Thursday, April 22, 2010

Ada juga yang tak tau pemanis mulut nih...

Salam,

Aku dok bersembang pasai masakan puding sago ni di persada Fb.
Tengok tengok ada juga yang tak tau puding sago gula Melaka ni.
Pelik juga...
Sebab belah Selatan ni, aku dok jumpa ramai dari mereka yang menggemari puding.
Dan juga kalau tak silap aku, masa aku belajar SRT tingkatan 1 dulu, sudah diajar nak buat Puding Sago ni.

Bak kata makcik aku, pejam mata pun boleh buat laaa...
Senang ya amat!!
Resepi?
Nak juga ka?

Aihhhhhh...

Bahan utama :
1 cawan Biji sago. ( yang aku punya ni aku beli kat Kuching tempohari)
Air sekira kira 2 atau 3 cawan.
Gula setengah cawan.
Pewarna ros merah.

Masak semua ni dalam periuk...dan jangan dok gahlit...sebab kena kacauuuuuuu..

Kalau nak bagi biji sago tu masak cepat sikit. Eloklah di rendam terlebih dahulu biji sago tu.
Cepat sikit masak. Masak sampai tak ada lagi biji yang berwarna putih. Kalau masih ada, tu mentah lagi!!
Kalau dalam bubur kacang jual kat pasar malam, selalu dok putih lagi sagunya..MENTAH.
AKU PANTANG BEBENOR..

Kemudian setelah siap dimasak, bolehlah sejukkan di dalam acuan acuan kecil.
Masukkan ke dalam peti sejuk.

Masakkan air gula kabung/gula melaka untuk dijadikan sirap gulanya.
Didihkan juga santan pekat yang dicampur secubit garam.

Air gula kabung/gula melaka ini serta santan pekat ini dituangkan sedikit ke atas puding sago untuk dimakan bersama.

Inilah dia pemanis mulut yang sejuk dan nyaman.....
hmmmmmm...yummy....tapi takleh makan banyak banyak TAU!!

p/s sikit hari ni, aku saji mender makan je laaa yer...he he he


sekian

10 comments:

kakpah said...

baru tiga hari lepas aku buat puding ni.. sedap wo...

anjang said...

this is my favourite recipe

kucingorengemok said...

hehehe... kak! teringat deris buat masa bulan puasa tahun lepas :)

uji6june said...

pemaneh mulut ni kalo baru kuar dari petiaisbok, setap neh ...

AZANI said...

salam hidayatun
lama juga tak pekena puding sagu ni...

DrSinga said...

salam hidayatun.. :)
kalau kamera cantik...sagu biasa pun nampak menawan kan...
:)

ashley said...

kakpah,
makan rehat rehat..sikit sikit gitu kan?
sejuk sejuk..

anjang,
buat petang ni, okay!

KOG,
kikikikikikikiki...

uji6june,
haiiiihhh..mengancam kalbu..sejuk jerr..

azani,
pi cari sagu sebungkus..buat petang ni.

drsinga,
message terlaksana..ha ha ha ha..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Emm..terliur pepetang nih. Kita suka..sgt kalau resepi boleh dimasak pakai pejam mata jer...
Kira magic aa..

Nizam.Ariff said...

Tanam tebu di bibir... pun manis mulut gak kan?

ashley said...

damai,
betui..sesambil mata pejam tu..mimpikan puding ni..sedap tu..

Nizam,
air tebu pun best gak...campurkan lemon...FUHHHHHH!! nanti aku post gambar!!