Friday, May 18, 2012

liFe wAs sO siMpLe then..

Assalamualaikum,

Kemungkinan aura penulisan kali ini mewakili generasi yang lahir dalam era 60 an dan 70 an di bumi Malaysia ini.

Kemungkinan besar juga penulisan kali ini mewakili anak anak yang lahir di pangkin pangkin rumah berlantai buluh dan beratapkan nipah atau rumbia yang kini mungkin hanya layak dipanggil pondok. Ia bukan mewakili anak anak yang lahir  di hospital KERAJAAN apatah lagi hospital SWASTA bertaraf 3 bintang, 4 bintang atau 5 bintang.

Ia mewakili kanak kanak yang suka berkaki ayam, berlenggeng atau hanya berseluar katak di waktu petang.
Ia mewakili kanak kanak yang lepas bebas merayau dan merayap ke mana saja di dalam kampungnya tanpa perlu memikirkan tentang isu penculikan atau isu perogolan atau isu pembunuhan kerana bagi kanak kanak era ini perkara sedemikian tidak pernah terjadi!



" Cikgu, saya tak da berus lukisan. Macamana saya nak melukis?"
" Guna jari!"

" Ayah, pakcik bas tak boleh hantar ke sekolah "
" Guna kaki!"

" Ummi, kalkulator hilang..."
" Otak masih ada kan?"

Alahai...


Adakalanya kemewahan yang dikecapi sekarang menyebabkan anggota badan seperti tangan, kaki dan otak jadi BINGU- BEKU - atau lebih TERUK LAGI seolah olah sudah LUMPUH.
Ianya seolah olah menyekat kreativiti.

Sebagai contoh seorang anak murid yang hanya memikirkan bahawasanya lukisan hanya boleh diwarnakan dengan menggunakan berus lukisan dan apabila tanpa berus maka lukisan tidak dapat dihasilkan.
WHAT??!

Seorang anak merasa amat berat dan payah untuk ke sekolah apabila pakcik bas tidak dapat menghantarnya walhal jarak untuk ke sekolah hanya sekitar 3 km.
Apakah kakinya cacat atau PENGKAQ atau LUMPUH dan tidak boleh melangkah lagi untuk ke sekolah? Tidak juga...tetapi dek kerana kemewahan dan keselesaan yang selama ini dikecapi maka cara lama yakni BERJALAN KAKI itu KELIHATAN amat sukar dan seolah olah tidak dapat diterima akal.

Sewaktu aku berada dizaman persekolahan, aku dan kawan kawan tidak dibenarkan menggunakan kalkulator semasa pelajaran Ilmu Hisab atau yang dipanggil MATEMATIK sekarang ini. Pada masa pembelajaran  Ilmu Hisab ini apa yang boleh digunakan ialah otak, pen atau pensel dan kertas untuk membuat pengiraan.

Kalkulator pula adalah benda mewah.

Congakan adalah carakerja pengiraan Ilmu Hisab yang pantas dan ianya memerlukan minda yang cergas. Tanpa carakerja congakan ini, masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu soalan Ilmu Hisab akan lebih lama.
Aku bukanlah dari golongan mereka yang ANTI kalkulator atau teknologi terkini. Tapi aku rasa benda 'mewah' atau teknologi yang ada sekarang ini adakalanya menyebabkan kebergantungan seseorang terhadap benda 'mewah' ini hingga menyebabkan otak yang dikurniakan secara FREE of CHARGE oleh Allah swt menjadi semakin lemah dan kurang di'gerak'kan pada tahap maksimum.

Mana tidaknya...apabila kalkulatornya hilang, seorang pelajar mungkin merasakan otaknya seperti kematu dan tidak boleh membuat pengiraan matematik lagi WALHAL...

takkan lah 102 + 304 + 456 tidak boleh dikira menggunakan otak, pen dan kertas...

KAN??

 *gambar sekadar hiasan...*


sekian

2 comments:

ibundo said...

abah aku selalu ckap, atuk dulu pegi sekolah kaki ayam dan jalan kaki je. Itu cakapnya bila anak aku komplen pegi sekolah jalan kaki penat hehe..

kalkulator ni kan, buat otak jadi bangang haha.. sapa lah yang invent kalkulator ni..

Aku said...

so..... berapa jawapan kepada nombor-nombor kat atas tu?

sori, aku tak ada kalkulator skrg ni...



hihihih..