Saturday, February 06, 2010

A GHOST story...from my friend!!

Salam,

Hari Khamis malam Jumaat kelmarin, kawan baik aku dari Sungai Petani telefon. Lama dah dia dok sms kat aku nak telefon. Ada hal katanya. Aku dok tunggu tunggu tapi tak telefon telefon. Gamaknya hari Khamis malam Jumaat tu dia dah relek maka dia dapat la telefon beritahu apa hajat dia.

Okay..cerita sikit perihal kawan aku nih.

Kawan aku ni satu kelas ngan aku sejak form four lagi. Kami jadi rapat sebab dok sebelah menyebelah dalam kelas. Kedua dua terkenal dalam kelas sebab kami berdua ni jenis KAKI ANGGUK ANGGUK dalam kelas. Kira faham belaka lah apa yang cikgu dok ajark kat depan.
HA HA HA HA ...

Pastu pulak terkenal ngan kaki bersembang.
Time cikgu ajark kat depan sampai berlaga dagu kat meja sebab dok hangguk FAHAM BELAKA.
Tapi sebaik cikgu keluag dari kelas, kami punya GHABUNG BERDISKUSI. Puas kena gelaran TOK KHATIB ngan TOK BILAL sebab dok 'DISKUSI' memanjang.
he he he he....
Ada ada saja la idea DISKUSI kami.

Tapi alhamdulillah BERKAT DISKUSI kami itu, aku ngan kawan aku itu berjaya dalam SPM dan dapat ke SHAH ALAM untuk program dua tahun ke USA. Di sana kami tinggal dalam satu room lagi . Bersahabatan kami makin erat dan kami dapat teruskan pelajaran sehingga ke USA. Kawan aku ni jadi cikgu walaupun pada asalnya dia ambik TOWN PLANNING sebagai MAJOR.
he he he

Hobi kawan aku ni dulunya suka membaca novel macam aku juga. Tinggal lagi aku akan concentrate membaca cerita SUSPENSE, THRILLER dan aku suka pilih Sidney Sheldon's manakala kawan aku ni suka membaca cerita cerita spooky karangan Stephen King. Kadang kadang aku baca juga Stephen King yang dipinjam kawan aku ni tapi 'kurang sikit' bila cara STEPHEN KING ni olah karangan BERHANTU dia so GRUESOME. Tak lalu nak baca!!!

Dia ni berasal dari Perlis. Kat Perlis pula selalu terkena bahang SIAM. Meaning that di sana adakalanya mudah terkena santau SIAM, HANTU SIAM, pukau SIAM, rasukan hantu SIAM etc etc.
Oleh itu kawan aku ni dulu selalu bercerita kisah orang kampung yang terkena rasukan dan cara mereka diubati.

Berbalik kepada panggilan yang dibuat olehnya malam kelmarin...

Mie : Hang dok buat gapo tu?

Aku : Dok rehat rehat..

Mie : Aku dah lama nak habag kat hang pasai rumah aku kat Ulu Langat tu.

Aku : Rumah hang yang hang buat surau sementara tu?

Mie : Ha la..tapi dah tak jadi surau dah sebab depa dah ada surau so aku sewakan pada orang.

Aku : Okay la tu.

Mie : Wei..tak okay laaa..

Aku : Awat pulak tak okay.

Mie : La ni tak dak sapa mau sewa rumah aku tu. Hang tau dak penyewa yang mula mula sewa rumah aku tu, husband dia pi bunuh DIRI kat dalam rumah tu!!

Aku : Hang bagi sewa kat sapa? Orang Melayu ka?

Mie : Ha laaa..Orang Melayu la..Tah pasai apa tah jenis bisnes tak menjadi. Utang keliling pinggang kut..last last dia pi gantung diri kat tangga dalam rumah. Bini dia kerja cikgu tadika gak..Balik lebih kurang pukul 11.30 pagi. Tup tup tengok laki dia dah mati gantung diri. Kelam kabut panggil jiran bawak turun. Cerita laki dia mati gantung diri tu masuk METRO laaa tapi aku tak baca pun. Dia habark kat aku waktu nak keluag rumah tu kata husband dia meninggal sakit jantung. Aku tak tau pun cerita dia MATI TERGANTUNG. Jiran sebelah yang bawak turun mayat laki dia, yang habark kat aku!! Bila aku telefon dia, baru dia beritahu cerita sebenag.

Aku : Hai..macam macam nuuu la ni.

