Friday, April 29, 2011
What bidio?
Aku memang ketinggalan..
Aku tak kuasa nak tengok TV, baca paper ke apa ker..
Aku lebih suka study buku aku.
Buku "NOTA KURSUS HAJI"
.
.
.
Lebih baik aku tumpukan perhatian aku pasai bab bab nak ke Mekah ni.
.
.
.
Ya la.. aku tau...kena ambik tahu juga pasai negara.
Tapi..
Apekejadahnya sampai masuk dalam siaran berita.
BIDIO tak tahu sumber asal usul..siapa punyer kerojer!!
Yang nengok bukan orang tua tua jer..
ANAK MURID AKU 5 tahun pun ternganger.
UDAH TAK DE BERITA LAIN KER???
Naik nyampah dah aku...
.
.
.
10 tahun asyik asyik berita si anu, si dia, si demer...
Berkitar tentang perlakuan si anu, si dia, si demer...
.
.
.
Komer tahu apa yang aku rasa?
Sebagai rakyat biasa yang hina dina ni?
.
.
.
Aku rasa nak sepak jer muka muka komer.
Tak kira le siapa..
.
.
.
SEMUA TURUN !!!
Bior aku yang NAIK...
.
.
.
.
.
wakakkakakakaka...
.
.
.
naik minyak...
sekian
Thursday, April 28, 2011
Jannah
Hari Sabtu yang lalu kami berdua ke sana.
Meninjau satu kelahiran baru..
Alhamdulillah syukur...
.
.
.
Eh...dah ramai juga cucu cucu mak aku rupanya.
Hmmm...
9 + 9 + 4 + 4 1/2 + 2 = 28 1/2 dah!!
.
.
.
Cucu yang ke 28 ni adalah anak kepada adik aku..si SHA.
Sha ni hari tu ADA FINAL EXAM..almaklumlah..belajor pun tak habis habis lagi.
Dia dok minta minta JANGAN TERBERANAK sebelum exam.
Alhamdulillah..dah selesai exam, baru beranak.
hehehehehe
.
.
.
Buat camno kan...
Dah nak kahwin..
Dah kahwin, tak kan tak beranak pulok.
.
.
.
Cumanya time dia nak bersalin tu doktor yang nyambut baby dia umur baru 25..
Tak kahwin lagi pulok tu.
Mesti dok tengah housemanship lagi.
Doktor tu tanya umur adik aku berapa?
Adik aku kabor le...26.
Doktor tu ada ke pulok cakap..." Hai umur baru 26, dah anak dua?? Saya umur 25, kahwin pun tak lagi."
.
.
.
WAHAI adik doktor yang dikasihi...tak kisah le dia nak beranak dua ke, tiga ke,empat ke..bahkan sepuluh sekali pun.
Dah jodoh dia, dah rezeki dia...
Usah le banding bandingkan dengan diri anda sendiri..
Tu tak tanya KAKAK BUDAK YANG BERSALIN TU!!
.
.
umur kakak dia 23, anak sorang.
umur kakak dia 25, anak 2 orang.
umur kakak dia 27, anak 3 orang.
.
.
.
dan seterusnya la...
hihihihihi...
Adik aku kata doktor tu tak berapa reti MENJAHIT!. Sakit ya Rabbi
haiiihh...
Buat cam no adikku...budak muda yang jadi doktor memang macam tu.
ADA KURENG SIKIT PENGALAMAN.
.
.
.
sebab tu aku lebih suka mak BIDAN umur 30an - 40 an yang sambut anak aku time bersalin.
CEKAP DAN PANTAS!!
Kalah doktor doktor muda nih...
sebab apa?
sebab MAK BIDAN TERLATIH ni pengkhususan dia MEMANG NYAMBUT orang BERSALIN.
Sedangkan doktor ni banyak sangat mender dia nak kena study.
Itu le pasalnye..
Mak BIDAN ni lebih cekap.
.
.
.
.
tak caya?
cuba tanya tanya around!!
.
.
.
Jangan marah adik kakak abang doktor!!!
BTW, siapa nama anak sedara baru aku yang baru?
hihihihi...tu tajuk kat atas tuuuuu...
sekian
Wednesday, April 27, 2011
SAKA...cerita hantu mak MILAH!!
