Tuesday, December 20, 2011

Tatih

Assalamualaikum,

Danish terbongkok bongkok mengaji. Bacaannya sangkut sangkut macam enjin kereta volkswagen lama yang macam kura kura tu.

" Kalau mim ngan nun ada tanda sabdu macamana bacaannya, Danish?"

" Kena dengung " jawab Danish.

" Habis, kenapa ko kodukut sangat nak dengung? " aku tanya Danish semula.
Danish pandang aku terkebil kebil dan tersengeh sengeh. Dia tak jawab apa apa. Aku pandang muka anak murid aku dalam masa cuti sekolah ini.

Tiap tiap pagi sekira kira jam 8.30 pagi, Danish dan adiknya Dalina akan datang mengaji di rumah aku. Aku ingatkan masa musim cuti ni aku boleh rehat rehat tapi rupa rupanya nenek Si Danish awal awal lagi telah minta aku tolong ajarkan budak berdua ni mengaji. Aku pula tak tergamak nak menolak. Rasa macam dah jadi tanggungjawab pula bila dah selama ni memang kerja aku mengajar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

" Balik nanti saya kena cari guru yang boleh ajar tajwid. Boleh tolong dengar bacaan saya. Boleh tolong ajar anak anak dan keluarga saya. Bacaan saya teruk. Saya tahu. " In bisik bisik padaku suatu pagi.

"Selama ni kami sekeluarga memang jarang jarang nak baca Al quran. Kalau ada yang baca pun hanya anak anak. Itupun bukan di rumah kami tetapi di sekolah agamanya. Saya berazam untuk menghidupkab bacaan Al quran di rumah"


Aku tak berkata apa apa.
Dalam hati aku mengakui agak ramai bilangan jemaah yang masih merangkak rangkak ketika membaca Al quran. Tajwid tonggang langgang sekira kiranya lebih kurang macam bacaan Danish.
Itu baru sudut bacaan. Bukan lagi masuk sudut penghayatan isi kandungan Al quran.

Kalau dari sudut penghayatan isi kandungannya aku sendiri rasa lebih lompong. Rasa hina diri. Rasa jauh sangat dari hakikat Islam sebenar.
Dan tiba tiba aku rasa sayu yang teramat sangat..

Haihhh..sendu...

Sekian

1 comment:

Aku said...

Nak belajar cara-cara macam mana nak mengaji dalam tidur kak.

bayangkan kalau lelap mata saja, terus masuk alam mimpi yang kita baca Quran sampai ke pagi...

bagi tau kalau ada caranya...