Hujung minggu baru ni 5/3/2010 - 7/3/2010, aku dan suami ke Sarawak.
Buat apa?
.
.
.
Jalan jalan ler...
Tanya pulak! he he..
Sepatutnya kami bertolak dari LCCT ( Air Asia) pada pukul 4.20 petang tetapi memandangkan flight Air Asia lewat maka kami hanya dapat menaiki pesawat kira kira pukul 4.50 pm. Malangnya setelah menaiki pesawat, hujan turun dengan lebatnya menyebabkan kesemua pesawat di LCCT diarah untuk tunggu sehinggalah keadaan cuaca mengizinkan. Maka pesawat kami hanya berlepas sekira kira jam 5.20 pm lebih kurang 1 jam lewat dari jadual asal.
Kami tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching lebih kurang pukul 7.40 malam. Seorang rakan suamiku telah menunggu di sana terus membawa kami untuk makan malam di TOPSPOT, tempat makan yang terkenal dengan makanan lautnya.
Hidangan kami pada malam itu ialah udang goreng bermentega, sayur Midin yang terkenal di Sarawak yang rasanya seperti pucuk paku, ketam masak merah yang rasanya lemak manis, sup cendawan bersama rumpai laut, baby lobster dimasak lada hitam , ambal yang dimasak tauchu serta nasi semangkuk kecil. Aku juga merasa keenakan air tebu berlemon dan air tembikai.
Yang menariknya pada malam itu juga ada pertunjukkan bunga api berhampiran tempat kami makan seolah olah meraikan kedatangan kami ke Kota Kuching itu.
Kami menginap di Green Height Villa, sebuah apartment kepunyaan salah seorang bapa saudaraku. Apartment 3 bilik itu hanya untuk tempat berehat kami berdua.
Keesokannya Sabtu 6/3/2010, pada sebelah paginya aku dan suami memanggil teksi untuk ke Waterfront. Jalan jalan, melihat kawasan sekitar...juga shopping shopping barangan sedikit untuk di bawa pulang nanti.
Sebelah petangnya pula, seorang rakan senior sekolahku, Kak Liza Rahim, yang menjawat jawatan Pensyarah di UNIMAS telah berbesar hati untuk membawa kami melawat sebuah taman, Taman Beijing yang indah di kawasan kediaman kami.
Pada hari Ahad 7/3/2010, Kak Liza sekali lagi telah membawa kami berdua dengan anaknya untuk ke Taman Budaya Sarawak yang berhampiran dengan kaki Gunung Santubong. Pelbagai budaya dari suku kaum di Sarawak dipamerkan di sini.
Haiiiiihh...one of my wonderful moments.. It was worth it!
SEBENARNYA ADA banyakkkkkk gambar tapi biarlah aku boh dua ni sahaja! he he he
Bab bab THRILL naik titi ni serah kat aku...jangan dia patah sudahhhh..
he he he
I wish all my children dapat datang bersama..
Mesti demer terlompat nak mencuba!
Next FLIGHT okay...
ha ha ha..aku mencuba bakat membalun Rebana!
Teraaaaa..ada gak penonton wehh..
hi hi hi..
Thank You Bro Asman - belanja makan malam dan bawa kami melawat sekitar Waterfront pada sebelah malam.
Thank you Kak Liza - bawa kami round round Taman Budaya dan Taman Beijing.
Teraaaaa..ada gak penonton wehh..
hi hi hi..
Thank You Bro Asman - belanja makan malam dan bawa kami melawat sekitar Waterfront pada sebelah malam.
Thank you Kak Liza - bawa kami round round Taman Budaya dan Taman Beijing.
p/s hari ni aku cuti...sebenarnya tak sihat sikit. Dapat MC.
sekian
10 comments:
Apasai muka kena "blank spot"? Mcm berita belum confirm aja!
Lukmanw
Bagi suspense sikit..sebab memang tak rajin letak gambar muka sendiri dalam ini blog!
tulung ajaq aku main rebana bulih kak...?
.
TM, aku pun pakai godam je Tm weii..ikut jer rentak tangan nenek tuh..pastu pasang telinga..sound okay, okay la..
he he
nak sambung MC ??
jom ke jalan klang lama...
:)
kita pekena 434 dulu...
laaa..udah tk sehat...lagi mawu hapdet blog...ini betul2 blogger tegar nih...heheh
Take care Ash...
dah baek ke.
seronok jenjalan nampak!!!!
Drsinga,
ko nampak KAKPAH (bos aku) tengah cekak pinggang kat atas tuuu..he he he
lupakanjer,
semalam aku menggelupur sensorang kak..nyaris tak pengsan..alhamdulillah setelah makan ubat..kira dah semakin okay la..esok kena pi sekolah la jawabnya.
kakpah,
alahai..tumpang hidup la nak jenjalan..kalau dah sakit terlantor, orang letak kat sepital jer..
hahahaha....
ASSALAMUALAIKUM KAK PAH....
Hhehehehe.....
*gelak gilti*
Doc,
ha ha ha..tahuu takperr..ha ha ha
Post a Comment