Wednesday, September 29, 2010

Medley Poems

Salam,

HOT FOX

Fox went box, box, box
He went hop, hop, hop
Fox went jog, jog, jog
Up to the top
Are you too hot Fox?
Nod, nod, nod
Yes.. I'll have some pop
BOB, BOB, BOB

CIRCLE PUPPET

Circle puppet
Circle puppet
Jump up high
Circle puppet
Circle puppet
Fly, fly, fly
Bend down low
There you go
Twirl around
And touch the ground
hop, hop, hop
Now you stop


WHAT WOULD I BE?

I'd like to be a doctor
I'd like to fly a plane
I'd like to cut your hair
I'd like to drive a crane

I'd like to be a farmer
I'd like to be a cook
But just before I start
I'd like to read this book!


1,2 BUCKLE MY SHOES

1,2 buckle my shoes
3,4 shut the door
5,6 pick up sticks
7,8 lay them straight
9,10 a big FAT hen


ABC SONG

A-a-alligator
B-beh-ball
c-keh-computer
D-deh-doll
E-eh-elephant
F-feh-fingers
G-geh-gumballs
H-heh-helicopter
I-ih-itchy
J-jeh-jump
K-keh-keys
L-leh-lollipop
M-meh-monkey
N-neh-no
O-oh-octopus
p-peh-pizza
Q-quah-queen
R-reh-rain
S-seh-snake
T-teh-tiger
U-uh-up
V-veh-van
W-weh-window
X-ex-ox
Y-yeh-yawn
Z-zeh-zipper

Now I know my ABC.

Thank you everybody....
Letih weh melatih budak budak untuk KONVO.
Jangan main main..
DAH DEKAT NAK KONVO NIH!!
KALAH ORANG MASUK UNIBERSITI..



harap maklum

sekian

Lagu anak anak..

Salam,

Alam

Tanya pada pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, angin yang goncang,

Tanya pada langit, apa sebab hujan,
Nanti jawab langit, tanyalah awan.

Awan nanti aku kandung air,
Bila sudah berat, akupun cair..

Tanya sama guru, siapa yang mencipta,
Nanti jawab guru, Allah yang Esa

Ais Kacang

Ais kacang..
Ais ais kacang..
Bila terasa panas dan rasa dahaga,
Singgah di kedai ais kacang diminta,
Susu dan jagung..hoi hoi..
Kacang dan Kengkung..
Air gula berwarna!!
Campur semua,
Enak rasanya,
Kegemaran kita semua..


Bunga Mawar

Ku tanam pokok bunga,
Bunga mawar namanya,
Ku siram dan ku jaga
Lama besar jadinya..

Ku petik bunga mawar,
Ku letak di kepala,
Ku jalan sini sana..
Harum wangi baunya.


Kebun Pak Mamat

Pak Mamat ada kebun..eieio
Di kebunnya ada ayam, a,a,a,ayam
Lembu Pak Mat ada ekor, e,e,e,ekor
Kolam Pak Mat ada ikan, i, i, i, ikan
Kebun Pak Mat ada oren, o, o, o, oren
Pak Mamat pukul ular, u, u, u, ular.

a-ayam
e-ekor
i-ikan
0-oren
u-ular

sekian

Tuesday, September 28, 2010

Tsk..tsk..tsk..

Salam,

" Tudungnya labuh sampai menutup punggung. Alhamdulillah..Stokinnya juga panjang sampai ke lutut. Alhamdulillah..Tapi tiba tiba kami menangkap anak gadis berusia 16 tahun ini dengan abang angkatnya sedang melakukan zina di dalam semak di suatu tempat perkelahan dalam keadaan tudungnya masih di kepala dan stokinnya masih di kaki," kata Ustaz Zul yang datang bersyarah di Surau Annur.

" Puan puan sekelian, jangan sangka anak perempuan yang kita hantar dengan penuh harapan ke sekolah agama bagi tujuan menjaga akhlak mereka tidak terlepas dengan penyakit yang sedang serius melanda kita hari ini" sambung Ustaz itu.

Berderau darah aku mendengarnya..
Hmm... fenomena apakah yang melanda sekarang?
Penyakit SOSIAL yang terlalu gawat sudah sukar di bendung.

Labuhnya tudung tidak menggambarkan LABUHNYA IMAN.
Panjangnya stokin tidak melambangkan PANJANGNYA FIKIRAN.

Penzinaan mata, telinga, hati, fikiran yang hebat mungkin mendorong ke arah perbuatan zina.
Dosa dosa kecil yang lama kelamaan bertitik dan bertindih dalam hati menyebabkan ianya bertapok dan bertompok tompok hitam menutupi segala lapisan nipis iman yang ada.

Melayani bisikan syaitan, melayari kehendak nafsu, menuruti rasa ghairah yang membuak buak tanpa ada rasa takut dengan pemerhatian Allah menyebabkan rata rata orang melakukan dosa dosa besar.

" Adakah puan puan menyangka anak remaja hari ini samada yang ke sekolah agama atau sekolah kebangsaan biasa tidak terdedah dengan pengetahuan SEKS?" tanya Ustaz Zul lagi.
" Puan puan perlu ingat bahawasanya hari ini gambar gambar lucah, cerita cerita lucah hatta anak anak sebesar 5 atau 6 tahun pun boleh mendapatkannya melalui internet kerana internet adalah informasi tanpa had dan sempadan."

Ya..apabila segala kemudahan disalahguna maka jadilah masalah yang bertimpa timpa sebegini.

"Apabila kami tanya anak gadis ini di mana dia mengenali abang angkatnya itu. Dia menjawab melalui internet sahaja."

Oleh kerana ayah dan ibu melarangnya keluar rumah maka internet adalah saluran di mana dia bersosial. Dan melalui laman facebook dia mengenali abang angkatnya selama setahun. Dia tidak pernah mengenali abang angkatnya secara LIVE maka oleh kerana perasaan ingin tahu, dia menyuruh abang angkatnya menyamar sebagai saudara dan menjemputnya keluar pada satu hujung minggu dari asrama.

Kunjungan dari 'saudara' itu akhirnya menyebabkan dia menyerahkan tubuh dan segala galanya demi rasa cinta yang mesra dan tersemai selama setahun.

Ini adalah salah satu dari pada jutaan kisah yang saban hari kita dengar.
Apa tindakan kita?
Apa penyelesaian kita?
Anak anak remaja yang telah 'rosak' akibat dari berfikiran pendek. Kita cuba mendidik mereka dengan menghantar ke sekolah agama juga tidak terlepas dari perbuatan zina.

20 atau 25 tahun yang lalu di sekolah sekolah menengah AGAMA mungkin tidak ada langsung kejadian sebegini.
20 atau 25 tahun yang lalu di pusat pengajian tinggi sukar untuk mendengar perkataan SISWI MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH.

Tapi hari ini, samada anak remaja itu ke sekolah agama atau ke pusat pengajian tinggi yang mempunyai perkataan ISLAM, dia mungkin tidak terlepas dari gejala sosial yang ROSAK DAN RANAP ini.

Kenapa?
Tepuk dada tanya iman kalian..dan pandang pandanglah serta tinjau tinjaulah keadaan anak anak remaja kalian. Mungkin kita tidak menduga hari ini kita cuba menatang dan mendidiknya supaya kekal berakhlak tetapi segala perlakuannya yang buruk MUNGKIN terlindung di sebalik 'labuh tudungnya' itu. Innalillahi wainna ilahi rajiun...Astaghfirullah...

sekian

Thursday, September 23, 2010

Muda tidak menjanjikan kematian?

Salam,

Pada hari raya pertama, sekira kira waktu petang dan kami telah berehat di Ipoh, telefon suamiku berdecit menerima sms dari seorang rakan sepejabatnya.

" Anak si polan b si polan meninggal dilanggar lori "

Suamiku lantas menelefon rakan sepejabatnya itu menanyakan perihal anak yang telah kembali ke Rahmatullah itu.

" Dia tak ikut balik dengan ayahnya ke kampung. Berlanggar dengan lori selepas solat Jumaat tadi. Naik motor. Baru tingkatan empat "

Begitulah berakhirnya kehidupan seorang anak muda yag baru berusia 16 tahun.

Kemudian, sebelum anak keduaku balik ke asramanya, pada hari Sabtu kami mendapat satu lagi berita.

" Ummi, ketua murid Maryam waktu sekolah rendah dulu meninggal time cuti raya ni. Accident motor. Dia budak MCKK."

Seorag lagi anak muda 17 tahun kembali menemui Pencipta.

Aku percaya kedua dua anak muda ini adalah harapan agama dan bangsa. Kedua duanya mempunyai masa depan yang cerah jika masih bernyawa namun qada' dan qadar telah ditetapkan. Allah lebih sayangkan mereka.

Aku juga mempunyai dua orang sepupu yang meninggal sewaktu usia belasan tahun.
Seorang anak lelaki Pak Longku yang meninggal di waktu usianya 15 tahun dan seorang lagi anak Pak Langku yang meninggal sewaktu berusia 16 tahun. Kedua duanya anak lelaki.

Aku membaca THE STAR semalam. Berita tentang 3 gadis yang berusia 14 tahun dijumpai bersama teman lelaki di Penang setelah dilaporkan hilang oleh ibubapa mereka.

Terfikir aku, anak anak gadis ini mungkin tidak memikirkan tentang kehidupan yang sementara ini. Anak anak ini mungkin tidak terlintas yang kematian tidak mengira samada berusia tua atau muda. Dan mereka mungkin tidak terfikir bahawa betapa rugi sekiranya mati dalam keadaan berdosa besar dan tidak sempat bertaubat. Hmm...

Mujur mereka masih hidup dan diberi nyawa lagi..dan diharapkan mereka dapat bertaubat dan meminta ampun dari Allah serta ibubapa mereka dengan segala apa yang mereka telah lakukan itu.

Sepanjangan perjalanan hidupku sehingga ke usia 40an begini, aku telah menyaksikan/ mendengar sekurang kurangnya 6 kematian dari kalangan rakan rakan yang masih muda belia.

2 rakan pelajar maut dalam kemalangan jalanraya. Seorang gadis anak tunggal dari Melaka dan seorang rakan lagi, gadis dari sembilan adik beradik.
Seorang rakan lelaki yang maut dilanggar sewaktu menukar tayar pancit di lebuh raya di luar negara.
Seorang rakan lelaki yang meninggal di tempat tidur mungkin diserang ASTHMA sewaktu pulang bercuti di kampungnya.
Dan yang paling menyedihkan seorang rakan lelaki meninggal sewaktu dalam perjalanan pulang untuk akad nikah dan kenduri kahwinnya.
Kesemua mereka berumur sekitar 20-25 tahun.

Jadi adakah kita mengira kematian tidak menjenguk kita sewaktu berada di sekitar umur begini?
Kadang kadang disebabkan kelalaian, di dalam umur begini kita sememangnya asyik maksyuk membuat dosa samada sengaja ataupun tidak. Dan rugilah diri kita kiranya diambil nyawa sebelum dapat bertaubat...
Oh...Alangkah sedihnya....alangkah...

sekian

Tuesday, September 21, 2010

Anak anak..

Salam,
Hea yee, hea yee..
Okey dokey..ini gambar raya anak anak kita.
mana kita? hehehe kita yang di belakang kamera!
haha..
macam tak best?
aiseh man....
.
.
Okay la tu..
Kita jenis sempoi!
As simple as I can be.

Cuba teropong baik baik...kita ada background wall yang bagus.
Dipenuhi kerja 'art and design' exclusively from Mawaddah sdn. bhd!
hehehe..
Masin mulut aku, bila besor nanti, dia jadi interior designer!

smile..

sekian

Monday, September 20, 2010

Secebis kenangan..

Salam,

" Siah, kalau konduktor tu tanya, kata jer budak Hida ni tak sekolah lagi. Tak payah bayor tambang. Jimat sikit" begitulah pesanan Pak Yang Zambri ku sewaku aku dan Mak Yah balik semula ke Batu Gajah dari kampung Opahku di Pasir Kubu.

