Salam,
Insan dilahirkan ke dunia berserta dengan tangisannya. Mungkin ganjil kiranya seorang bayi dilahirkan dalam keadaan ketawa. Tetapi yang menariknya tangisannya itu disambut oleh senyuman dan ria ibubapa.
Kenapa agaknya?
Insan kecil itu kemudiannya diajar berkata kata. Bertutur dari bunyi bunyi yang dibuat oleh ibunya.
Ba..ba..ba..Ta..ta..ta..
Begitulah keadaan awal satu pertuturan.
Anak anak yang kecil menyebut ba ba..bila memangil bapanya.
Ma ma bila memanggil ibunya.
Semuanya keluar menerusi pergerakan bibir.
Jarang aku jumpa kanak kanak yang mengeluarkan bunyi ra ra ra ra semasa permulaan mengeluarkan asas pertuturan ini kerana ra ra ra memaksa anak anak membuat pergerakan lidah.
Tapi kiranya stelah agak besar seumur 5 atau 6 tahun, anak tidak dapat juga melakukan bunyi ra ra ra ini dengan betul maka kebarangkalian agak susah mengajarnya bahasa Arab kerana huruf ro' memang salah satu dari huruf Hijaiyah..yakni huruf huruf yang terdapat dalam Al Quran.
Hari ini aku mengajar perkataan ini,
Ah maruun = merah
Ada anak murid ku mengikutnya, AH MAGHUN = MEGHAH
Akh dharuun = hijau
Ada anak murid sebut, Akh dhaghuun = hijau
Az Raqun = biru
Ada anak murid sebut, Az ghakun = bighu
Haiiiiihhhh...bila la nak buleh sebut RO' ni!
sekian
4 comments:
Kwn saya sampai la ni tak leh sebut ro tu, mmg lidah? dia cegitu rasanya :)
nk kena kikis sikit lidah tu... he he.
.
salam hidayatun
apa apa sep dulu....saya minat rhomli saghip juga,pakai glove dulu
Nik Ha,
yang hairanny ramai yang dari Terengganu takleh sebut Ro'..apasal ek?
TM,
camaner caranya..cer kabor kejap!
Azani,
Ni tempias dari TM la ni..main sepp sepp tom tom pulak dahhh..
ha ha ha
weii..pakai glove pun aku tak kuasa!
Post a Comment