Tuesday, August 07, 2012

Bila diduga sedikit...

Assalamualaikum,

Jumaat 3/8/2012

Sewaktu balik dari sekolah.
Start van.
Enjin macam hendak tak nak je mengaum.
Bunyi
Eek eek ek eek ek.
Eek eek ek eek ek
Eek eek ek eek ek
Tapi akhirnya masih boleh dihidupkan.

Gerak hati kata, Haiiii macam bateri nak KONG KALI KONG jer.

Hantar anak murid dan  hantar anak sendiri.

Hati berkata, Van ni tak boleh dimatikan enjinnya. Nanti tak boleh start.

Hon dah tak berbunyi dah.
Hantar sorang lagi anak murid yang sewa rumah nuuuuun kat belakang TUTTI FRUTTI di Seri Bangi sebab rumah dia kat sini nak direnovate.

Kemudian round pergi seksyen 7...
KUNUNYA nak beli daging kambing dan masak dalca.
Cari di kedai daging di sana.
Teringat juga nak singgah MyMYDIN.

Tapi NGOK dan LUPA tentang GERAK HATI yang kata tak boleh matikan enjin.

Tiba di seksyen 7.
Cari parkir...alahai banyak kereta la pulok. 
Letak depan melintangi gerai gerai Bazaar Ramadhan seksyen 7 berdepan showroom TOYOTA dan kedai tudung serta brooch yang apatah namanya!

Chewah...
Dengan takder masalahnya matikan enjin.
Kunci pintu van. Berkejar masuk kedai daging.
Kemain beli barang, daging kambing, roti canai segera......kacang parpu dal dia tak der.
Ingat nak pergi MyMydin.
Selesai dan siap membeli.

Berlari lari pergi ke van sebab hari dah hujan.

Ek ek ekkkk  ekkkkk   ekkk ekkkk..*tub*
Ek ek ekkkk..ekkkkkk ekkk ekkkk  *tub*
Ek ek ekkkk  ekkkkkk ekkk ekkkk  *tub*

Padan muka siapa suruh matikan enjin!!!

VAN gelak kat  aku..


NOTA NAK KENA KAKI :
selalulah check air bateri anda ye...supaya tak berbuih buih keluor asid bagai!


*gambar sekadar hiasan* errr...ni bukan van...ni kereta!


sekian

8 comments:

ibundo said...

laki aku selalu komen. Pompuan ni pakai bawak je!!!! Air tak tengok. Tayar tak pam. Tau start enjin, jalan!!!
Aku tak menidakkannya. Sebab memang iya pun aku tak penah bukak tempat letak enjin tu.

ASH said...

hahahahaha....
.
.
.
kakpah,
kita tak kuaser ler nak ngotor kan tangan ngan minyak Itam...
fair n square laaa...sebab demer pun tak kuaser main minyak kat dapur!!
kan??

Gurindam Jiwa said...

Ler... dugaan bulan puasa...

ASH said...

GJ,
tu yang best tu...ganjaran lebih!

makcikkantin said...

Boleh berpeluh kalau tak boleh start injin, nak nak pulak keta berada kat tpt "strategic"

Lady Windsor said...

Salam singgah,
Cik/Puan Ash..kita baca kat blog Nizam, mak Ash buat putu kacang ya? Kat mana ya? Kalau dekat saya nak beli putu kacang tu...Kat KL x de jual kuih lama ni, kalau ada pun beli seminggu dah hancur dan berkulat...

ASH said...

makcikkantin,
tu la pasal..
parking dah la tempat baiiikkk punya!! haha
Kena pulok masa tu hujan lebat..
tengah tengah JUMAAT pulok!!
hmmmmm

Lady Windsor,
mak saya buat utk makan keluarga anak beranak sendiri sahaja...tak jual.
mak mertua dulu ada la buat untuk jualan tapi sekarang tak dahhh...
.
.
mak mak dah tak der kesanggupan lagi....

Lady Windsor said...

o ok..tak pe la...tq.