Salam,
Pada hari raya pertama, sekira kira waktu petang dan kami telah berehat di Ipoh, telefon suamiku berdecit menerima sms dari seorang rakan sepejabatnya.
" Anak si polan b si polan meninggal dilanggar lori "
Suamiku lantas menelefon rakan sepejabatnya itu menanyakan perihal anak yang telah kembali ke Rahmatullah itu.
" Dia tak ikut balik dengan ayahnya ke kampung. Berlanggar dengan lori selepas solat Jumaat tadi. Naik motor. Baru tingkatan empat "
Begitulah berakhirnya kehidupan seorang anak muda yag baru berusia 16 tahun.
Kemudian, sebelum anak keduaku balik ke asramanya, pada hari Sabtu kami mendapat satu lagi berita.
" Ummi, ketua murid Maryam waktu sekolah rendah dulu meninggal time cuti raya ni. Accident motor. Dia budak MCKK."
Seorag lagi anak muda 17 tahun kembali menemui Pencipta.
Aku percaya kedua dua anak muda ini adalah harapan agama dan bangsa. Kedua duanya mempunyai masa depan yang cerah jika masih bernyawa namun qada' dan qadar telah ditetapkan. Allah lebih sayangkan mereka.
Aku juga mempunyai dua orang sepupu yang meninggal sewaktu usia belasan tahun.
Seorang anak lelaki Pak Longku yang meninggal di waktu usianya 15 tahun dan seorang lagi anak Pak Langku yang meninggal sewaktu berusia 16 tahun. Kedua duanya anak lelaki.
Aku membaca THE STAR semalam. Berita tentang 3 gadis yang berusia 14 tahun dijumpai bersama teman lelaki di Penang setelah dilaporkan hilang oleh ibubapa mereka.
Terfikir aku, anak anak gadis ini mungkin tidak memikirkan tentang kehidupan yang sementara ini. Anak anak ini mungkin tidak terlintas yang kematian tidak mengira samada berusia tua atau muda. Dan mereka mungkin tidak terfikir bahawa betapa rugi sekiranya mati dalam keadaan berdosa besar dan tidak sempat bertaubat. Hmm...
Mujur mereka masih hidup dan diberi nyawa lagi..dan diharapkan mereka dapat bertaubat dan meminta ampun dari Allah serta ibubapa mereka dengan segala apa yang mereka telah lakukan itu.
Sepanjangan perjalanan hidupku sehingga ke usia 40an begini, aku telah menyaksikan/ mendengar sekurang kurangnya 6 kematian dari kalangan rakan rakan yang masih muda belia.
2 rakan pelajar maut dalam kemalangan jalanraya. Seorang gadis anak tunggal dari Melaka dan seorang rakan lagi, gadis dari sembilan adik beradik.
Seorang rakan lelaki yang maut dilanggar sewaktu menukar tayar pancit di lebuh raya di luar negara.
Seorang rakan lelaki yang meninggal di tempat tidur mungkin diserang ASTHMA sewaktu pulang bercuti di kampungnya.
Dan yang paling menyedihkan seorang rakan lelaki meninggal sewaktu dalam perjalanan pulang untuk akad nikah dan kenduri kahwinnya.
Kesemua mereka berumur sekitar 20-25 tahun.
Jadi adakah kita mengira kematian tidak menjenguk kita sewaktu berada di sekitar umur begini?
Kadang kadang disebabkan kelalaian, di dalam umur begini kita sememangnya asyik maksyuk membuat dosa samada sengaja ataupun tidak. Dan rugilah diri kita kiranya diambil nyawa sebelum dapat bertaubat...
Oh...Alangkah sedihnya....alangkah...
sekian
4 comments:
mengingat mati sebegini membuat syaitan hampa dan kecewa. bersihkan hati kita dengan sentiasa mengingati mati.
Eid mubarak Ashley sekeluarga.
DrSam,
Eid Mubarak to your family too..thank you for the good comment.
slm.. lame dh x singgah blog acik..
hurm, sy setuju sgt ngn post acik kali ni.. bkn shj ajal tu x mengira usia bahkan bangsa ataupn agama..
before raye hrtu pn sy kehilangan salah seorg kwn sy yg maut akibat nahas kplterbng.. she's only 19 and supposed to have a really bright future ahead.. tp malang x berbau kn..kita hanya merancang Tuhan yg menentukn..
slm aidilfitri wat acik sekeluarga.. =)
izna,
thank you for stopping by..
salam eidulfitri to you too.
Sudah suratan takdir kawanmu itu pergi..kita semua milikNYa.
Post a Comment