Salam,
Aku dapat message dari seseorang,
"Khutbah live dr masjid Kg Itek, Gopeng. Jgnlah makan gandum dr Israel krn dicampur dgn ubat mandul. Tujuannya utk memandulkan lelaki."
Komen aku :
1) Israel mengesport tepung kah? Kalau US tu logik juga.
2) Message ini tak sesuai untuk suami aku...ha ha ha ha
3) Ni dok hantag message time bila ni? DENGARK KHUTBAH ke apa!! CONCENTRATE!
4) Kan dah kena KHUTBAH dengan aku pulak..
5) ha ha ha ..apa lah isi kandung sebenar khutbah masjid ni. Baguuuuiiiihhh punya isi.
sekian dari makcik KHATIB.
6 comments:
jadik,boleh caye ke x fakta tu?
Entah..kita kena survey dulu...fakta kena tepat gak.
Kak Ashley,
Tok Khatib tu dah tua, baca pun tak jelas. Baca teks khutbah pun setiap lima perkataan dia tersilap sebut dan ulang 2-3 kali. Even teks khutbah dia pun aku sangsi dia korek buku zaman bila. Dan gandum dari Israel??? aku pun laaagii sangsi. Tapi, mu'azzin dia memang klassss! Kalah azan kat TV1 tu. Ada terfikir gak nak rakam suara mu'azzin tu tapi takut pulak org kampung kutuk! Ye la, kampung orang tengah belantara entah mana, aku tumpang singgah je, itu pun terpaksa naik lori 5 tan nak ke situ...
(aku konsentrate la tu kak, tu sebab boleh quote khutbah dia tu... hahaha)
oohh....Nizam kat atas tu ke yg se-mes ya...??
Nizam,
lepas aku buat entry ni, ada lak orang sms kat aku..." kak, siapa yang dengar khutbah kat kg itek tu?...kampung ayam tak de?"
waktu tu aku tengah sibuk...aku jawab je NIZAM.
tapi aku pun tertanya tanya gak...kat mana la KAMPUNG ITEK ni?
ujud ke?
he he he he he..apa pun..terima kasih kerana berkongsi isi KHUTBAH.
tahniah sebab KONSENTRATE...
he he he
ibusinga,
udah dia jawab berjela jela tu..siapa lagi kan?
ha ha
Kg Itek kat Gopeng, Perak. Tak jauh dari sungai Kampar... nak cerita lebih pun aku tak tau sebab aku ke situ ada teambuilding... hp punya coverage pun tak ada... kat masjid tu ada la sikit.
Post a Comment