Mie : Tu la aku dok pening ni. Kena pulak katanya rumah aku tu ada PENUNGGU dok bertenggek dah.

Aku : HANG BIARK BETOI!!!!

Mie : Lepas bini dia keluag, memang ramai orang dok tanya nak sewa tapi semua dok sekejap ja. Tak boleh lama. Ada gangguan.

Aku : Waktu jadi surau tu bukan okay ka? Patut okay la kan?

Mie : Waktu dijadikan surau sementara tu pun tak berapa nak okay. Rumah aku tu lokasi dia pun dok dekat ngan hutan. Belakang rumah tu hutan. Tempat JIN dok bertendang. Waktu dijadikan surau kadang kadang jemaah dok rasa lain macam juga. Had dok ganggu tu mai dalam bentuk anak anak kecil. Dok main chak chak gitu. Lari lari time jemaah dok solat...KATA DEPA LAAA!! Lepas dah keluarga yang laki dia bunuh diri tu keluag habis 'DIA' dok kacau penghuni situ. Tapi dia tak la kacau teruk teruk sangat.

Aku : Ha ha ha..hantu pun main kacau sikit sikit ka?

Mie : Aku bagi budak budak muda la sewa rumah tu. Semua lelaki. Ada yang jenis kaki mengail so ada batang kail, joran dan sebagainya. 'DIA' dok main joran depa tu la. Tengah tengah malam budak budak tu dok dengark bunyi joran dok berkayuh macam dok tangkap ikan...ha ha ha..
Apa lagi budak budak semua tak berani tidork dalam bilik. Bilik ada 3 pun pakat habis semua tidork kat ruang tamu!!! Kadang kadang tu pulak time depa masuk bilik ka, masuk bilik ayark ka, 'DIA' sakat padam lampu. Tu yang lawak tu..GETAG habissss..
Sorang sorang pakat pindah keluag. Last last sampai hujung tahun lepas tinggal la sorang. Dia dah tinggal sorang, dia pasang kaset mengaji 24 jam. ha ha ha..
Haruuuuu biru.

Aku : Berani pulak budak tu tinggal sensorang.

Mie : Tak upaya la..dah tak dak rumah lain nak pergi kut. Tapi dia pun cabut gak awal tahun ni. Satu malam tu time dia balik ke rumah. TUP TUP TUP..si 'DIA' tu tunjukkan diri sebenar!!
Bertenggek atas bumbung rumah aku tu. Macam nak pitam budak tu..Tu yang habis jiran semua getag lutut gak tu!
Ni yang aku dok pening ni. Hang tulong cari sat orang PERAMBAT si'DIA' tu. Naya la aku dok bayark rumah kosong lagu tu. RM 850 sebulan tau!!

Aku : Darussyifa' tu memang la dekat tapi hang kena make sure rumah tu berpenghuni juga sebab kalau rumah tu kosong kebarangkalian besag dia akan mai bertenggek semula. Tengok lah nanti..aku calling calling tanya..
.
.
.
.
.
.
ish nuuu..payah juga geng dari makhluk halus ni mai bertenggek dalam rumah!
errrrrr....agak agak sapa dok belakang korang time dok baca nih?

he he he he he ....HANTU SIAM APA???

sekian

5 comments:

Anonymous said...

nang nak!!!

Nizam.Ariff said...

Belakang rumah aku ada rumah orang...memang malam-malam dia orang pun bertendang jugak... hahaha

DrSam said...

kisah 'budak-budak kecil' dalam rumah ni, tahun lepas ada juga alami sendiri. sekarang alhamdulillah.

Insyirah said...

Hishh...akak ni, tiba2 buat entri menakutkan plak. Minggu ni dah la saya tinggal sorang kat rumah sbb hubby outstation. Uwaaaa....ni yg rasa nak nangis ni.. :-(

ASH said...

Ibusinga,
'nang nak' tu bahasa SIAM ka?
namru namrai...
katak puru bawah tiraiiiiiiii..
hi hi hi hi hi...

Nizam,
tu hantu modern..
btw, hang pi jadi SEEKER sat kat rumah kawan aku tu. Boleh dapat idea baru cerita SERAM!!

Dr Sam,
kalau datang Darussyifa, you will meet lots of pesakit yang meracau racau..including yang boleh cakap SIAM walaupun tak pernah belajark bahasa SIAM!

Insyirah,
you'd better WATCH OUT!!
hi hi hi hi..agak agak kalau dok dalam bilik ayark tu jangan lama lama TAUUUUUU!!