudah dicari, yang menangis mungkin kita seorang diri"
.
.
Oh tuhan...aku rasa sungguh bersalah!!!
LIhatlah keliling...mungkin suatu hari tidak ramai kawan yang akan menangis bersama sama kita.
.
.
.
Hanya ramai yang ketawa bersama..
salam hidayatun
anak anaknya sungguh berkebolehan,mampu menguruskan mamanya serta diri mereka.
aku takut nak bayangkan nasib aku nanti... berserah je la...
sedih aku kak...
z133
Post a Comment