Friday, July 01, 2011

Night in the city..

Assalam,

Hidup di bandar penuh cabaran.
Bekerja siang dan malam untuk memenuhi keperluan hidup.
Segala galanya memerlukan (membutuhkan) uang.
.
.
.
Bagi kebanyakan pasangan suami isteri, celik mata dari tidur saja yang difikirkan hanyalah untuk menyelesaikan kerja kerja di ofis.
Celik mata sahaja yang difikirkan ialah mengejar waktu supaya tidak terlambat untuk ke kantor.
.
.
Waktu di tempat kerjanya lebih panjang dari waktu dia bersantai di rumah.
Santai?
...err..kiranya tidur dari jam 12 malam hingga ke 5 pagi itu boleh dikatakan bersantai!...
hehe

Ahhh..betapa pendeknya waktu!


Alangkah bertuahnya kiranya tubuh badan dapat berehat di malam hari.
Merehatkan minda.
Juga mungkin bermunajat di sepertiga malam dalam kesunyian waktu.


Tapi kota begitu iri hati.
Begitu menggamit nafsu.
Menghidangkan seribu nikmat hiburan untuk di ratah ratah dan dibuasi.
Laksana sang kelawar pendarah yang menghirup dan menyedut cecair merah mangsa.

Kota tidak pernah sunyi.
Lampu neon pelbagai warna adalah cahaya gilang gemilang.
Mengisi ruang ruang untuk kepuasan.
Apa lagi yang perlu difikirkan apabila tubuh sudah lesu.
Nah...
Bilik bilik yang indah terserlah dengan hidangan daging daging montok.



.
.
.
namun ketahuilah..



Bagi anak anak kecil, malam mungkin disamaertikan dengan kelam.







Seperti sang semut hitam yang merayap menuju rumah rumah kecil untuk berehat dan langsung tidak kelihatan.








Malam boleh juga membawa makna bahaya seperti lubang yang dalam dan tidak kelihatan.







Malam yang kelam akan menjadi indah jika dihiasi dengan bintang bintang dan bulan di langit luas.




Wahai anak, malam tidak boleh diwarnai dengan KUNING kerana sekarang ini musim XANTHOPHOBIA...jadi perlu hati hati ya!!




Aaaahhh....
apa pun makna buat mereka dan kita, pastinya saat saat manis malam malam itu di suatu tempat bernama BOSTON tak akan dapat ku lupa!
hehehehehehehe...
so
.
.
.
.
.
Good NITE eberibodi!

Esok nak pi taman burung...yeah yeah!
Jangan tidur lambat selalu sebab nanti jadi BURUNG HANTU...berjaga malam!


sekian

No comments: