Monday, February 01, 2010

Kemahiran

Salam,

Jika seseorang itu ingin memasak kek, dia perlu belajar pelbagai perkara terlebih dahulu.
Dia mesti mengenali bahan bahan asas kek seperti tepung, mentega, telur dan gula.
Dia mesti mengetahui cara memasang oven.
Dia mesti mengetahui cara cara bahan itu dicampur adukkan.
Pendekata dia perlu mempelajari kemahiran asas berkaitan pembuatan kek untuk mendapatkan hasil yang baik.

Dalam menyediakan anak anak kecil untuk menghadapi kehidupan mereka yanga akan datang, pelbagai perkara asas yang kita ingin titik beratkan. Antaranya menjaga kebersihan diri serta juga kebersihan tempat yang mereka diami.

Anak anak seharusnya didedahkan dengan kemahiran asas menjaga kebersihan tempat seperti membuang sampah ke dalam tong sampah, kemahiran mengelap sekiranya menumpahkan air minuman mereka, kemahiran menyapu sampah yang mereka sendiri hasilkan contohnya ketika mereka selesai mengasah pensel dan juga remah selepas mereka makan.

Sekiranya asas menjaga kebersihan ini tidak diajar semenjak tadika lagi kebarangkalian besar anak anak ini tidak tahu menilai dan menghargai kebersihan di sekeliling tempat tinggal mereka. Dan mungkin kerana itulah kita lihat terlalu banyak sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sekiranya diadakan majlis keramaian di satu satu tempat itu.
Puas kita mengingatkan rakyat kita, tapi....hmmmmmmmmmm

Maka dengan itu, AULAD telah memasukkan keperihatinan untuk mempunyai kemahiran asas begini kepada anak anak didiknya.
Mak ayah... Sila jangan salah anggap, okay!
Kalau melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Ingat tu!!
Memperkenalkan anak anak kepada kemahiran menyapu.
Walapun pegang penyapu tu ala ala pegang KAYU GOP!
IT'S OKAYYYY..



Kok jangan terkejut kalau anak anak yang mempunyai BIBIK sampai tak tahu nak buat apa apa. Parah nanti tau..

Tak perrr....jangan risau anak anak tu terkial kial menyapu.
At least, demer dapat kemahiran.
Kat rumah, siapa mak bapak kat sini yang ajar?
Sila angkat tangan..

p/s
.....Anak anak tu belajo kais kais jer. Yang sapu semua sampah bersepah akhirnya cikgu JUGA!!
....ha ha ha...harap maklum.

sekian



6 comments:

DrSam said...

lepas ni memang tak de can le bibik-bibik dari Indonesia bila genearasi ni besar dah berdikari nanti.

ibundo said...

murid aku berebut nak menyapu dan mengelap meja.

Nik Ha said...

Baguh3x ku sokong cikgu ajr apa2 je kat sekolah..he..he..sbb kuasa cikgu power taw ;)bdk2 cpt patuh, kalau kat umah nak kena cari cara plg kreatif baru nak ikut. tp awat ada ank2 fompuan je, ank lelaki pun kena sapu sampah gak taw..he..he..bdk mmg suka sgt 'tolong' sbb nak main..he..he..kdg2 mak lak tak bg sbb nak sapu cepat.haih!tak sabo2 mak nih.kena ingat gaklah ank2 mmg kena ajar aka paksa wat keje2 simple nih ;)dorang belajar dlm bermain kan

tasekM said...

aku stuju sgt la haih kak...



.

ASH said...

Dr Sam,
setakat kerja simple simple macam tu tak yah la nak harapkan bibik memanjang..

kakpah,
kena ada penggiliran, kang patah lak penyapu comel tu!! ha ha

Nik Ha,
bebudak lelaki gilir padam papan putih!
ha ha macam sekolah dolu dolu jer..

TM,
jom latih nak?

Unknown said...

umi adik2 aisyah kat umah tu biler lagik nak lipat baju sndri,....huhuhuhuhuhu