Tuesday, July 26, 2011

Hamba mu...

Assalam,

Ke arah satu perjalanan dalam sebuah kehidupan,
Demi untuk mengecapi hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisi MU ku berserah
terimalah hambaMU....ALLAH!!

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
masanya akan tiba
Dengan restu ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisi MU ku berserah
terimalah hambaMU....ALLAH!!




My imam masa muda...
smileeeeeee...


sekian

Wednesday, July 20, 2011

Selesaikan lah segala perkara...

Assalam,

Bayangannya seperti menggamit..
Melambai lambai..
.
.
.
Yup..kursus selama 16 minggu telah dilalui.
Alhamdulillah..
Walaupun agak pening pening lalat untuk difahami oleh otak yang semakin tua ni namun dapat juga sedikit sebanyak ilmu yang disampaikan.

Ilmu mesti ditimba.
Tubuh badan mesti fit.
Duit ringgit kena sedia.
Lenlain perkara kena selesaikan jua..
.
.
.
.
Tapi bila orang tanya soklan ni,

" Nanti anak anak siapa jaga?"

Aku jadi seperti menelan air liur yang berpasir.
Hmmmm....

Allah dan Rasulnya, InsyaAllah.




"...sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

.
.
.
Tapi satu masalah ni lah yang aku dok rasa susah hati sikit!
hehehehehehe



sekian

Tuesday, July 19, 2011

Bermacam macam buah buahan ada di dalam taman...

Assalam,

Minggunya telah berlalu..
Segala jenis buah buahan telah dipelajari.
Cuma WORKSHEET nyer baru nak terhegeh hegeh dibuat dalam minggu ini.
Haiiihhh..ketinggalan dah nampaknya.
BEHIND SCHEDULE!
.
.
sebab musabab...
mesin fotostat yang dah lama terBURAI!
TIDAK DAPAT diselamatkan lagi.
.
.
telefon C*** fotostat, dia pass pada C*** lain pulak.
pastu bila kita telefon, ader jerr alasannya..
.
.
Aku dah nak meng%^&#$%@!$%^$@......bila banyak alasan nih.

Mendidih juga.

Anyway................kerja mesti diteruskan.


" Cikgu, pineapple warna apa?"
" Watermelon tu tembikai ek, cikgu"
" Ini anggur ke?" ....walaupun sebenarnya gambar yang ditunjukkan itu adalah langsat.



" Coconut kena warna green. Mana boleh warna coklat "
" Eh, kita nak kaler manggoesteen ngan warna green laa..."

Wahai mak mak dan bapak bapak sekelian...

Bila jalan jalan masuk JUSCO, GIANT, TESCO, BILLION, WARTA atau PASAR MALAM...tunjukkanlah kepada anak anda buah buahan ini.
Samada buah buahan tempatan ataupun buah buahan yang diimport.

Idak le pening sangat bila cikgu nak perkenalkan.

Kadang kesian juga bila ada anak murid yang tak biasa makan PAPAYA / betik..
mak aiii...
Aku mengajar kat ULU mana nih?
.
.
.
hellloooooo....

Bila tanya siapa suka makan belimbing, nampak ada yang tercengang bengang.
HAIIIIIhhhh...

TERUK BONAR ke orang Bangi sampai anak anak tak kenal belimbing?


kat mana nak cari TAMAN BUAH BUAHAN?
Siapa ada kebun yang ada buah buahan musim sejuk dan musim panas?
.
.
.
Wahhhh...
.
.
.
errr
mungkin AULAD boleh buat LAWATAN rasmi di masa akan datang..

MUNGKINKAH?

wuishhhhh....

sekian

Pengalaman menjadi pesakitnya...

Assalam,


Aku memasuki bilik rawatan itu dengan debaran. Aku memang begitu. Setiap kali ada temu janji dengan doktor sahaja, hati aku akan berdebar debar.
Ini kandungan aku yang kedua.


Doktor yang merawat aku bertanya dengan tenang.
Melihat mukanya juga menyebabkan debaran hati aku menjadi tenang.
Aku rasa agak selesa.

Dia seorang doktor yang tegas.
Aku tahu benar.
Caranya menyuruh aku meneruskan pengambilan vitamin untuk kesihatan diri dan kandunganku.

" Kandungan awak ni kecil. Awak kena makan lebih sikit. Vitamin kena sentiasa ambil. Jangan miss..." katanya.

Di waktu itu dia bertugas di Pusat Rawatan Islam di Taman Permata.
Hampir setiap bulan aku akan bertemu dengannya sehinggalah pada bulan bulan akhir.

" Hmmm...saya rasa macam ada yang tak kena dengan kandungan awak. Okay..kita scan"

Kandungan aku disahkan BREACH...menyongsang pada bulan ke 7.

" Jangan risau...saya buat temujanji awak dengan doktor pakar di PUSRAWI jalan Ipoh."

Aku direfer ke sana untuk satu lagi temu janji.

" Rajin rajin baca surah Maryam...InsyaAllah, akan dipermudahkan kelahiran" katanya.