Tak....... aku tak tengok pun cerita "Hantu Mak Limah balik rumah".
Tak tahu menahu.
So jangan tanya aku.
Aku juga tak tengok cerita hantu memalam Jumaat yang ditayangkan di mana mana siaran TV kecuali JANGAN PANDANG BELAKANG dan PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM.
Entah.....aku memang agak GETIK ( tahu getik tu apa?? tak tahu...sudahhhh) nengok cerita hantu.
Bukan aku takut, tapi aku rasa SESUNGGUHNYA......aahhhhhhh.. ....malas nak berkabor!
Aku rasa sesiapa yang seronok sangat tengok cerita hantu tu sila la jemput datang ke Darus Syifa' kat BBBangi ni.
Baru korang tau..
REAL TAK REAL nye cerita hantu.
Nak dengar cerita cerita aku...??
1. Pada suatu hari Ahad, ada kuliah pengajian untuk wanita di Surau Annur. Aku hadir. Nak memparkir kereta teramat la payahnya di kawasan surau ini lantas aku masuk ke kawasan berdekatan dengan Darus Syifa. Kebetulan ada tempat parkir lagi di situ. Aku pun letakkan kereta aku di situ. Sebaik aku turun dari kereta, ada seorang lelaki keluar dari Darus Syifa berjalan menuju ke motorsikalnya yang tak jauh dari kereta aku.....
TIBA TIBA...Lelaki ini bertempik sekuat hati.
AKU DAH SUSPENSE!!!
AKU PANJANGKAN LANGKAH LANGKAH AKU sambil menoleh noleh ke arah lelaki tadi.
" AHHHHHHHH..." tempik lelaki itu.
" ENGKO INGAT AKU TAKUT KE DENGAN ENGKO, NANTI AKU DATANG BALIK!!!!!! AHHHHHHHHHHH....." lelaki itu bertempik lagi.
Aku tidak pasti siapa yang bertempik sebenarnya...
Benarkah lelaki itu yang bertempik atau SESUATU yang berada di dalam tubuh badannya?
AKU PERCEPATKAN LANGKAHKU...
wallahualam...
2) Aku bawa tok. Ke darus syifa. Dia tak boleh tidur malam malam. Nak berubat katanya. Aku turutkan saja. Hari Selasa memang ramai orang. Macam macam sakit. Ada sakit fizikal. Ada sakit spiritual. Kami duduk menunggu giliran.
Seorang budak perempuan.
Sekolah rendah.
Tiba tiba menangis..
Tersedu sedu.
Mula mula perlahan saja. Kemudian semakin kuat dan semakin lantang. Kemudian dia jatuh terjelepuk. Bila petugas mengangkatnya untuk dibawa ke bilik rawatan, budak perempuan tadi tiba tiba bertukar suara dan menjadi ganas.
AKU SUSPENSE bebenor....
Cepat cepat aku beredar...
TAKUT AKU!!!!
.
.
.
hihihihihi
3)........dua cerita pun cukup la kan...
Malas nak taip!
sekian
Friday, April 22, 2011
Kalaulah...
Kalau ada video ni seumpama begini kat Malaysia, bagus juga..
Mungkin O-A-S-I-S punya siaran boleh tolong buat?
Boleh??
Thursday, April 21, 2011
Teman sebilikku sewaktu dulu..
Assalam,
Aku bertolak dari Bangi kira kira jam 3.20 petang.
Suspense juga sebab aku tak telefon atau sms Su pun kali ni.
Nombornya tiada dalam simpananku akibat virus yang melanda handphone.
Selalunya aku telefon atau sms Su dua tiga hari sebelum pergi ke rumahnya.
Berdebar bila pergi..tanpa inform tuan rumah lebih awal.
.
.
selalunya kalau sms atau phone Su, anaknya yang akan balas jawapan sebab Su memang dah tak mampu memegang handphone apatah lagi nak membalas sms.
Aku telah dapat berjumpa dengan Su semenjak 2009 lagi.
Masuk kali ini sudah 6 kali aku pergi ke rumahnya.
Sedikit demi sedikit Su hilang keupayaan diri.
Sesiapa yang biasa membaca entry aku yang terdahulu mungkin telah sedia maklum yang Su telah lama menghidap sakit saraf dan otot ini.
