Monday, February 15, 2010

Meninjau KUALA GULA

Salam,
Pagi ni aku di kampungku, Perak.
Aku balik semalam. Alhamdulillah meluncur laju dari rumahku. Tak tersekat dek JAMMED. he he.

Lantas aku meninjau ninjau ke Kuala Gula. Tempat SANTUARY BURUNG BURUNG.
Tapi sekarang bukan musim burung singgah dan kena pula air pasang besar jadi tak banyak aktiviti nelayan diwaktu ini.
Aku sekadarmelihat lihat keadaan. Bot nelayan yang kebanyakannya berehat atau sekadar menakui ketam.


Teringat nak pergi BAN PECAH tempat yang diwar warkan oleh OKOB tapi tak tahu direction. Cuba telefonnya...aisehhhh..pokcik ni kalau telefon dia, mesti payah nak dapat. Ingat kut dia terbang pi China ke ...ghupanya pi KL.
Oleh kerana dapat direction terlewat sikit maka pada petang tadi aku hanya pergi rumah kawan suami, AL FADHIL Us FADHIL...di jalan Kuala Gula.
Selesai menziarahi keluarganya, aku bersama suami dan 3 anak bertolak pulang ke VANGGGI.
sekian.


11 comments:

et said...

santek nyer pemandangan~ wahhhh~

ibundo said...

gula banyak tak kat situ....

ASH said...

et,
sebuah kampung nelayan..yang cantik hanyalah pemandangan dari lensa kamera..

kakpah,
kalau ada, boleh bawa balik sekarung..buat bisnes jual gula. ha ha

lukmanw@gmail.com said...

Katanya Ban Pecah jalan jem! Ingatkan Melaka saja jem.

Lukmanw

ASH said...

Lukman,
ye ke?
entah lah..aku tak sampai sana...sekadar jalan jalan melihat jambatan besar dan perkampungan nelayan

DrSam said...

dah lama teringin nak bergula-gula di Kuala Gula ni. Tapi hajat masih tak kesampaian. Dengor cerita dan tengok gambor ajelah setakat ni. Tarikan kehidupan nelayan dan wetland tu memang boleh khusyuk.

tasekM said...

aku jugek yg tak balik perak. alahai...



.

ASH said...

Dr Sam,
Kuala Gula hanya untuk mereka yang ingin melihat kehidupan nelayan, merasainya dan melihat burung burung. Mereka yang suka memancing juga mungkin sesuai ke sini. Mak saya kata bulan August baru burung mula berhijrah turun ke situ. Chalet yang sepatutnya boleh disewa masih tidak dibuka lagi. walaupun tengok dah siap dan sedia. Lain lain ...tiada apa yang boleh diceritakan.
Anyway, waktu saya meninjau ninjau ada dua tiga orang yang ingin menyewa bot untuk meronda dan mengambil gambar. siap camera BESO dan canggih.

TM,
aku balik kampung AHAD. Isnin malam dah kat sini. PERJALANAN? LANCARRRR..

Anonymous said...

nakui ketam???
makan ketam..kita tau..
nakui...errrr..apa tu...

Nizam.Ariff said...

Macam pernah dengar je, tapi kat mana yek? Kat perak tengah ke? atau kat Tepen sana tu?

ASH said...

ibusinga,
tangkap ketam la sayang weiii..

Nizam,
zaman dulu Kuala Gula ni tak masuk TV3. Semenjak dua menjak dia masuk TV3 cerita pasai penghijrahan burung dari luar baru la orang kenai sikit tempat tu.
LOKASI : Perak Utara. Pinggiran laut dan terdapat banyak pokok kayu BAKAU. About 30km dari Bukit Merah Lake Town.