Wednesday, July 13, 2011

Mencari ketenangan..

Assalam,

Dalam keheningan malam, aku selalu tercari cari tujuan hidup.

Berfikir apa tujuan aku dilahirkan.
Berfikir apa arah hidupku yang entah bila pengakhirannya.
Merenung apa yang mungkin terjadi di suatu ketika nanti pada diri yang kerdil dan hina dina ini.

.....kadang kadang terasa seperti Malaikat Maut datang menyapa.
Melayah dan melintasi diri.

Kegerunan tentang kematian yang tiada perkataan dapat menggambarkannya..

Apabila seseorang memberitakan pada kita tentang kematian seseorang yang lain, kita hanya mampu melafazkan perkataan Innalillah..dan mendoakan kebaikan buat simati.


Tapi, bagaimana pula si mati itu adalah kita?

Adakah orang lain terasa kehilangan.
Atau adakah orang lain merasa bersyukur dengan ketiadaan kita?
Kita tidak tahu..


Berapa ramai yang benar benar berduka?
Berapa ramai pula tidak merasa apa apa?
Berapa ramai pula terasa sangat bahagia?


Kita cuma makhluk...yang asal usul kejadiannya dari tanah.
Dan suatu hari nanti, WAJIB bagi kita semua yang bernama manusia akan kembali ke tanah semula.

Kita cuma mengharap, segala amalan kebaikan kita diterima Allah.
Ianya sebagai bekalan dalam suatu perjalanan yang panjang.

Anak anak yang soleh dan solehah adalah antara harapan kita yang dapat mendoakan kita nanti.
...tapi itu pun kalau kita berjaya mendidik mereka semasa hayat kita..

Kita mengharapkan anak anak....
Kita mengharapkan amalan soleh....
Solat, puasa, zakat, derma dan segala kebajikan yang pernah kita lakukan untuk menyelamatkan kita di SANA nanti.


Kita mengharapkan di penghujung perjalanan kita yang panjang itu ada suatu cahaya yang gilang gemilang yang tersedia menanti.
Dan cahaya gilang gemilang itu adalah RAHMAT dari Allah yang tiada tolok bandingnya dengan apa yang ada di dunia ini...


.....dan selain kasih sayang dan doa dari mereka berdua ini, aku juga mengharapkan doa dari kawan, sahabat dan kenalan bagi ketenangan dalam perayauanku menuju ke Akhirat.



p/s
Gambar Masjid AnNur Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.
Diambil semasa berhenti solat Zohor/Asar hari Ahad 10/7/2011.
Balik dari rumah si Budin yang mengadakan kenduri aqiqah anak ke 5 nya!

sekian

2 comments:

ibundo said...

pokcik tu tak pakai spek itam da..
aku kat kk. tadi sampai. ahad baru balik.

ASH said...

Ibundo (kakpah),
pokcik baru lepaih solat..tak sompek nak pakai!!
.
.
.
selamat round KK!
pergi le daki gunung...
atau bersantai di pulau..