Semakin hari Su semakin hilang daya upaya. Otot ototnya mengecut dan dia hilang keupayaan bermula dari tidak berupaya mengangkat tangan ketika solat. Pada asalnya dia merasa cepat letih kemudian setelah dilihat otot di tangannya mengecut baru Su realized there was something wrong with her body.
Semasa aku menziarahi Su dalam tahun 2009 dahulu, Su masih berupaya bangun dan berjalan tetapi perlu berpaut pada kerusi secara perlahan lahan. Dia masih boleh berjalan perlahan lahan hingga ke pintu menghantar dan melambaiku sewaktu aku pulang. Dia juga masih boleh menyuap makanan ke mulutnya. Cuma Su terpaksa berhati hati kerana mudah terjatuh.
Kemudian pada tahun lalu, Su sudah tidah berupaya untuk bangun lagi tetapi jari jemarinya masih berfungsi dan dia masih berupaya menyuap makanan ke mulut. Kalau didudukkan, dia mesti bersandar untuk tidak jatuh ke tepi atau ke depan. Dan Su masih boleh berbual dan ceria.
Petang semalam aku berkunjung lagi ke rumahnya..
.
.
Untuk makluman, Su sudah tidak berupaya untuk menggerakan semua anggota badannya...kaki tangan...tidak lagi berfungsi. Dia hanya boleh menggerakkan otot di bahagian kepala sahaja. Otot mulut masih boleh bergerak, mata juga tetapi pertuturannya sudah tidak berapa jelas. I have to be very close to her to understand her words. Suaranya juga agak perlahan. Dia hanya senyum dan menyuruh aku bercakap untuk dia mendengar..Dia cepat letih kalau bercakap kerana ototnya dibahagian paru paru juga sudah mula hilang upaya. Oleh sebab itu dia memerlukan oksigen bagi memudahkan pernafasan.
Kawan kawan...perut kita pun mempunyai otot. Kalau ia makin tak berfungsi maka hendak buang air besar pun agak sukar. Memerlukan ubat untuk mengeluarkan najis.
Su hanya makan bubur nasi dan jenis jenis nestum yang mudah dihadam. Perutnya sudah ditebuk untuk persediaan kiranya otot mulutnya tidak berupaya mengunyah makanan nanti. Sekarang pun makanan agak sukar ditelan.
.
.
Siapa yang menjaga Su?
Su mempunyai 8 orang anak.
Anak sulungnya di Kuantan.
Anak keduanya baru selesai Matrik di banting dan Alhamdulillah dapat berjumpa dengannya.
Anak ke3 di dalam tingkatan 5. Anak perempuan dan ada di rumah juga.
Anak ke 4, dalam tingkatan 2..bersekolah.
Anak ke 5, tingkatan 1, lelaki, yang menguruskan penukaran pampers mamanya sewaktu aku tiba.
Anak ke 6 dalam darjah 6.
Anak ke 7 dan ke 8 bersekolah jadi tidak dapat berjumpa tetapi aku pernah berjumpa dengan mereka sebelum ini.
Pada waktu pagi, anak yang bersekolah petang ( form 2) yang akan menguruskan mama mereka.
Pada waktu petang pula, anak yang bersekolah pagi mengambil giliran.
Hal hal anak anak pula, mereka terpaksa pandai pandai sendiri.
Makan pakai anak anak??
Mereka urus sendiri.
masuk kain baju dalam mesin, sidai, sterika...pandai pandai mereka lah..
lain lain???...hanya Allah sahaja yang tahu...
Setakat ni Ibu Su masih berupaya memasak untuk cucu cucunya dan Su. Dia berumur 70 tahun. Tapi dia sendiri tidak mampu menguruskan segala galanya.
Suami Su?
Perlu bekerja dan menanggung keperluan Su dan anak anak. Membelikan makanan, pakaian dan urusan keperluan asas bagi Su dan anak anak.
.
.
.
Apa yang boleh kita bantu?
Berat mata ku memandang, berat lagi bahu yang memikul...
Sekian
Tuesday, April 19, 2011
Bersuci..
Assalam,
Rasulullah s.a.w telah lalu melintasi dua kubur lalu baginda berkata " Kedua dua orang dalam kubur ini sedang diazab. Mereka tidak diazab disebabkan oleh dosa besar. Salah seorangnya diazab disebabkan tidak tanazzuh ketika kencing dan seorang lagi diazab kerana suka menghasut atau mencaci"
'Kencing', 'buang air kecil', 'ke sungai kecil' adalah perkara yang dikurniakan Allah pada kebanyakan makhluk yang bernyawa..
