Thursday, February 04, 2010

Dalam hujan kuberlari..

Salam,

Hari ni pukul 3.30 petang tadi keluar sekejap.
Ada hal..
Boh minyak.
Keluarkan duit.
Bawak kereta.
.
.
.
Tengah jalan.... mendung.
Sms si Kak Hus suruh angkat jemuran..hujan nak turun.
Ishhhh..ni gamaknya siapa pulak nyanyi tak berhenti henti ni?
ha ha
.
.
Sampai tempat yang dituju di seksyen 5.
Habis tu pergi seksyen 7 pulak.
Rintik rintik..
Habis la aku ni.

Payung?

Beli 2 KETUI semalam. Tinggal kat rumah!
Pasal apa payung kena guna penjodoh bilangan KAKI?
Payung ada KAKI?
SEKAKI payung?
Payung aku panjangnya lebih kurang 3 kaki..pasai apa kata SEKAKI.
Protes...

Tak pa.
Payung 3 kaki aku yang baru. Masih malu malu pengantin.
Taksanggup digunapakai lagi!

Aku?
Bukan pengantin baru yang perlu dipayung payung..

LARIIIIIIIII..LOKOIH dalam hujan!!
.
.
.
Adeh adeh adeh..rasa macam pening lalat!!

sekian

9 comments:

Tijah said...

lenkali bawak ar daun pisang spare kak. hkhik

DrSam said...

kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di BBB :)

AZANI said...

salam hidayatun
pakai topi mengkuang yang lebar,nak water proof,salut lilin...

kakpah said...

payung guna pnjdoh bilngan kaki sebab kalau takdak kaki yang bawak payung tu, payung tu takdak guna ar...
macam payung hang.. tinggai kat rumah, panjang empat lima depa pun dia tetap terlepak kat rumah sebab takdak kaki.

haha.. amacam.. releven ka tak releven.

Nizam.Ariff said...

'Payung emas' pun kira ok gak....


Hahahaa....

ibusinga said...

'dalam hujan ku berlari...'
ingatkan lagu retro lagi tadi!!!

tasekM said...

seksi hang kak no...



.

ashley said...

Tijah,
mana nak sambark daun Pisang, Dik Tij weeeii..

Dr Sam,
aku riso kalau Dr Sam bog keluag SASTERA dia..
Cayarkkkk..
ha ha

Azani,
aku rasa aku nak suruh bebudak MENG KRAYONkan manila kad la. Buat payung.

Kakpah,
Kut panjang nyer ko meletiagkan aku sampai dua tiga depa ni kakpah weiiii..

Nizam,
OPOCOT payung mak ekau tersepuk kat muka...
kan kan kan kan kan!!!

ibusinga,
aku harap tak banjir besar..
takut jadi PENYEBAB lak.

TM,
ho ho ho...terasa macam ACTRESS BOLLYWOOD lak..tinggal lagi jadi EXTRA laaa..

GPI SKSV said...

lama tak lalu kat sini..
tumpang lalu.. hujan di sana sini..