Aku tidak putus putus membaca surah Maryam...sehingga apabila anak itu dilahirkan pun aku terus menamakannya Maryam.



Semoga Allahyarhamah yang pernah merawat aku suatu masa dulu kini berada di dalam Rahmat Allah..

AlFatihah..untuk Dr Lo' Lo' yang dikagumi..


sekian

Monday, July 18, 2011

Jom merayap ke bukit..

Assalam,

Sabtu pagi..
Bergerak selepas Subuh.
Berkumpul di satu tempat yang telah ditetapkan.

" Pokcik, nak pergi mana pokcik?"

Ikut jer...
Jangan banyak soal.
Jangan banyak tanya.

" Eh, kena tanya laa..Kang tak bersedia pulak. Susah.."

Sediakan sandwich..
Okay.....siap.
Air mineral?
Siap....
Pakai pakaian yang sesuai dan sewaktu dengan nya.
Set!

SPEK ITAM...
Okay!! siappppp...





Ni kat mano ni?
jalannnnnn jerrr...jangan banyak tanya daaaaa.

Macam kat kampung aku jerr...

Ni jejak jejak seorang ANGKASAWAN negara nih.
Jangan memain!


Alahai...siapa pulok cik abang ni??
Letih?
Cik abang, jangan marah ye sebab AKAK ambik gambor.
Tengok posing bagus je atas batu tu.



Ni?
Kumpulan dari mano pulok?
mana le aku tau..




Hi there...Hi!!!!!





wuissshhhh...cam gayat le pulok!




Senyum cik kak senyumm
walaupun ngeri naik kat cerun tadi kan?
pucat pucat dan macam nak nanges..
hehehehehehehe


Yeahhh...We were here!!

In a place called BROGA HILL.



aummmmmm chak!!
peace peace kacang pis!

p/s
walaupun macam nak terkucil naik Broga, namun sampai le juga makcik tu!
POKCIK pula walaupun dah prepare SPEK ITAMnya...namun pi SADAIkan kat dalam VAN.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
adeh adeh adeh adeh...
awat betih ngan peha macam nak KREM ek?
hehehehehe

sekian

Friday, July 15, 2011

Letusan!!!

Assalam,

Masa ni kalau nak menulis blog rasa macam nak bertongkat mata...
Letih dan mengantuk wehh..


Ni kisah ULANGAN sebenarnya..
Sebab tu yang rasa TERLALU malas..

Tiap tiap tahun gunung berapi meletus!!
Penduduk setempat SAHAJA bertukar.

Lenlain tetap sama...



Okay..grouping..




..memicit, membentuk..err tapi..
apekehal pulak udah jadi macam LABU SAYONG tu?



adjustment...penyek kan sikit gunung ganang tu!




Agen pengaktifan...wuissshhh


maka terjadilah letusan di sana sini..




aliran larva yang mengalir deras




mengerikan!
menggerunkan!



YEAH!!!
sekali lagi kami berjaya "MELETUPKANNYA"!

p/s

Maha Suci Allah yang menjadikan gunung ganang, bukit bukau dan sungai yang mengalir di antaranya...
Dan dengan kehendakNya jualah sesuatu kejadian seperti gunung berapi ini terjadi buat kita memerhati dan mengambil iktibar.

sekian

Thursday, July 14, 2011

Meehoon pun meehoon laaa..

Assalam,

Pagi semalam ada anak murid bawa magazine kanak kanak.
Aku pun minta tengok.

Eh...ada resepi pulak dalam magazine tuh.

Resepi meehoon goreng ala Singapore.

Teringat pesan POKCIK spek Itam..

" Abang malas la nak makan nasi time malam malam. Nak makan mender lain, boleh?"

Errr...


....I terus berazam nak buat resepi dalam magazine tuh!

Selalunya I goreng meehoon stail IPOH MALI sebab Pokcik pun olang sinun.
Sesekali boleh le ubah ubah stail gorengan kan?


Resepi?
Carik sendirik laa..

I malas le pulok nak taruk.
Ngantuk nih..


sekian

Wednesday, July 13, 2011

Mencari ketenangan..

Assalam,

Dalam keheningan malam, aku selalu tercari cari tujuan hidup.

Berfikir apa tujuan aku dilahirkan.
Berfikir apa arah hidupku yang entah bila pengakhirannya.
Merenung apa yang mungkin terjadi di suatu ketika nanti pada diri yang kerdil dan hina dina ini.

.....kadang kadang terasa seperti Malaikat Maut datang menyapa.
Melayah dan melintasi diri.

Kegerunan tentang kematian yang tiada perkataan dapat menggambarkannya..

Apabila seseorang memberitakan pada kita tentang kematian seseorang yang lain, kita hanya mampu melafazkan perkataan Innalillah..dan mendoakan kebaikan buat simati.


Tapi, bagaimana pula si mati itu adalah kita?

Adakah orang lain terasa kehilangan.
Atau adakah orang lain merasa bersyukur dengan ketiadaan kita?
Kita tidak tahu..