Tapi orang Islam kalau tidak bersuci selepas melepaskan hajatnya maka ianya menjadi kesalahan.
Bersuci atau beristinjak dituntut dalam Islam kerana Islam mengutamakan kebersihan.
.
.
.
Tiba tiba aku teringat sesuatu..
"Hmm..setiap orang bersucikah?'
" Di kebanyakan tandas awam wanita di Malaysia terdapat air paip dan tidak sukar untuk bersuci."
.
.
.
Di tandas lelaki??
errr...yang tandas untuk berdiri tu ada air paip ke??
Basuhkah selepas selesai BERHAJAT??
.
.
.
Sesungguhnya aku TIDAK TAHU..
Mungkin boleh difikirkan..
wallahualam
sekian
Friday, April 15, 2011
Kisah dan teladan..
Assalam,
Masa kecik kecik dulu aku memang suka baca buku cerita.
Aku ada baca tentang sebuah kisah.
Kisah dua beranak, ayah dan anaknya dengan seekor keldai.
Jom baca kisah ni...NAK?
Ada dua beranak yang miskin dan hanya mempunyai harta berupa seekor keldai.
Mereka mengembara untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
1) Si anak dan si ayah berjalan kaki membawa keldai mereka melalui sebuah pekan.
Tiba tiba terdengarlah dua beranak ini kata kata dari seorang penduduk yang tinggal di pekan itu.
"APA PUNYA BODOH LA DUA BERANAK ITU, ADA KELDAI TAPI BERJALAN KAKI. KELDAI UNTUK DITUNGGANG BUKAN UNTUK DIHERET DAN TAK DIGUNAKAN."
2) Mendengar kata kata itu maka kedua beranak itu pun terus menunggang keldai mereka lalu meneruskan perjalanan dan melintasi sebuah ladang.
Tiba tiba terdengarlah dua beranak ini akan kata kata dari seorang peladang
"APA LA PUNYA ZALIM DUA BERANAK ITU. KELDAI HANYA BOLEH MEMBAWA SEORANG PENUMPANG SAHAJA TETAPI MEREKA NAIK BERDUA. TSK TSK..KASIHAN KELDAI ITU. SUNGGUH TAK PATUT MEREKA BERDUA."
3) Lantas si anak terus turun dan membiarkan ayahnya sahaja yang menunggang keldai manakala dia berjalan dan menyorot tali keldai itu sahaja dan melintasi sebuah rumah.
Tiba tiba terdengarlah dua beranak ini akan kata kata dari seorang penghuni rumah itu.
"APALAH PUNYA KEJAM SEORANG BAPA, DIA BERSEDAP SEDAPAN MENUNGGANG KELDAI TETAPI DIBIARKAN SAHAJA ANAKNYA BERJALAN KAKI. SANGGUP DIA BERPERASAAN BEGITU.."
4) Mendengar sahaja kecaman dari penghuni rumah itu lalu si ayah pun turun dari keldai dan menyuruh anaknya pula menaikinya. Mereka meneruskan perjalanan dan melalui sebatang sungai.
Tiba tiba mereka terdengar kata kata dari seorang pengail.
"APALAH PUNYA BIADAP SEORANG ANAK. DIA BERSEDAP SEDAPAN MENUNGGANG KELDAI TETAPI DIBIARKAN SAHAJA AYAHNYA BERJALAN KAKI DAN MENYOROT TALI. HMMM..ANAK ANAK SEKARANG MEMANG TIDAK TAHU MENGENANG JASA."
LANTAS KEDUA DUA MEREKA MENYERET KEMBALI KELDAI MEREKA SEPERTI KEADAAN ASAL...
Bila tiba di sebuah perhentian, si ayah berkata kepada anaknya..."NAMPAKNYA KELDAI INI HANYA MENYUSAHKAN KITA SAHAJA, DITUNGGANGI SALAH..TIDAK DITUNGGANGI JUGA SALAH. APA KATA KITA JUAL SAHAJA KELDAI INI?"
.
.