Sebelum tu, aku di dukung oleh Pak Yang dan diloloskannya aku menerusi tingkap bas yang akan bertolak dari pekan Parit. Orang cukup ramai dan berebut rebut menaiki bas ke Batu Gajah. Aku disuruh oleh Pak Yang meletakkan beg di tepiku supaya Mak yah akan dapat tempat duduk bila dapat menaiki bas itu nanti.

Walaupun aku sudah bersekolah dan berada di dalam darjah satu tetapi badanku kecil dan kurus kering. Mungkin kerana aku dilahirkan pada hujung tahun dan belum pun menjangkau usia 7 tahun lagi maka aku sememangnya kelihatan seperti kanak kanak yang berusia 5 tahun.

Pada masa aku berada di lingkungan usia itu, beraya di kampung Opah sebelah ibu adalah sangat sangat menyeronokkan. Rumah Opah yang kami semua panggil 'Mak Didik' itu sangat hampir dengan sungai Perak. Rumah Opah juga tiada bekalan letrik dan air paip bersih. Rumah Opah juga tiada peralatan canggih atau juga perabut yang mahal mahal. Seingat ingat aku, rumah Opah cukup lapang dan hanya beralaskan tikar mengkuang besar yang dibuat sendiri untuk menyambut dan menerima cucu cucunya serta anak anaknya yang seramai 10 orang itu beraya di kampung.

Aku tak pernah ingat akan adanya langsir atau kerusi meja baru di rumah Opahku. Mungkin hiasan dan perabut itu tidak bermakna apa apa buat Opahku. Entahlah...baginya yang penting adalah kepulangan anak anak dan cucu cucunya.

Selalunya jika menaiki bas, kami terpaksa berjalan kaki jauh dari pekan Teluk Sena kerana bas hanya mengakhiri perjalanannya sehingga ke penghujung jalan yang berturap tar sahaja. Ianya agak meletihkan terutamanya jika sampai di pekan Teluk Sena itu sewaktu matahari terik tambahan pula sekiranya pada mereka yang pulang dua atau sehari sebelum hari raya dan masih berpuasa. Jalan dari pekan Teluk Sena sewaktu itu hanya berkerikil sahaja dan tidak berturap.

Kalau tidak mahu berjalan kaki jauh, jalan pintas terbaik ialah dengan menaiki sampan tambang menyeberangi sungai Perak. Adakalanya yang menjadi pengayuh sampan itu ialah Pak Yang aku sendiri jadi kami merasa lebih selamat dan tidak perlu membayar tambang. Kami hanya perlu berjalan kaki dari tempat tambatan menyusuri denai denai kecil yang redup sekira kira setengah kilometer sahaja jaraknya dari rumah Opahku.

Perjalanan dari pekan Batu Gajah yang juga terletak di dalam negeri Perak itu terasa amat jauh sewaktu itu.

Memikirkan kemudahan jalanraya yang ada sekarang, alangkah bertuahnya anak anak dan cucu cucu serta cicit cicit nendaku sekiranya hendak pulang beraya ke rumah Opah. Tapi itu semua hanya secebis kenangan. Rumah dan tanah Opah pun sudah menjadi milik kekandaku yang dibelinya dari anak anak Opah. Opahku juga sudah lama meninggalkan alam ini kembali menemui Penciptanya. Datukku juga sudah lama tiada meninggalkan beberapa orang anak anak yatim.

Namun kenangan perjalanan ke kampung masih segar dan terpahat dalam kotak fikiranku. Kenangan bermain sekitar rumah Opah serta melihat Opah mengacau dodol dirasakan seolah baru kelmarin aku menjadi anak anak. Hawa sejuk dari pokok yang merimbun, bunyi serangga riang riang dari pokok hutan, bau asap dari dapur kayu Opah dirasakan seolah olah baru semalam aku berada di kampungku.

Opah or lebih mesra dipanggil 'Mak Didik', semoga sejahtera di alam sana..
Al-fatihah..
.
.
.
dan aku sangat merindui suasana itu.

sekian

Friday, September 17, 2010

Keindahan dan pencemaran di Eidul Fitri..

