Saturday, March 06, 2010

Dan sekiranya aku lebih mengerti..

Salam,

Terasa seperti inginku berbicara dengan Mu..
...tapi aku hanya hamba sahaya.
Tuhan, indahnya penciptaanMu..
Membiru..dan memutih..

Tuhan, ia menggamit hati untuk mengingatiMu..
KekuasaanMu.

Oh..
Dan aku memerhatikan gerak perlahannya..
Terapung apung di awangan

Indahnya 'mereka' menghiasi langitMu
Bersimpul, berkepul bagai kapas

..............dan sesungguhnya engkau lebih mengerti Tuhan
dengan segala penciptaanMu.

...dan aku hanya hamba yang dungu.
yang sering terpesong dan kelabu.

sekian

8 comments:

secangkir madu merah said...

semoga kita semua mendapat hidayah dari Illahi dan sentiasa dibawah lindunganNya...

salam kenal...

ASH said...

SCM,
InsyaAllah..aminn.
welkam..to my blog.

aza ni said...

salam hidayatun
dalam....hanya orang yang arif mampu menguraikannya.

cheryna zamrinor said...

dah lama tak menjana pemikiran dengan benda2 yang menyamankan...terima kasih:)

Unknown said...

salam ashley..memang indah ciptaan nya..

Nizam.Ariff said...

Pulas dan simpulkan awan gemawan menjadi tali, seperti kata puisi...

cuma, jadikan ia tali buat pengikat diri....

buat pengikat hati kepada Yang Maha Esa...

ASH said...

azani..
smile

cheryna,
lama akak tak pergi blog Sha...nanti nak kena pergi nie.

kak ina,
boleh tengok berjam jam..dan boelh berbicara dalam hati

Nizam,
I wish you could watch it bersama sama bagaimana awan awan itu menyapa di antara satu sama lain..dan bila mentari terbenam, mega merahnya menghiasi langit..indah weiii..

DrSam said...

nukilan yang indah. Kita hamba, hidup mengabdi diri.