Friday, April 15, 2011

Kisah dan teladan..

Assalam,

Masa kecik kecik dulu aku memang suka baca buku cerita.

Aku ada baca tentang sebuah kisah.

Kisah dua beranak, ayah dan anaknya dengan seekor keldai.

Jom baca kisah ni...NAK?

Ada dua beranak yang miskin dan hanya mempunyai harta berupa seekor keldai.

Mereka mengembara untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

1) Si anak dan si ayah berjalan kaki membawa keldai mereka melalui sebuah pekan.

Tiba tiba terdengarlah dua beranak ini kata kata dari seorang penduduk yang tinggal di pekan itu.

"APA PUNYA BODOH LA DUA BERANAK ITU, ADA KELDAI TAPI BERJALAN KAKI. KELDAI UNTUK DITUNGGANG BUKAN UNTUK DIHERET DAN TAK DIGUNAKAN."

2) Mendengar kata kata itu maka kedua beranak itu pun terus menunggang keldai mereka lalu meneruskan perjalanan dan melintasi sebuah ladang.

Tiba tiba terdengarlah dua beranak ini akan kata kata dari seorang peladang

"APA LA PUNYA ZALIM DUA BERANAK ITU. KELDAI HANYA BOLEH MEMBAWA SEORANG PENUMPANG SAHAJA TETAPI MEREKA NAIK BERDUA. TSK TSK..KASIHAN KELDAI ITU. SUNGGUH TAK PATUT MEREKA BERDUA."

3) Lantas si anak terus turun dan membiarkan ayahnya sahaja yang menunggang keldai manakala dia berjalan dan menyorot tali keldai itu sahaja dan melintasi sebuah rumah.

Tiba tiba terdengarlah dua beranak ini akan kata kata dari seorang penghuni rumah itu.

"APALAH PUNYA KEJAM SEORANG BAPA, DIA BERSEDAP SEDAPAN MENUNGGANG KELDAI TETAPI DIBIARKAN SAHAJA ANAKNYA BERJALAN KAKI. SANGGUP DIA BERPERASAAN BEGITU.."

4) Mendengar sahaja kecaman dari penghuni rumah itu lalu si ayah pun turun dari keldai dan menyuruh anaknya pula menaikinya. Mereka meneruskan perjalanan dan melalui sebatang sungai.

Tiba tiba mereka terdengar kata kata dari seorang pengail.

"APALAH PUNYA BIADAP SEORANG ANAK. DIA BERSEDAP SEDAPAN MENUNGGANG KELDAI TETAPI DIBIARKAN SAHAJA AYAHNYA BERJALAN KAKI DAN MENYOROT TALI. HMMM..ANAK ANAK SEKARANG MEMANG TIDAK TAHU MENGENANG JASA."

LANTAS KEDUA DUA MEREKA MENYERET KEMBALI KELDAI MEREKA SEPERTI KEADAAN ASAL...

Bila tiba di sebuah perhentian, si ayah berkata kepada anaknya..."NAMPAKNYA KELDAI INI HANYA MENYUSAHKAN KITA SAHAJA, DITUNGGANGI SALAH..TIDAK DITUNGGANGI JUGA SALAH. APA KATA KITA JUAL SAHAJA KELDAI INI?"

.

.

Maka terjual lah keldai yang berupakan satu satunya harta mereka berdua dengan harga yang sangat murah

.

.

.

.

.

MORAL OF THE STORY...ANYONE?

p/s

' heee hawww.....heee hawww....heee hawww'.

Itu bunyi keldai.

Jangan kata bunyi katak pulak!

.

.

Kisah diceritakan semula oleh seorang cikgi tedika..

sekian

9 comments:

Nizam.Ariff said...

kalau ikut kata org salah, tak ikut pun salah...

Semua ni pasal sosial.


jom anti-sosial...nak?

ASH said...

Aku,
dah lama kan tak anti sosial
jommmm..
berkurung dalam tempurung.

Tijah said...

moral dia kann...

apa2 pun org cakap...kena jawab balik...

ada aku kesahhhh?

hiks!

aza ni said...

pasal tulah kaldai sekarang bawa dadah...

aza ni said...

salam hidayatun..

tasekM said...

moralnya.
kalau nk dengar cakap org mmg satu benda ko tak bulih buat.
buat itu tak betul.
buat ini tak betul.
kalau nk puaskan hati semua org mmg tak dapat.

ikut konsep aku: pedulik ah!

ha ha.




.

ASH said...

Tij,
hihihi

azani,
moral of the story...jangan bela keldai.
waalaikumussalam

TAS,
pesen cari gaduh jer kan?

GPI said...

Salam,

bukankah ini kisah Lukman Hakim bersama anaknya dan keldai mereka?

ASH said...

GPI,
ntah le..sila la rujuk sendiri yek..aku menulis sekadar mengikut apa yang aku ingati dari apa yang aku baca....