Thursday, December 29, 2011

Budaya HOHA HOHI, YOYA YOYI..

Assalamualaikum,

Masa mula mula aku berkenalan dengan suami aku sekarang, aku tidak pernah tahu siapa dia.

Aku di Chicago dan dia di Boston.
Dua tempat yang berbeza dan jaraknya sekira kira 1000km.
Kalau memandu kereta akan memakan masa sehari semalam.
.
.
.
Bagaimana kami boleh berkenalan?

Kebetulan masa aku berkelana dan mengembara bersama kawan aku untuk ke Niagara Fall, aku singgah di Boston. Aku ada kawan yang biasa serumah di Shah Alam yang menyambung 'sekolah' di Boston.

Seorang senior yang serumah dengan kawan aku tu menjadi penghubung. Jadi orang tengah memulakan bibit perkenalan kami. Dia disuruh oleh suamiku mencari orang PERAK untuk dijadikan isteri. Suamiku mencari orang negeri sendiri kerana di fikirannya mudah untuk berulang alik ke kampung halaman nanti.

Aku tidak pernah tahu menahu tentang suamiku.

Apabila kakak PENGHUBUNG ini menyuarakan hasrat hatinya untuk memperkenalkan aku dengan suamiku, aku terasa lucu. Apa yang menarik pada diriku pun aku tidak tahu. Aku bukanlah seorang gadis yang cantik jelita..hahaha.
Tiada apa yang istimewa terutamanya sekiranya orang baru mengenali aku. Aku gadis COMPANG CAMPING ....dalam erti kata lain..
SELEKEH SEREBEH..
TAK RETI BERGAYA!!
TAK DER MAKE UP, MAKE UP!!
atau
BERHIAS DIRI.

Pulak tu...aku jenis yang tak berapa suka nak berpura pura dan akan cakap direct!
Selalunya CAKAP DIRECT aku ni la yang ramai tak BERKENAN!

Kawan baik aku pun dah lali dengan cakap direct aku ni.
Tapi itu lah AKU.

Kalau bukan aku yang bercakap, selalunya orang lain tak berani nak bersuara.
Di sekolah dulu, aku selalunya akan jadi jurucakap. Apa apa jua rasa tidak puas hati, aku akan disuruh menjadi JURUCAKAP. Sebab aku jenis yang akan bersuara bila ada perkara kusut masai di kalangan kawan kawanku. Siapa yang faham dengan perangai aku, maka mereka akan menyayangi aku.

Siapa yang kena bantai dengan aku, akan menjauhkan diri.
Nasib aku laa..dan nasib dia la...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berbalik kepada perkenalan dengan suami...

Bila suami aku telefon aku untuk mengenali aku dengan lebih dekat, aku beritahu ibubapa aku.
Aku beritahu mak ayah aku kerana aku ada satu prinsip.

Prinsip aku mudah.
Sekiranya seorang lelaki ingin berhubungan dengan aku maka ibubapa aku KENA TAHU.

Aku memang bukan jenis dari kalangan gadis yang mudah diajak keluar oleh mana mana lelaki.
Aku LARANG DIRI aku dari keluar dengan lelaki melainkan lelaki itu bergelar suami atau MAHRAMku.

Jadi aku tak mudah menerima undangan untuk keluar makan malam, tengok wayang atau bercanda di mana mana saja. Even, aku juga tidak pernah mengambil gambar berdua duaan dengan mana mana lelaki selain SUAMI dan MAHRAM aku.

Surat menyurat? Sedari dulu surat aku dipantau ibu. Jadi aku sudah lali apabila surat yang datang kepadaku telah dibuka oleh bonda...... itupun kiranya aku ada menerima surat laaa.

Aku bersikap begini kerana aku tak nak hubungan aku dan bakal suami akan bertitik noda di kemudian hari. Aku tak nak hubungan aku dicemari. Walaupun aku pernah menyukai seseorang sebelum suamiku tapi aku sedar diri dan aku jaga diri aku supaya aku tidak mudah melontarkan kata kata CINTA sebelum hubungan SERIUS diteruskan. Aku cuma menyimpan segalanya di dalam hati. Begitu juga buat mereka yang pernah jatuh cinta dengan aku. Aku tapis hubungan itu.

Aku tidak melayan hubungan yang sekadar SUKA SUKI dan TIDAK BERARAH.
Maksud TIDAK BERARAH ialah hubungan hoha hohi..yoya yoyi..yang tidak berakhir dengan ijab dan kabul. Pendekata macam hubungan muda mudi sekarang yang berpoya poyi ke sana ke mari lepas tu..TINGGAL..

