Assalam,
Hari Ahad baru ni 8/5/2011 Gemilang Travel ( syarikat swasta yang mengendalikan urusan Umrah dan Haji ) buat kursus untuk jemaah haji wanita yang berminat. Dia bagi tajuk Permasalahan Wanita dalam pekerjaan Haji dan Umrah.
Tempatnya kat Masjid Putra, Putrajaya.
Start pagi...jam 8 lagi tapi sebab pagi pagi Ahad ni aku dah mrancang nak berjogging dan walking maka aku pi time jam 11.
Aku tengok jadual program tu pagi pagi dia sembang bab Falsafah Haji.
Oleh kerana aku dah dengar dua tiga kali dari dua tiga orang Ustaz bab falsafah haji ni maka aku skip la tajuk ni.
Aku nak pi dengark bab permasalahan wanita tapi topik ni start jam 12pm jadi aku pi la masjid before that hour.
Gemilang ni mengajak jemaah Haji pompuan dari beberapa masjid sekitar Putrajaya termasuk Masjid Hassanah. Aku pun bagi nama.
FREE OF CHARGE..tak payah bayar apa apa..OKAY LA tu..siap bagi makan pagi dan lunch serta minum petang lagi.
Tengahari makan nasi MANDI ARAB wehhh..kemain sedap kambingnya!!
( itu bab lain le pulok )
.
.
.
Topik utama disampaikan oleh Ustazah (apekenamernya..tak ingat le pulok) pada waktu petang. Membicarakan permasalahan wanita yang berbangkit semasa haji especially yang berkaitan dengan masa dalam IHRAM, niatnya serta apa pekerjaan haji yang boleh dilakukan bila kedatangan HAIDH.
.
.
.
macamana nak niat.
apa nak dibuat kalau dah niat tapi tak boleh tawaf.
boleh ke orang yang datang haidh mengerjakan haji?
boleh ke orang yang datang haidh mengerjakan umrah?
.
.
.
macamana nak bayar dam...dan sebagainya.
Kiranya CLEAR la apa yang disampaikannya.
Pekerjaan haji bagi orang yang didatangi haidh ini semua boleh kecuali TAWAF!! Jadi dengan kerana itu, pandai pandailah kita menyusun jadual kita mana yang nak kita buat semasa dalam haji nanti selepas 10 zulhijjah.
Sebelum ni aku suspense juga...tapi bila dah pergi dan dengar pengajaran dari Ustazah ni rasa lega sikit sebab dalam haji ni TERTIBnya hanya pada kebanyakan rukun.
Apakah TERTIB pada kebanyakan RUKUN itu?
.
.
.
kena lah pergi kursus!!
Okaylah aku tak nak bagi you all pening kepala...
Meh aku bagi sikit jadual yang diberi oleh LTH kepada kami yang pergi dengan Muassasah.
Setiap Sabtu 9:30am -12 pm kursus asas....hingga pertengahan June.
23/06/2011 Pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang dilantik TH.
25/06/2011 Kursus Intensif
02/07/2011 Kursus Intensif
09/07/2011 Serahan passport
01/08/2011 PUASA RAMADHAN bermula
31/08/2011 1 syawal raya puasa
10 dan 11 September Kursus Perdana seluruh Selangor
24/09/2011 Serahan barangan TH
.
.
29/09/2011 - 28/10/2011 PENERBANGAN KE JEDDAH
05/11/2011 Wukuf
06/11/2011 Raya haji
.
.
.
.
12/11/2011 Penerbangan pulang bermula...
* semuanya hanya satu perancangan, dan segalanya Allah jualah yang menentukan.
Insyaallah..
sekian
2 comments:
aminn ya robbalalamin.. sonoknyer nak gi haji kanns.. ehehe
alhamdulillah
Post a Comment