Wednesday, September 14, 2011

16 september

Assalam,

Aku menerima message sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah tadi.

" Kalau family puan buat kenduri prgi makkah harap jemput saya & kakpah "

hahahahaha...

Aduhai...rasa macam kelakar!
Sebab apa kelakar?
Entah laa...tapi aku rasa sangat kelakar!

Sebenarnya kalau nak buat KENDURI bagi tujuan ke Makkah memang aku rasa macam dah tak berkesempatan.

Manakala kalau doa selamat dan bacaan Yassin sesama ahli keluarga suamiku..telah pun dibuat di rumah adiknya dan diketuai oleh ayahanda mertuku sendiri.
Doa dan bacaan Yassin itu lebih kepada doa selamat dengan apa apa niat yang terlintas di hati.
Ada yang doa masuk rumah baru dan minta keberkatan.
Ada yang doa nak lulus periksa UPSR, PMR.
Ada yang doa selamat bagi murah rezeki dan sihat tubuh badan manakala aku pula niat nak selamat pergi balik mengerjakan haji serta berdoa untuk mendapat haji MABRUR.

Selalunya bacaan Yassin dan doa selamat ini memang lebih bermakna dan lebih AFDHAL dilakukan sesama ahli keluarga terdekat.
Kita rasa lebih seronok, lebih kusyuk dan lebih bermakna ketika berdoa sebab yang mendoakan adalah dari kalangan ahli keluarga sendiri.

Kalau dengan jiran tetangga dan sahabat handai?
Aku lebih suka jemput makan makan..bual bual dan bertanya khabar!
.
.
.
Oleh itu, aku nak habark mai la kat sini...kalau kawan kawan BLOGGERS nak mai rumah, jemput la mai rumah 16 Sept ni....
Kita bertamu, bertemu dan berjamu.


p/s
KHAS untuk kengkawan BLOGGER yang ada no phone aku.
Sms aku kalau CONFIRM mai, okay?!!
Yang takder?
.
.
.
yang takder tu macam tak berapa kenai le tuuuuu...hehehe


sekian

11 comments:

kucingorengemok said...

uhh, teraso den, kak! hehe

Aku said...

KOG la tu ?... hahaha

tasekM said...

pukui berapa kak?
kot tak ada aral melintang aku sampai kak no...



.

ASH said...

KOG,
tu laaa..rahsierrr memanjang..
kan dah takleh nak kasi address!

AKU,
ko pandai ketawakan orang..ko pun tak nak datang!

tas,
kalau pagi starts 9.30am.
kalau tghari boleh juga sebab jumaat buat kat surau sini..so orang sebelah boleh menapak ke surau sementara kita sembang kat rumah..
kalau petang sampai jam 6pm.
.
.
.
malam aku nak rehat! hehe

ASH said...

rumah aku sama hala macam nak pergi rumah kakpah cuma bila masuk lorong jer ko lajak sampai depan surau ASSOBAH. depan surau ko call. rumah aku dekat situ jer....
.
.
.
errr untuk KOG..
boleh agak agak tak area rumah aku? hehe

AZANI said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ASH said...

Azani
berani boh nombor telefon...
kang macam macxam orang cal...so saya delete la nuu..

AZANI said...

hidayatun
thanks...

kucingorengemok said...

tak ghoti den nak ngagak², hehehe

ASH said...

KOG,
kut nak mari, pergi jer depan SURAU ASSOBAH! buat muka simpati...
.
.
.
aku jengok jengok le around jam 11 am!!
kalau aku terlupa?
nasib ler...

en_me said...

semoga dipermudahkan segala urusan makk tewww.. aminn