Assalam,
Entry sebelum ni aku tulis pasal Gemilang ( salah satu syarikat swasta yang menguruskan urusan jemaah Haji) yang buat kursus Permasalahan Wanita Dalam Mengerjakan Haji.
.
.
.
Sebenarnya ada banyak perkara yang dibincangkan oleh Ustazah Yusnah Yusuf ( ustazah jemputan ) tempohari.
Antara perkara yang disentuhnya ialah bagi mana mana wanita yang ingin mengerjakan Haji dan Umrah perlulah mendapat keizinan dari suaminya jika dia telah berkahwin dan juga wali walinya seperti bapa, datuk, saudara lelaki, bapa saudaranya dan berkaitan dengannya jika perempuan itu tidak berkahwin.
Pemergiannya ke tanah suci itu pula mestilah ditemani oleh mahramnya seperti suami atau walinya atau jika tidak mendapatinya bolehlah dia pergi bersama dua orang lagi perempuan yang thiqah ( yakni perempuan yang elok perangai dan baik )
Bagi perempuan yang masih didalam IDDAH RAJ'I juga WAJIB meminta izin untuk menunaikan HAJI dari bekas suaminya kerana dia masih boleh dirujuk oleh bekas suami yang menceraikannya itu. ( Tempoh Iddah raj'i ialah 3 kali Quru' = bersuci bagi yang masih berhaidh atau melahirkan anak bagi yang sedang mengandung )
Permasalahan IDDAH WAFAT pula :
Bagi wanita yang masih lagi belum berangkat ke tanah suci, tiba tiba kematian suami, wajib dia menangguhkan pemergian hajinya manakala bagi wanita yang telah berada dalam perjalanan ke tanah suci MEKAH wajib baginya pula menyempurnakan hajinya dan haram baginya bertahallul sehingga selesai.
Perkara yang boleh dilakukan bagi perempuan yang di dalam IDDAH WAFAT dalam pekerjaan HAJI ( jika telah berada di Mekah ) :-
1) Selesaikan ibadat haji dan umrah.
2) Menunaikan solat di Masjidil haram tetapi mesti ditemani perempuan yang thiqah dan tidak mendatangkan fitnah.
3) Membeli keperluan hajat
4) Menziarahi kawan kerana hajat.
PERKARA LARANGAN DALAM IDDAH WAFAT.
1) memakai pakaian yang menarik dengan niat berhias.
2) memakai perhiasan emas, perak dan permata.
3) memakai wangian di badan dan di pakaian.
4) memakai celak kecuali untuk mengubati sakit mata.
5) bersolek
6) memakai inai
LARANGAN di atas ini dikenakan ke atas semua wanita yang kematian suami berKUATKUASA selama 4 bulan 10 hari selepas suami meninggal dunia.
.
.
.
.
Itulah sedikit sebanyak pelajaran yang boleh disampaikan untuk entry kali ini.
Harap harap ianya sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu anda.
sekian
4 comments:
Assalam hidayatun
semoga kami dapat menuruti jejak langkahanda semasa hayat ini..
Semoga Allah memberi kemudahan pada kami sebagaimana Ia memudahkan anda.
Alhamdulillah dapat juga saya pungut ilmu yang cuba di kongsikan..
okay..boleh kongsi kongsikan
Terima kasih ashley kerana panjangkan ilmu ni.. semoga ustazah juga mendapat titis pahala dari apa yang ashley sampaikan.. (ilmu selebar kuku tak akan menyebar selebar dunia jika tidak disampaikan)..
Post a Comment