Tuesday, November 11, 2008

Doctor ? No la..

Salam,

Aku bukan doktor! Penakut makan ubat, phobia ngan hospital..ngeri dengan darah..seram dengar bunyi dan bau muntah dan apa apa jua yang berkaitan dengan hospital. In fact, terbau dettol yang datang dari hospital gomen dulu pun, aku dah boleh jadi seram sejuk.

Dulu waktu belajark kat sekolah, biology aku okay gak la sebab cikgu Halim ( cikgu aku yang mengajark waktu tu) suka dok buat lawak. Kalau tidak, aku tak tau la subjek ni guana...

Masa form one, cikgu Bakag ( cikgu Sains Paduan)belah katak, tunjuk jantung katak kat makmal ..aku rasa loya. Tak thrill langsung.

Ada satu masa tu, kami geng band sekolah ..(ooooo ye saya..masuk band dulu..marching band) biasa pi melawat Taman Ulag kat Sungai Batu Pahat. Orang kat Taman Ulag tu pi bagi makan ayam ngan tikus putih hidup hidup kat ulag ulag..aku rasa macam nak pengsan...bab bab ni awat tah! Memang aku tak hingin nak tengok.

Sebab tu aku tak suka tengok cerita seram yang ada darah meleleh leleh, tak suka tengok cerita medikTV, tak suka tengok cerita bunuh bunuh...tak suka! tak suka! tak suka! Cerita kartun jer kut yang aku thrill nak tengok..hmm..memang la layak jadi cikgu Tadika.

Kak aku pulak macamana..? Oh ye! Dia jadi doktor. Bukan doktor Phd. Doktor yang ada MD kat belakang nama dia. Inilah kelebihan kak aku. Dia ada keberaniannya yang tersendiri. Walaupun kak aku tu takut ngan benda benda kecil macam anak ayam...ha ha ha..( anak ayam pun takut) tapi dia tak takut nak koyak perut orang! Tak takut nak main darah dan nanah orang. Tak takut tidur dengan tulang tulang orang yang dah mati. Ngan tengkorak yang masih ada gigi..

Teringat waktu aku pi tidog bilik kak aku di University Malaya (aku menyamar jadi budak UM..walaupun aku budak KPP/ITM waktu tu), kak aku bok keluag tengkorak manusia yang REAL ( bukan plastik atau jenama tiruan) dari kotak bawah katil dia. Tunjuk kat aku tulang itu ini...Malamnya aku tak boleh lena. Satu rangka tubuh manusia, boleh dia pi letak bawah katil jer..

Cerita pasal doktor ni, headboy sekolah menengah yang sebaya ngan aku pun dah jadi doktor. Doktor pakar OnG. Dr Ahmad Murad Zainuddin. Tumpang bangga sebab dia orang Taiping. Bab bab tengok perut dan rahim orang pompuan macam dah sebati. Kadang bila dah jadi doktor pakar ni, kes yang dapat pun macam macam. Tapi kawan aku tu relak jer..macam tak de apa apa.

Sorang lagi rakan sebaya dok tunggu kes kecemasan kat GHKL. Kat ER ..macam cerita dalam TV tu. Dia kata dia tak mau jumpa kami dalam ofis dia..hmmm besar maksud yang tersirat tu. Dr Kamalul Hafiz Karim.

Ada sorang lagi doktor yang juga classmate aku. Dulu dia study biology macam nak terkeluag bijik mata. Hafal fakta berbuih buih mulut. Aku sebagai rakan sekelas yang tak makan saman selalu kacau dia time dia dok berkerut study. Dia pendiam. Tapi bila dia masuk UM jumpa kak aku, dia mengadu kat kak aku..he he he..La ni dia buka klinik ngan rakan rakan sejawat di Alog Stag. Dr Shahril Hanafi.

Doktor ni macam cikgu gak la..Banyak tolong orang. Aku dok tengok macam dah jadi trend pulak la. Lepas jadi doktor, depa naik jadi orang politik..ha ha ha.
Macam Doktor Mahathir, Doktor Khir Toyo, Doktor Wan Azizah...dan seterusnya.
Dulu dulu cikgu yang naik jadi orang politik. Sekarang standard piawaiannya ( pinjam word cikgooden) dah bertukar.

hmmmm...smile...

4 comments:

Brahimnyior said...

Saya ada sorang kawan, amik Medic di India, la ni Dr Jamal, pakar bius di HSM Kubang Kerian.

Punya loklaq la dulu, kuat gelak.. Lama dah tak jumpa dia.

Trade mark dia ialah gelar motor kapcai saya 'Motor Cap Ayam, sebab nombor pletnya AAA 79**.

Jadi doktor di Hospital kerajaan penat. Adik sepupu saya, di Sungai Buluh, sibuk hingga selalu oncall...kekadang rasa tak berbaloi dengan gajinya..

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

dulu ada cita cita nak jadi doktor...tak dapat.

nasib baik tak dapat, kalau tak susah la nak berblog..ha ha ha.

hidayah said...

brahimnyok,
kalau mikir uang dong, bukak aje bisnis...semuanya bisa dijual!

cikgooden,
kak hida dulu ingat nak jadi pensyarah..sekali tup tup kena ngajor anak anak pensyarah lak..

Brahimnyior said...

Jadi guru, doktor, jurutera, tukang kebun, nelayan, tukang basuh baju, tukang rumah atau apa juga pekerjaan, sudah ditetapkan sebenarnya... Bersyukurlah kita buat kerja halal, asal jangan merompak, menyamun, bunuh orang.

Selalu saya ingatkan pelajar saya, jangan rasa hina dengan pekerjaan yang kita buat, sebab kalau semua nak jadi doktor, siapa pula nak kerja bersihkan bandar, siapa nak tangkap ikan, siapa nak baiki motor dan kereta..

Moral: Banggalah dengan apa yang kita ada.