Tuesday, July 19, 2011

Pengalaman menjadi pesakitnya...

Assalam,


Aku memasuki bilik rawatan itu dengan debaran. Aku memang begitu. Setiap kali ada temu janji dengan doktor sahaja, hati aku akan berdebar debar.
Ini kandungan aku yang kedua.


Doktor yang merawat aku bertanya dengan tenang.
Melihat mukanya juga menyebabkan debaran hati aku menjadi tenang.
Aku rasa agak selesa.

Dia seorang doktor yang tegas.
Aku tahu benar.
Caranya menyuruh aku meneruskan pengambilan vitamin untuk kesihatan diri dan kandunganku.

" Kandungan awak ni kecil. Awak kena makan lebih sikit. Vitamin kena sentiasa ambil. Jangan miss..." katanya.

Di waktu itu dia bertugas di Pusat Rawatan Islam di Taman Permata.
Hampir setiap bulan aku akan bertemu dengannya sehinggalah pada bulan bulan akhir.

" Hmmm...saya rasa macam ada yang tak kena dengan kandungan awak. Okay..kita scan"

Kandungan aku disahkan BREACH...menyongsang pada bulan ke 7.

" Jangan risau...saya buat temujanji awak dengan doktor pakar di PUSRAWI jalan Ipoh."

Aku direfer ke sana untuk satu lagi temu janji.

" Rajin rajin baca surah Maryam...InsyaAllah, akan dipermudahkan kelahiran" katanya.

Aku tidak putus putus membaca surah Maryam...sehingga apabila anak itu dilahirkan pun aku terus menamakannya Maryam.



Semoga Allahyarhamah yang pernah merawat aku suatu masa dulu kini berada di dalam Rahmat Allah..

AlFatihah..untuk Dr Lo' Lo' yang dikagumi..


sekian

1 comment:

tasekM said...

alfatihah.

lembut je muka dr ni eh...



.