Hubungan sekadar TOUCH n GO!

.
.
.
.
.
.
.
Sebaik Si DIA menyatakan hasrat untuk meneruskan hubungan dengan lebih serius, aku pun memberitahu ibubapaku. Mudah cerita, ibubapa aku suruh aku TENGOK ORANGNYA dulu. Ibunya juga suruh kami berdua berjumpa.
haha...
Part tukar gambar adalah PART pertama mengenali Dia.
Part kedua pula ialah berjumpa secara LIVE!
Part kedua paling BEST...
Bukan senang nak menengok orang yang TAK DIKENALI dan BERSETUJU untuk dijadikan suami!
Semua itu kenangan yang sentiasa mengukirkan senyuman di bibir.
.
.
.
PART ketiga..ialah berjumpa dengan SUAMI setelah dia benar benar BERNAMA suami!!
.
.
.
Ya..aku cuma berpeluang bercakap secara berdepan SEKALI sahaja dengan bakal suami sebelum DIA itu menjadi suamiku.
.
.
.
Adakah BERBALOI?
Worth it?
Okay ke?
Apa ke hal pulok?
Best ke macam tu?
.
.
.
.
.
.

Adakah worth it, berbaloi, okay, best kalau kita YOYA YOYI, HOHA HOHI, POYA POYI sana sini...tapi lepas tu orang yang kita YOYA YOYI, HOHA HOHI, POYA POYI tu langsung tak JADI suami kita?!


Lu pikir lah sendiri...

Dan jangan jadikan BUDAYA BERKAWAN YOYA YOYI, HOHA HOHI, POYA POYI...ni satu BUDAYA MELAYU.... TERUTAMANYA di kalangan anak anak aku.
Harap faham..


sekian.

Wednesday, December 28, 2011

Angan angan, angau angau dan cita cita..

Assalamualaikum,

Cik Eton memandang keluar tingkap.
Memerhatikan daun daun getah yang menari nari di tiup angin.
Fikirannya melayang entah ke mana.
Memikirkan angan angannya untuk ke luar negara.
Angan angan atau cita cita?

Harapannya cukup tinggi.
Cuma mungkin gawang tangannya tak tercapai anganan yang menggunung itu.

Dia mengalihkan pandangan. Melihat biasan diri dicermin.

" Rupa paras aku ni boleh tahan juga. Tapi siapa yang ndak?" bisik hati Cik Eton.

Cik Eton mengangaukan seorang jejaka tampan.
Jejaka idaman yang menjadi buruan gadis gadis lain.

Ahhhh...ANGAU oraang muda.

" Apakah jejaka itu sudi memandangku?" getusnya.


Haiiihh...musim musim orang MENDIRIKAN MASJID ni mesti ramai yang BERANGAN dan BERANGAU macam cik ETON.

Sian...kan kan kan??

Bila asek asek dok pergi kenduri kengkawan yang dirikan masjid tetapi diri sendiri tak masuk mana mana masjid..

hehehe..


Ish..itulah komer!
Jangan panjang sangat TERMENUNG tu.
Berangannnnnn jer...
Berangauuuuu...jer...

Orang kata kalau teringin nak dirikan masjid, kena rajin pergi masjid.
Baca doa banyak sikit.
Solat lebih sikit...
Kalau asek BERANGAN jer...
ANGIN jer yang banyak masuk.

Apa kata komer jengah kejap masjid ini. Idak ke lawa tu?

Ini lawatan khusus buat kami sempena mendirikan MASJID 22 TAHUN yang lalu!!
Uishhh...dah 22 tahun tau!


Mungkin ada yang berangan angan sebelum mendirkan masjid tu, pasangan kalau boleh nak dapat yang hensem hensem. Isteri pula nak dapat yang cun melecun.
Lepaih itu kalau nak buat rumah, nak dapatkan rumah yang besor besor.
Banglo sebijik ....ada 7, 8 bilik.

Buat pula tepi laut atau tepi sungai..

ehhhhh...BERANGAN le KO!!



Tak pun udah pasang angan angan MELANGIT nak dapat putera raja.
Boleh dok kat istana macam ni.
AIIIHhhhhhh....angan tak sudah weiiihhhaaaiii!!





......lantak le komer.


Aku dapat bang aji ghuper macam ini pun udah kira baguih.
Syukur Alhamdulillah...22 tahun ..jangan memain!
Walaupun masa mula aku kenai dengan dia, khorje tak ader.
Ghumah pun tak ader. Aper pun tak ader..
TAPI BAHAGIA!!
Bior le harta takder, tapi nengok anak riang gembira udah cukup membahagiakan aku dan bang Aji Spek Itamku.
Hehehe..Hepi anibeseri seri on the 25th December yang lalu, bang Aji!!

sekian

Peminat dari Taipei..

Assalamualaikum,

You all jangan ingat pembaca blogger yang tahu cakap Melayu ni semuanya orang Melayu.
Hehe..

Aku ada peminat dari Taipei..
.
.
.
Rajin ziarah blog aku!!

Klik gambar di bawah untuk lihat dengan lebih jelas..




On the other hand, ke dia ni beli komputer dan broadband CHOP TAIPEI kut?
.
.
.
sebab tu bila check in dalam INTERNET, jadi foreigner fasih MELAYU?

Ish ish ish...

keh keh keh....

PENYEKODENG!


sekian

Thursday, December 22, 2011

Wednesday, December 21, 2011

Orang lama..bahasa lama..

Assalamualaikum,

Masuk kedai buku masa cuti sekolah ni memang seronok cari buku.
Kalau beli novel, aku lebih suka cari novel pengarang orang dulu dulu.
Orang LAMA.

Novel cintan cintan ALAF 21??
BLUWEKKKKK...

Itu orang yang nak berkhayal ke dunia fantasi warna warni ..di kelilingi bidadari.

maap le...eden ni tak minat.

Aku lebih suka gaya orang dulu tulis cerpen atau puisi..

Khadijah Hashim
Fatimah Busu
A .Samad Ismail
Usman Awang

Buku ayah aku yang aku suka baca..
Masih tersimpan elok.

Kalau teliti cara orang lama menulis blog pun sungguh interesting.

Bahasa penuh berkias.
.
.
.
Tahu bahasa kiasan?

sekian

Mak..

Assalamualaikum,

Hari Ahad kelmarin mak aku dan seorang adik aku yang masih bujang jalan jalan.
Demer menyusuri adik aku si Oman sekeluarga.
.
.
.
Terbang...





Adik aku si Oman memang suka jalan jalan macam aku juga.
Mak aku pun.

Cuma kali ni kat tempat demer pergi tu tengah sejuk bonar.
.
.
.
.
Tapi sejuk tu tak sama macam kita yang ditimpa hujan petang petang ni.
Aku wonder mak seronok ke tidak rasa sejuk kat sana tu.
.
.
.
.
Aku harap dia seronok.
.
.
.
.
Pada semua yang ada mak, gembira kan lah hati mak kamu sementara dia masih ada.
Hati ibu ni mudah sayu dan jangan bebankan rasa sendunya itu.
.
.
.
Aku mak.
Aku tahu ler..

"Kalau komer jadi mak nanti, komer tahu ler!!"...kata kata yang selalu dicakapkan oleh mak aku.



sekian

Tuesday, December 20, 2011

Tatih

Assalamualaikum,

Danish terbongkok bongkok mengaji. Bacaannya sangkut sangkut macam enjin kereta volkswagen lama yang macam kura kura tu.

" Kalau mim ngan nun ada tanda sabdu macamana bacaannya, Danish?"

" Kena dengung " jawab Danish.

" Habis, kenapa ko kodukut sangat nak dengung? " aku tanya Danish semula.
Danish pandang aku terkebil kebil dan tersengeh sengeh. Dia tak jawab apa apa. Aku pandang muka anak murid aku dalam masa cuti sekolah ini.

Tiap tiap pagi sekira kira jam 8.30 pagi, Danish dan adiknya Dalina akan datang mengaji di rumah aku. Aku ingatkan masa musim cuti ni aku boleh rehat rehat tapi rupa rupanya nenek Si Danish awal awal lagi telah minta aku tolong ajarkan budak berdua ni mengaji. Aku pula tak tergamak nak menolak. Rasa macam dah jadi tanggungjawab pula bila dah selama ni memang kerja aku mengajar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

" Balik nanti saya kena cari guru yang boleh ajar tajwid. Boleh tolong dengar bacaan saya. Boleh tolong ajar anak anak dan keluarga saya. Bacaan saya teruk. Saya tahu. " In bisik bisik padaku suatu pagi.