Berapa ramai yang benar benar berduka?
Berapa ramai pula tidak merasa apa apa?
Berapa ramai pula terasa sangat bahagia?


Kita cuma makhluk...yang asal usul kejadiannya dari tanah.
Dan suatu hari nanti, WAJIB bagi kita semua yang bernama manusia akan kembali ke tanah semula.

Kita cuma mengharap, segala amalan kebaikan kita diterima Allah.
Ianya sebagai bekalan dalam suatu perjalanan yang panjang.

Anak anak yang soleh dan solehah adalah antara harapan kita yang dapat mendoakan kita nanti.
...tapi itu pun kalau kita berjaya mendidik mereka semasa hayat kita..

Kita mengharapkan anak anak....
Kita mengharapkan amalan soleh....
Solat, puasa, zakat, derma dan segala kebajikan yang pernah kita lakukan untuk menyelamatkan kita di SANA nanti.


Kita mengharapkan di penghujung perjalanan kita yang panjang itu ada suatu cahaya yang gilang gemilang yang tersedia menanti.
Dan cahaya gilang gemilang itu adalah RAHMAT dari Allah yang tiada tolok bandingnya dengan apa yang ada di dunia ini...


.....dan selain kasih sayang dan doa dari mereka berdua ini, aku juga mengharapkan doa dari kawan, sahabat dan kenalan bagi ketenangan dalam perayauanku menuju ke Akhirat.



p/s
Gambar Masjid AnNur Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.
Diambil semasa berhenti solat Zohor/Asar hari Ahad 10/7/2011.
Balik dari rumah si Budin yang mengadakan kenduri aqiqah anak ke 5 nya!

sekian

Friday, July 08, 2011

Today is her birthday!

Assalam,

Empat tahun yang lalu kira kira jam 7.10 pagi..aku sms kakpah.

" Kakpah, saya dah diusung masuk ke labor room ni. Doakan saya "

Pastu kakpah jawab "InsyaAllah,harap semua selamat".

10 minit lepas tu...
.
.
.
.

" Alhamdulillah, saya dah bersalin"

Uiiiiikkkk...

Kalau dibandingkan dengan masa menunggu abangnya nak keluar ke dunia ngan dia, tentulah dia palingggg mudah sekali.
.
.
.
Abangnya ditunggu untuk keluar sampai 11 jam.
Orang yang menunggu naik letih.
Aku yang kat dalam labor room lagi la LETIH dan tak bermaya.






Alhamdulillah...dah empat tahun si Bongsu ini.


Saja saja bawa dia ke tadika untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya dengan kawan kawan abangnya.
Dulu pun dia dijaga dan diasuh di ARRIYADH Baby Center..

Tahun depan tak sabar nak belajar kat sini.

Sekejapnya masa berlalu...

sekian

Tuesday, July 05, 2011

Special Sunday..

Assalam,

Maha Suci Allah yang menjadikan segala penciptaan...


Firman Allah dalan surah Annur 24, ayat 45 yang bermaksud :

" Dan Allah ciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebagian yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu "

.....dalil yang menunjukkan penciptaan segala makhluk yang bernama HAIWAN dari AIR!!






kalau Malaikat diperbuat dari Nurr ( cahaya )
kalau Iblis pula diperbuat dari api
manusia pula diperbuat dari tanah
.
.
.
maka haiwan pula asalnya dari air.

....untuk penambahan ilmu bagi mereka yang masih tidak mengetahui.

p/s
oh ye...kalau ada yang tertanya tanya kat mana aku ambik gambar dua ekor angsa hitam ni.
Kat THE MINES...north lake.
Aku merayau ke sana hari Ahad kelmarin.
Ber cruising juga!

sekian

Sunday, July 03, 2011

Sabtu saya sesungguhnya sangat sibuk..

Assalam,

Sabtu yang lalu, saya rasa sungguh sesak dan sangat sibuk.
Semasa orang lain lari lari sama sama, saya sesama mereka santai sibuk di suatu 'sarang'!
hehehe
.
.
.
Sebelum sempat sampai sana, saya snap satu foto..
Lari anakku lari...



Saya snap sini juga..




Wah..sayang ayah dan ibu yang pergi sama sama.

Sssssshhh...si Soffwan sudah senyap dan sunyi...
hehe... kita belum lagi sampai 'sarang' yang sepatutnya!



Yipeee yipeee...sudah sampai sini.



.............siap sedia semua!!



Sungguh seronok nampak gayanya.



Senyum senyum la sikit sayang...



Sayu rasa melihat si gagah terkurung..


Tidak seperti si dia ini



Suka sungguh dengan si cantik manis




Seri wajah silauan mata!!


ooopppsssss..tak sangka sama warna ngan si pokcik spek itam




saya suka! saya suka! sama sama suka...



shhhh...concentrate sama itu SHOW!!



WOWOWOWOWO!!!
SUNGGUH SMART SANG HELANG GAGAH!

selesai sudah...
mari kita pulangggg!


sekian