Maka terjual lah keldai yang berupakan satu satunya harta mereka berdua dengan harga yang sangat murah
.
.
.
.
.
MORAL OF THE STORY...ANYONE?
p/s
' heee hawww.....heee hawww....heee hawww'.
Itu bunyi keldai.
Jangan kata bunyi katak pulak!
.
.
Kisah diceritakan semula oleh seorang cikgi tedika..
sekian
Thursday, April 14, 2011
Sepohon kayu..
Sepohon kayu..
Lebat daunnya
Lebat bunganya
Lebat juga buahnya.
Buah buahnya itu ada yang masak dahulu
dan ada yang masak kemudian..
Ada yang enak dimakan, ada yang berulat dan ada pula yang masam dan kelat..
Tapi semuanya kurniaan..
Dalam ertikata untuk memberi pengajaran pada diri kita supaya pandai memilih
Jika yang manis, begini rupanya dan begini rasanya
Jika yang muda, begini rupanya dan begini rasanya
Jika yang berulat pula, begini rupanya dan begini pula rasanya
Manusia
Semua dari keturunan yang sama ADAM dan HAWA..
tapi diserakkan menjadi berbangsa bangsa dan bersuku suku
berlainan bahasa
berlainan rupa
berlainan cita rasa
Apakah perbezaan itu menggalakkan kita supaya bertelegah?
Berlaga kepala?
Berpuntau dan BER 'GBA GBO'...hihihi
Perbezaan pendapat memberi kelonggaran kepada kita supaya TIDAK RIGID, TIDAK EGO, TIDAK TERKONGKONG dalam satu keputusan sahaja..
Jadi berMESYUARAH lah kiranya ada perbezaan....
hmmmmmmmmm
sekian
Tuesday, April 12, 2011
Puasa Isnin
Hari Isnin dan Khamis adalah hari hari yang digalakkan berpuasa sunnat.
Hmm..bila tiba waktu berbuka, bagus juga kalau dapat menikmati ikan bakar.
Nak nak pula kalau HOMEMADE..
aaahhh sodap....
Amacam Ikan siakap bakor kat atas tu.
.
.
.
.
.
.
si Dia cakap, "FINE DINING ke nih?"
.
.
.
.
ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh..
Di gandingkan pula dengan Homemade Honey Lemon Tea..
p/s
Sikit hari ni gua masuk entry masak dan makan saja..
Maap le ye pada yang berdiet..
sekian
Monday, April 11, 2011
Kununnya nak masak Nasi Mandhy..
Aku sungguh teruja bila seorang kawan sekolah aku menunjukkan resepi Nasi MANDHY...nasi ayam ARAB la kiranya.
Dia bagi tau resepi.
Tunjukkan rempah yang digunakan dan tempat nak mencari rempah itu.
Hajat hati aku memang lah nak membuatnya weekend baru ni...errrr tapi tak berkesempatan nak mencari rempah ratus yang dianjurkannya itu.
.
.
.
so last last aku buat masakan di atas tu.
Masakan kat atas tu aku namakan Ashley's Buttered Rice
...hihihi..
guna beras Basmathi tapi tak masak beriani ka apa ka.
Masak macam nasi biasa cuma bila dah kering airnya, taburkan garam dan lada sulah sikit kemudian masukkan sepotong butter mengikut kadar nasi itu. Taburkan juga bawang goreng serta daun parsley kalau suka.
Digandingkan dengan GRILLED MARINATED LAMB.
Lamb ni aku beli kat kedai Daging ADAM..
Kat seksyen 3 BBBangi ni ada. Kat seksyen 4 BBBangi ni pun ada.
Balik rumah kut nak tambah bawang besag ka, bawang putih ka, kentang ka..nak buat ala ala Naked Chef pun buleh.
Janji taruk dalam bekas, cover ngan aluminium foil, buka oven... tauk pi dalam 45 minit. Suhu 180 derejah.
Dia dah marinated seksiap kat kedai.
Memang mengancam kalbu..
Aku beli dalam 7 keping..
Kemudian buat pula salad timun-tomato aku tu yang di campur sedikit garam, pepper dan sedikit perahan lemon untuk disesuaikan dengan lamb.
Kalau boleh makan dengan yogurt...hmmm..baru match!!
.
.
.
.
Okay..tak dapat buat nasi Mandhy pun tak pa.