"Selama ni kami sekeluarga memang jarang jarang nak baca Al quran. Kalau ada yang baca pun hanya anak anak. Itupun bukan di rumah kami tetapi di sekolah agamanya. Saya berazam untuk menghidupkab bacaan Al quran di rumah"


Aku tak berkata apa apa.
Dalam hati aku mengakui agak ramai bilangan jemaah yang masih merangkak rangkak ketika membaca Al quran. Tajwid tonggang langgang sekira kiranya lebih kurang macam bacaan Danish.
Itu baru sudut bacaan. Bukan lagi masuk sudut penghayatan isi kandungan Al quran.

Kalau dari sudut penghayatan isi kandungannya aku sendiri rasa lebih lompong. Rasa hina diri. Rasa jauh sangat dari hakikat Islam sebenar.
Dan tiba tiba aku rasa sayu yang teramat sangat..

Haihhh..sendu...

Sekian

Monday, December 19, 2011

Oh...

Assalamualaikum,

" Abahnya tak merokok. Tapi masalahnya...anak yang dah jadi perokok tegar."

Aku terkedu menelan air liur bila salah seorang teman sebilikku bersuara

Kami sebilik sedang menyuarakan rasa tidak puas hati kami tentang segelintir jemaah lelaki yang masih lagi berdegil merokok di kawasan bangunan tempat tinggal kami. Ianya cukup mengganggu para jemaah terutamanya bagi jemaah yang telah berusia dan berpenyakit. Bagi aku, memang mereka yang masih menghisap rokok ini tidak memikirkan hak orang lain.
" Bukan anak ko baru tingkatan 5, Fa? "
" Ya lah.. yang tingkatan 5 tu la. Tapi dia lah hero rumah tu. Dari darjah 4 lagi dah ngisap rokok, kak. Apa nak jadi pun tak tahu lah saya."

Terlopong aku sobontar.
Den macam tak percaya jer sebab den tengok dalam banyak banyak kawan den yang sebilik tu, si Fa inilah yang nampak paling warak.

" Budak tu memang nak menduga saya sejak kecil lagi, kak"

Aku terfikir fikir la kalau anak dia ni dah jadi perokok tegar semenjak umur 17 tahun lagi, dah nikotin penuh tepu dalam dada semenjak muda belia...kalau dah umur umur petang macam aku ni macam mana pula?
Gamaknya itulah sebabnya ada jemaah yang tak boleh nak diberi teguran ataupun nasihat biarpun berkali kali disuarakan oleh pemimbing bila dah sampai ke tanah suci Makkah...GAMAKNYA laa..

Tapi Allah Maha Mengetahui..
Allah juga Maha Mengasihani..

" Ko jangan putus asa, Fa. Terlanjur kita dah sampai di sini, ko kena doakan untuk dia. Jangan biarkan dia hanyut.."
Itu saja nasihat yang aku mampu beri pada teman sebilik aku yang juga merupakan seorang guru.

" Otak anak saya tu pandai, kak. Dalam pelajaran tak ada masalah besar. Tapi tang akhlak tu, saya memang dah rasa nak give up. Dah hard talk. Dah slow talk..Apa sebabnya pun saya tak tahu. Di mana silapnya pun saya tak nampak..Kadang kadang kita yang jadi cikgu ni rasa agak terkilan juga. Mendidik dan menasihat anak orang lain tapi anak sendiri..." tergantung ayat kawanku itu di situ.

Terdiam dia. Aku nampak matanya sudah mula bergenang dengan air mata.

Ya memang..kadang kadang lebih mudah mendidik anak orang berbanding anak sendiri.
Aku tahu rasa keterkilanannya itu.

" Baca Yassin tepi telinga dia masa dia tengah tidur..Ko pernah buat tak?" aku bertanya.

Dia senyum.

" Bila malam payah nak berjumpa dengan anak saya tu, kak. Merayap, menyelinap.."

" Adui..budak jaman sekarang!!"

" Ko bacer je la bila bila masa dia dah tidur..Tak kisah le malam atau siang. Kalau dia terjaga tengok kau baca Yassin sebelah dia tu lagi baguih.."

" Apasal kak?"

" Bagi dia gerun sikit...ko kata je la...Mak baca yassin ni sebab ada orang dah NAZAK. tak boleh nak dibuat apa dah..Kalau dia faham, faham la.."

Kawan aku tergolak besau.

" Biar bonau kak ni !"

Aku pun tergelak juga sambil teringatkan peristiwa suatu masa dulu aku pun pernah di baca Yassin oleh ibuku.
TAKKKKK...aku BUKAN MEROKOK!!
.
.
.
.
..
CUMA DEN NI ada penyakit!
PENYAKIT tak dongar kato!!!


sekian

Friday, December 16, 2011

Hendak seribu daya..

