Monday, April 11, 2011

Kununnya nak masak Nasi Mandhy..

Assalam,

Aku sungguh teruja bila seorang kawan sekolah aku menunjukkan resepi Nasi MANDHY...nasi ayam ARAB la kiranya.
Dia bagi tau resepi.
Tunjukkan rempah yang digunakan dan tempat nak mencari rempah itu.
Hajat hati aku memang lah nak membuatnya weekend baru ni...errrr tapi tak berkesempatan nak mencari rempah ratus yang dianjurkannya itu.
.
.
.
so last last aku buat masakan di atas tu.
Masakan kat atas tu aku namakan Ashley's Buttered Rice
...hihihi..
guna beras Basmathi tapi tak masak beriani ka apa ka.
Masak macam nasi biasa cuma bila dah kering airnya, taburkan garam dan lada sulah sikit kemudian masukkan sepotong butter mengikut kadar nasi itu. Taburkan juga bawang goreng serta daun parsley kalau suka.

Digandingkan dengan GRILLED MARINATED LAMB.
Lamb ni aku beli kat kedai Daging ADAM..
Kat seksyen 3 BBBangi ni ada. Kat seksyen 4 BBBangi ni pun ada.
Balik rumah kut nak tambah bawang besag ka, bawang putih ka, kentang ka..nak buat ala ala Naked Chef pun buleh.
Janji taruk dalam bekas, cover ngan aluminium foil, buka oven... tauk pi dalam 45 minit. Suhu 180 derejah.
Dia dah marinated seksiap kat kedai.
Memang mengancam kalbu..
Aku beli dalam 7 keping..

Kemudian buat pula salad timun-tomato aku tu yang di campur sedikit garam, pepper dan sedikit perahan lemon untuk disesuaikan dengan lamb.
Kalau boleh makan dengan yogurt...hmmm..baru match!!
.
.
.
.
Okay..tak dapat buat nasi Mandhy pun tak pa.
Ashley's Buttered Rice pun orait..
.
.

Lain kali kita buat pulok Nasi yang disuggestkan oleh kawanku itu.

sekian

11 comments:

kucingorengemok said...

nak order satu pinggan large, berapa sen?

AZANI said...

salam hidayatun
kita kalah dengan kambing, nasi butter tu boleh aja...

makcikkantin said...

Sempoi je. Tulah indahnya kawan maya ni kan, segala kekusutan dpt diselesaikan dgn kreatifnya

Tijah said...

kakkkkk. nak sepinggannnn...

ashley said...

KOG,
aku tak jual..aku suruh korang masak sendiri!

Azani,
kalau alah ngan kambing, ganti ngan lembu.

Mkcikantin,
Alhamdulillah...jom buat mkcik!

Tijah,
.....boleh.....nah ambik. jangan lupa, pulangkan balik pinggan aku.
haha

Aku said...

Wuihh.....

cantiknya pinggan tu.

Nak pinggan?

ashley said...

Aku,
pinggan tu orang kasi..
aku tak beli

Aku said...

Ooo...

kasi la aku pulak pakai... hahaha

tasekM said...

kenapa la aku tak reti makan kambing yek....?



.

AZANI said...

sajer tanya gak, kena kambing masa nipongo, meletup kot?




hit the dirt.

DrSinga said...

apa makna 'mandhy' ek!!?