Friday, June 08, 2012

Seumpama embun di hujung daun..

Assalamualaikum,


" Masa hidup di dunia ini terlalu singkat. Ya..TERAMAT SINGKAT dan begitu sementara jika dibandingkan dengan masa yang akan ditempuh di alam akhirat." kata seorang ustaz yang datang mengajar secara berkala di surau berhampiran rumahku.

"Ya benar " secara jujur aku mengakuinya di dalam hati.

Membenarkan kenyataan yang dikeluarkannya.

Bayangkan mereka yang telah mendahului kita ke alam sana.
Datuk, nenek, sepupu, ayahanda...dan semua nenek moyang yang kita pernah ada tetapi tidak pernah mengenali.

.
.
Abang sepupuku misalannya.
Dia hanya sempat merasai kehidupan di dunia ini selama 15 tahun sahaja.
Dia kembali ke rahmatullah dalam tahun1977.
Dan dari tahun 1977 hingga sekarang ini berapa lama sudah dia di alam sana?
2012 - 1977 =.........hmmm ( tak yah guna calculator ye...CONGAK jer!! )

35 tahun sudah berlalu.
Itu pengiraan masa DUNIA.
Itu pun dah melebihi masa hidupnya di dunia.

Agak agak mereka yang di alam sana...bagaimana pengiraan masa yang dirasai pula?

Alam barzakh hanya permulaan alam akhirat.
Baru pengenalan bagi alam yang KEKAL ABADI..
.
.
.
Belum lagi tiba HARI yang PALING BESAR...hari di mana sekelian manusia akan dibangkitkan.
Berapa lama lagi masa yang kita perlu menunggu pula?
Dan ketentuan masa DEPAN kita ke syurga atau terpelosok ke neraka akan mengambil masa berapa lama?

dan ini YANG KEKAL!!

Fuhh...ngeri.
Tidakkah terasa CERING bulu roma memikirkannya?
.
.
.
.
.
TAPI

kalau tengok keliling kita....melihat keadaan manusia yang mundar mandir...
Apakah dapat KITA rasai kengerian itu?

Macam takder mender jer kan?
Macam dunia ni KEKAL jer kan?
Seumpama DOSA tu tiada apa apa ..
Dan seperti PAHALA itu tiada nilaian harga...




hmmmmm

Aku rasa mungkin labah labah ini lebih merasa ngeri dengan maut berbanding kita.
Atau embun ini lebih memahami maksud kekontangan dari manusia...

ENTAHLAH...
wallahualam



sekian


2 comments:

Aku said...

ada mereka-mereka yang patah semangat akan nekad untuk tempuh perjalanan satu demi satu... tak payah pikirkan yang jauh-jauh yang tak nampak lagi macam mana. mereka-mereka itu hanya fikirkan dugaan petang nanti dan paling kuat pun cabaran esok hari.... kerana dugaaan petang dan cabaran esok pagi sudah cukup untuk membuatkan dia menggantungkan diri... jadi, bagi mereka-mereka ini amat payah untuk diceritakan apa yang jauh di hadapan...

ibundo said...

masa makin memburu aku..