Tuesday, February 23, 2010

Ziarah ke Shah Alam..

Salam,

Aku ke Shah Alam hari Ahad kelmarin untuk menziarahi seorang anak kawan suami yang baru dilahirkan.
Memang satu dugaan yang besar kepada pasangan ini kerana anak ketiga yang dilahirkan ini mengalami DOWN SINDROME. Dan rentetan dari itu juga, anak yang kecil dan baru berumur 30 hari ini didapati mempunyai jantung berlubang.

Kerisauan tergambar di muka kedua pasangan ini. Setelah hampir 9 tahun tidak mendapat cahaya mata, anak ini pula dilahirkan istimewa. Apa yang diberitahu oleh isteri pasangan tersebut ialah dia tidak tahu menangani masalah yang sedang anaknya hadapi itu lantas sentiasa berjaga malam. Disebabkan itu juga si ibu kelihatan lebih letih dan sugul berbanding dari ibu yang bersalin NORMAL.
Memang segalanya satu ketentuan dari Allah. Yang benar benar menduga keluarga ini. Tapi aku yakin pasti ada hikmah di sebaliknya dan mereka boleh menghadapinya. Allah Maha Mengetahui.. Dia menduga dan menguji manusia dalam pelbagai bentuk. Ini adalah ujian buat mereka. Dan pastinya mereka mempunyai kekuatan untuk menghadapinya.
Semoga keluarga ini mendapat Rahmat dari Nya. InsyaAllah.
sekian

9 comments:

ibundo said...

semuga dia tabah. kakngah juga lahir pekak dan jantung berlubang.
.
.
ujian Allah.

ASH said...

kakpah,
hmmm..moga depa tabah..kakpah pun mesti mengalami cabaran dan dugaan yang sama..especially baru anak kedua.

aza ni said...

salam hidayatun
semoga dia diberi kekuatan dan kesabaran

kucingorengemok said...

berat mata memandang... (tak mau bayangkan perasaan mak tu)

tasekM said...

anak mmg dugaan. anak sihat dugaan. anak sakit pun dugaan. tak de anak dugaan. yg dh lama tak beranak macam aku ni pun terduga juga rasanya...

tabahlah...

:)



.

ASH said...

Azani,
hang kiranya memang boleh di salute la..

KOG,
aku tengok dia letihhhh ja..

TM,
hmmm..buat gena kan. Bak kata wak Jawa " Saberrrr"

Unknown said...

betul tu umi...ALLAH tidak akan bagi ujian pada seseorang mealainkan dia mampu menghadapinya..

ASH said...

Esah,
then you got the answer, okay..

Nizam.Ariff said...

mesti penat berjaga tu...mungkin budak tu selalu menangis