Friday, November 14, 2008

selamat pagi cikgu..

Salam,

Hari ini hari Jumaat. The last day of school. Hari ni ada penyampaian hadiah kat sekolah rendah. Rahmah terima hadiah hari ni. Hadiah Tokoh Nilam...Hmmm Iyalah, dah rajin membaca. Raudhah pula? Pergi juga sebab buat persembahan yang sama macam Hari Kanak Kanak hari tu. Tarian!..gasak la..( Abah dia bising dah..eh..mentang mentang budak tu comei sikit, cikgu masukkan dalam persembahan tarian..mujur darjah 1! Kalau tingkatan 1, alamat le..)

Zainab pula? tak dapat apa apa..saja saja sibuk nak pergi. Dapat nombor 6 kali ini. Cikgu nya memang bertuah!!. Report kad pun budak budak yang isi. Laporan adab belajar pun tak da. Main taram je kasi ibu bapa...sain cikgu pun tak ada. HM punya sain pun tak da. Ape ke halnya!!..Mahu rasanya aku jumpa cikgu beso. Tapi sabo dulu le.

Waktu semester pertama dulu pun sama jugak. Kelam kabut laporan adab belajar..Semua dia tak buat. Bila parents jumpa gelabah semacam..Cikgu tidor ke sepanjang waktu sekolah..ke sibuk sangat..ke demam sepanjang tahun..nak kata mengandung bersalin tak juga..cikgu nye cikgu lelaki!! Bengang jugak aku ni!!

Cikgu sepatutnya tunjuk la kerja yang bagus..Ada dedikasi sikit..Hei..aku pun cikgu tau. Kerja jalan. Aku pun ada ramai kawan cikgu. Mak aku cikgu, ayah cikgu, adik pun ada cikgu. Mak sedara cikgu, Pak sedara cikgu...aku faham kerja kerja perguruan yang semakin bertambah ni..Tapi..no excuse la kalau semua kerja dalam report kad tu anak anak murid punya tulisan!!

Ish ish ish..mencari bala betul cikgu sorang ni!!

4 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

aku cikgu..(erkkk..tersedak!)

Gurindam Jiwa said...

"Cikgu tidor ke sepanjang waktu sekolah"

Cikgu Shaari yang dalam Masam-Masam Manis tu kot?

azza_irah said...

erkk...cikgu gakk...
hikss..

salam kenal dr cikgu azza..

hidayah said...

Cikgooden,
awat hang tersedak?

G.Jiwa,
Gamaknya lebih kurang gitu le..

Azza_irah,
Salam perkenalan dari cikgu kecik ni..