Ashley's Buttered Rice pun orait..
.
.
Lain kali kita buat pulok Nasi yang disuggestkan oleh kawanku itu.
sekian
Thursday, April 07, 2011
Mabuk Nasi..
Nampak gambar kat atas tu?
.
.
.
Cuba teka aku masak nasi apa?
A. nasi goreng China
B. nasi beriani
C. nasi beriani China
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
teeeeeekkkkk...masa dah tamat!
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapannya NASI BERIANI CHINA.
hahahaha..
.
.
.
.
Resepi memang nasi BERIANI...tapi rupa macam NASI GORENG CHINA!!
Cara membuatnya
1) TER lebih kan rempah berianinya so that nasi rupa macam dibubuh kicap.
2) TER LUPAkan diri nak beli kismis atau bawang goreng yang siap sedia.
3) Masukkan saja sayur campur jagung, peas dan karet sebab itu jer ada stok kat peti ais.
.
.
.
lain lain bahan sama macam buat nasi beriani.
.
.
.
hasilnya....Taaa daaaa..
DAPAT mender baru!!
Kan??
p/s
TAS,
amacam nasi beriani China aku...
sama tak INNOVASInya dengan cekodok tepung jagung engko?
sekian
Wednesday, April 06, 2011
Oprah show
Entah malam bila atau pagi bila semasa aku terjaga dan tidak boleh tidur semula, aku menonton satu rancangan OPRAH.
Oprah ditayangkan di channel DIVA around 1 am.
Sebenarnya aku dah tidur.
Bila terjaga dan tak boleh tidur, aku pasangkan TV..
Tengok talk show ni kadang kadang bagus juga.
Untung untung boleh tidur balik.
Pada pagi tu Oprah keluarkan topik tentang 'BUSY MOM'.
macam tu la lebih kurang..
Kerjaya sebagai seorang ibu samada yang kerja di rumah atau di luar rumah sentiasa PENUH.
Dan sebetulnya banyak yang tak berjadual.
Dan kadang kala seorang IBU itu terlalu OCCUPIED untuk membuat banyak kerja dalam satu masa.
Contoh :
Sewaktu bangun pagi, apa perkara utama kita sebagai seorang wanita, isteri dan ibu fikirkan?
.
.
Mungkin nak pergi solat. ( ni tak masuk dalam OPRAH..aku bagi contoh seakan akan dia punya laaa...)
Mungkin nak kena kejutkan suami dan anak anak.
Mungkin nak berzikir sebentar atau baca quran
Mungkin juga nak kena jerangkan air untuk bancuh kopi.
Mungkin juga nak fikirkan apa yang nak dimasak untuk sarapan pagi.
Mungkin juga nak menggosok baju suami untuk dipakainya ke tempat kerja.
Tengok..
Ada 5/6 perkara seorang isteri perlu fikirkan sebaik sahaja dia CELIK mata di pagi hari.
.
.
Perkara begini dilihat sebagai RUTIN kehidupan dan sebagai wanita, isteri dan ibu, kita mungkin telah terbiasa dan ianya tidak dirasakan berat lagi.
.
.
Tapi adakalanya apabila sesuatu perkara RUTIN itu terganggu disebabkan faktor faktor yang tidak dapat dielakkan maka ianya mungkin menyebabkan perkara yang luar biasa terjadi.
Contoh yang diketengahkan oleh OPRAH ialah apabila seorang ibu yang juga seorang guru ter tinggalkan anak kecil berumur 3 tahun di dalam kereta semasa dia ke sekolah. Dan anak kecilnya itu telah meninggal dunia akibat kepanasan kerana ianya berlaku dalam musim panas.
.
.
Errr..mengingatkan aku pada suatu peristiwa.
.
.
Anyway..
Anak kecil berusia 3 tahun ini sebenarnya dihantar ke nurseri oleh bapanya setiap hari tetapi pada hari itu si bapa mempunyai temu janji dengan doktor gigi lantas ibunya mengambil alih tugas menghantarnya ke nurseri.
Oleh kerana anak kecil itu diletakkan di seat belakang di dalam kereta dan sedang tidur maka si ibu terlupa akan tugasnya untuk menghantar anak ke nurseri pada hari itu kerana IANYA LUAR daripada RUTIN harian. Dia terus ke sekolahnya dan secara tidak sengaja meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta.
