Wednesday, November 05, 2008

Numbers..numbers..

Salam,

Semalam aku dapat sms dari mak kepada anak murid.

"Cikgu, periksa dah tahu result ke? _______dapat nombor berapa?"

Jawapan aku;

" Dah, Minggu depan Insyaallah saya bagi kad"

Hari ini pulak seorang mak datang jumpa aku;

" Betul ke si_________ beritahu dia dapat no one ada dua."
(aku rasa macam nak gelak giler..tapi stay cooooolll of coz..)

Jawapan aku;
" Ialah kut..rasa nye.."

Mak dia kata kalau nombor one, ayah anak murid aku tu nak belikan dia basikal. Kalau nombor one one, tak de harapan le...

Apa apa pun, aku hanyalah mengajar anak anak lima tahun. Bagi aku, kedudukan nombor tak penting. Yang lebih penting perubahan dari tak mengenal itu ini kepada mengenal ini itu. Anak anak ini belajar something in my class. Anak anak ini belajar untuk membiasakan diri dengan sekolah, berkawan, berdaya saing, berkongsi, bersabar, mendengar dan mengikut arahan, meneliti, mencetus idea idea, melahirkan perasaan, berani ke depan dan bercakap, menunjukkan bakat bakat yang terpendam..etc etc etc..you name it!

Dan aku rasa ini lebih penting dan lebih bermakna untuk masa hadapan mereka.










5 comments:

xiiinam751 said...

Ibu mana yang tak bangga dengan kejayaan anakkan!
Tapi sesetengah ibu terlebih-lebih memaksa anak mencapai kehendaknya...demi menjaga gengsi! Kesian anak tu!



Selamat menunaikan sholat Maghrib 7 minit lagi!

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

perghhh..berblog hingga ke saat maghrib hang ck Lah..ha ha ha.


kak hida ni..org batu kurau ka?..

Gurindam Jiwa said...

Yang tension tu bila ibubapa lain telefon tanya, "Anak awak periksa nombor berapa?" Soalan lain tak de. Uuurrggghhh!

azlin hashim said...

salam singgah yer tuan rumah..

betul2... tp bdk2 kan, mak bapak yg lebih... tak tau la mcm mana bila sy ada ank nnt..

hidayah said...

Cklah..
ye..sebab dah macam tu dari dulu lagi..Macamana nak buat?

Cikgooden,
La ish ish ish..aku nak tulih lagu mana lagi tah..Saya lahir di Gunong! The Semanggol Mountain!..Tempat Yang Chek Dek pernah tulis dalam satu penulisannya 'Bahaya dari Gunung'...hah tempat aku la tu..
but..
Batu Kurau pun aku tau sebab Sekolah Menengah Dato' kamaruddin tu, pak aku dok mengajar dari tahun 1975 sampai la dia pencen..ntah tahun berapa..dalam tahun 80an.

G.jiwa;
..saja nak bagi tension lagi..
Anak dapat nombor berapa ye?


Azlin,

jemput la..silkan masuk pondok singgah yang tak sepertinya ini.