Salam,

Suasana hari raya akan menjadi indah kiranya :-

1) Ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga berjumpa, berkenalan, bermaafan dan saling bertanya khabar di antara satu sama lain.
2) Ahli keluarga memaniskan muka..yang jauh didekatkan, yang dekat dimesrakan dan renggang dieratkan..maka jalinan UKHUWAH kekeluargaan dapat di pereratkan.
3) Ibadah sebulan bulan puasa itu diteruskan dengan ibadah puasa 6 di bulan Syawal..
.
.
best kan?

tapi kalau hari raya itu...dicemari dengan cara begini:-

1) Umpat mengumpat, kata mengata, caci hamun..membincangkan keburukan adik beradik, jiran tetangga dan sebagainya.
2) Bermasam masam muka..atas sebab sebab perkara kecil dan sebagainya.
3) Kita rosakkan hari raya orang lain dengan memakai pakaian menjolok mata, mendedahkan aurat, berkelakuan tidak senonoh dan sebagainya yang.....


....mencemarkan Eidul Fitri.

Alangkah ruginya setelah sebulan berpuasa menahan nafsu lapar, dahaga dan segala larangan lain tiba tiba di hari raya kita memakai balik pakaian lama yang penuh dengan karat dan haprak.

Tepuk dada tanya diri..

Maka fikir fikirkan lah.. ek...
Apa HIKMAH yang diperolehi dalam RAMADHAN yang baru lalu?
.
.
smile...
amacam? bagus tak entry ni?


sekian

Jeng jeng jeng..I am back!!

Salam,

Hehehehe..Dah balik semula ke Bangi setelah 7 hari 7 malam kita orang beraya ke kampung.
Alang alang balik kan...Biar balik sepuas puasnya.
Nama pun setahun sekali beraya!
.
.
.
Amacam berat badan?
Semakin slim selepas puasa ni?
Wahhh..
PUAS vs PUASA??
.
.
Mula mula PUASA..lepas tu?
Makan sepuas puasnya ek?
Amvooooiiiiiii...
.
.
hei..mak long, mak ngah, mak lang, mak uda, mak tam, mak teh weiii
SILA PUASA ENAM, okay!!
hahahahah
.
.
DAN TAHUN INI AKU PUASA PENUHHHHHH>>>YA BEDA BEDU!!!!
Tak yah ganti PUASA!!..
.
.
PUASA ENAM??..errr..tunggu le kejap..
minggu depan le kutt..hehehe

sekian

p/s.....gambar raya mana?
adoiiii...letih MABUK KAT HIWAY lagi ni..

Monday, September 06, 2010

Iklan

Salam,

Korang sempat tengok ke Iklan hari raya TV3 yang ala ala Krimas Santa Claus tu?
Tah haper haper kan?
.
.
Siapa punya idea terlebih seronok tu?
Aku agak orang yang buat tu mesti tak faham erti Eidil Fitri.
.
.
Dengar kata pengarahnya Non Muslim.
Satu hal la..
Tak faham!
Yang lenlain? Buta perut ke apa?
.
.
Kontroversi sungguh. Mujur ramai yang bersuara.
Kan dah kena pancung iklan tu!

sekian

Friday, September 03, 2010

Tanpa tajuk khusus..

Salam,

Dalam bulan Ramadhan ni, ramai yang kehilangan sanak saudara. Samada saudara yang dekat ataupun saudara yang jauh. Takziah diucapkan..semoga roh mereka yang sudah pergi itu sejahtera serta kita sedekahkah kepada mereka dengan surah Al Fatihah.
.
.
Hari raya dah dekat ni...kita janganlah terburu buru nak balik sehingga terlupa keselamatan di jalan raya pula.
Ingatlah kepada mereka yang tersayang yang menunggu di kampung sana.
.
.
Okay...sesiapa yang nak balik kampung tu, hati hati di jalan raya!
.
.
Kita dah CUTIIIIII!..
uhuhu..walaupun begitu kita sepertimana biasa tetap balik kampung selepas solat raya nanti!
hehe..
saja nak bagitau..

....IPOH-SEMANGGOL-SUNGAI PETANI!!

sekian

wassalam