Ibu itu menyedari kesilapannya hanya apabila seorang guru pergi ke kawasan parkir dan terlihat seorang kanak kanak terperangkap kepanasan di dalam kereta.
Sewaktu peristiwa ini keluar menerusi TV serta akhbar maka ramai yang memanggil siibu sebagai PEMBUNUH dan dia dikecam hebat.
Betapa stressnya siibu kerana yang mati itu adalah anaknya sendiri dan itu sudah cukup meremukkan hatinya.
Dia sendiri telah mengalami kemurungan yang teruk dan telah meninggalkan kerjayanya sebagai seorang guru akibat dari desakan masyarakat setempat.
Oprah mengetengahkan isu ini kerana perkara begini bukanlah perkara yang baru terjadi dan bukan ibu itu seorang yang mengalami masalah OCCUPIED MIND.
Ada ibu ibu yang terlalu sibuk dengan kerja kerja harian dan mempunyai begitu banyak perkara yang datang serentak pada suatu masa menyebabkan fikiran mereka tidak dapat menumpukan pada perkara penting dan ini mungkin boleh mengakibatkan kemalangan, kecederaan dan kematian.
Contoh :
Seorang ibu sedang memasak tetapi dalam masa yang sama menjaga anaknya yang sedang bermain.
Atau ada masanya siibu sedang menyapu sampah tetapi pada masa yang sama terpaksa menjenguk jenguk anaknya yang sedang berada di dalam bilik air.
Seorang guru mengajar seorang anak muridnya membaca tetapi pada masa yang sama dia terpaksa melihat anak anak murid yang lain bermain main dalam kelas.
Seorang pakar otak mengatakan sebenarnya secara sedar atau tidak, kita sememangnya TIDAK BOLEH melakukan banyak perkara dalam satu masa. Apa yang dikatakan MULTITASKING itu sebenarnya TIDAK BERLAKU. Semua kerja sebenarnya difikirkan oleh otak satu demi satu. Samada kita sedar atau tidak, kita lakukan semua perkara perkara itu secara berturut turut cuma apa yang berbeza di antara satu individu dengan yang lain ialah masa yang diambil untuk melakukan perbuatan itu.
.
.
.
.
.
.
errr..aku rasa otak aku dah penat!
.
.
aku nak pergi solat Isya' lepas tu aku nak rehat.
.
.
.
lantak la entry ni tergantung tak der konklusion.
.
.
Korang fikir fikirkan lah sebab apa aku tulis entry ni dan buat la konklusion sendiri..
.
.
.
hihihihi...
sekian
Bare Necessities..
One of my feveret song...and cartoon..
heeheheheheheh
look around and find something that you really enjoy..
how simple the life should really be
Youtube lagi..
la la la la la la
.
.
.
Kita kumpul banyak banyak BIDIO!
Rujukan masa depan..
Enjoy yourself..
hihihihi
okay..yang bidio kat bawah ni pulak entah apasai la depa ni pakai lagu ni...
ish ish ish
seluor maner??
untuk mengakhiri siri BIDIO kanak kanak ini..
kita letak youtube ini..
Akuna MATATA
it means NO WORRY!!
sekian
lagi dan lagi...
Cikgu tadika kena tahu juga mencari youtube yang ada lagu lagu untuk tadika..
apa kata kita tengok sikit video klip ni..
nak buat sendiri kut tak reti..
hehehe
ENJOY!!!
sekian
Saturday, April 02, 2011
Ingat lagi tak Projek Buku Hijau kami?
Sebenar malas nak tulis panjang.
Esok Ahad 3/4/2011 sukan Aulad.
Aku kena tidur awal.
Sekarang dah sepuluh lebih.
Si Muhammad dok melompat lompat lagi..GERAM BETUL..
Esok macam mana nak sampai di stadium jam 7.30 pun aku tak tahu..kalau tak tidur lagi sekarang...
oh yaa..LARI PULAK topik.
Budak berdua di atas sinun tu saja posing jer.
Topik sebenar nak cerita gambar gambar kat bawah ni.
Terung kami dah berbunga..
ALAMAK..!!!
terpadam pulak gambar cili aku nih..
HAIHHH..
Tertekan..malas nak UPLOAD dah..
ciss