Assalamualaikum..

Tok Mah dan Mak Didik adalah dua nendaku yang aku kenal semenjak kecil lagi.

Tok Mah adalah bonda tiri kepada ayahandaku. Bonda kandung ayahandaku telah meninggal dunia sewaktu ayahandaku berumur sekitar belasan tahun. Jadi aku hanya kenali Tok Mah sebagai nenda sebelah ayahandaku. Tok Mah lah yang menyambut kelahiranku sewaktu aku dilahirkan di rumah datuk sebelah ayahandaku.

Mak didik pula adalah nenda sebelah ibuku. Dia lebih mesra dipanggil MAK DIDIK. Asal usul kenapa dipanggil begitu, aku pun tidak tahu. Yang aku tahu, mak didik cukup gigih mengharungi kehidupannya sebagai ibu tunggal semenjak berumur 40 an lagi. Membesarkan 10 orang anak dalam kehidupan yang cukup susah. Memikul tanggungjawab dalam keadaan yang serba tiada.

Tok Mah, bagiku lebih bertuah berbanding mak didik.
Tanah dan harta peninggalan arwah datuk ku serta arwah suaminya yang sebelum itu agak banyak jadi Tok Mah lebih berharta jika dibandingkan dengan Mak Didik.
Seingat aku Tok Mah juga bernasib baik kerana anak anak dengan suaminya sebelum datukku lebih 'MENJADI' dan kehidupannya lebih selesa selepas ketiadaan datukku walaupun pekerjaan utamanya ialah mengerjakan sawah sahaja.

Mak didik pula agak kurang bernasib baik. Kesusahan hidup dan tidak berharta ditambahkan lagi dengan anak anak yatim yang terpaksa dijaganya begitu menyulitkan keadaan.

Biar bagaimanapun keadaan kehidupan kedua dua nendaku ini, akhirnya sampai juga mereka ke tanah suci Makkah.

Tok Mah sudah tiada.
Begitu juga dengan Mak Didik.

Pemergian Tok Mah ke tanah suci Makkah rupa rupanya sekaligus mengakhiri perjalanan hidupnya. Tok Mah pergi ke Makkah dalam tahun 1982 semasa aku di dalam tingkatan 3. Dia sihat walafiat sewaktu itu tetapi Allah lebih Maha Mengetahui ke atas sesuatu perkara lantas dijemput Tok Mah terus mengadapNya sewaktu Tok Mah masih berada di Madinah.

Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda :-
"Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah)". Hadis riwayat Muslim.


Moga moga beruntunglah Tok Mah ku itu...InsyaAllah.

Kehidupan Mak Didik di dunia ini juga telah berakhir.
Biarpun mengharungi kehidupan yang kurang selesa namun rezeki untuknya ke Makkah tetap ada.
Kadang kadang aku kagum dengan Mak Didik. Biarpun miskin dan buta huruf tapi masih berusaha untuk berdikit dikit menyimpan duit untuk menjadi tetamu Allah. Akhirnya dia dapat menjadi tetamuNya sekitar pertengahan tahun 1980an.
Pekerjaannya hanya menoreh getah, membela ayam dan kambing, menjual hasil kampung seperti buah limau nipis, tempoyak dan durian. Dan dengan duit hasil titik peluhnya itulah yang membawanya menyahut panggilan Allah ke tanah suci.

Hmmm..

Wahai teman..lihat diri kita.
Kita mempunyai kehidupan yang selesa.
Rumah besar.
Ada kereta.
Kemudahan sana sini.
Sudahkah kita redho dengan apa yang ada?
.
.
.
.
Benarkah kita berusaha bersungguh sungguh untuk menjadi TETAMUNYA?
Melengkapkan diri dengan rukun ISLAM ke 5?
.
.
.
hendak seribu daya...


sekian

Jemuat..

Assalamualaikum,

JEMUAT?

Gabungan perkataan baru JEMU JUMAAT!
.
.
.
.
atau
.
.
.
.
boleh jadi juga JEMUR JUMAAT!


" Hida tak merasa berjemur kat atas bumbung Masjid. Cuba kena sekali, baru tau panas atau tak"

" Rasa macam air dalam seluruh badan kena sedut"

" Dari jam 11.30 am sampai 2.00 pm "

" Masa matahari tepat atas kepala...baru teringat betapa ngerinya di padang Mahsyar kelak "

Itu cakap cakap orang yang kena solat Jumaat.
Itu cakap cakap orang yang terpaksa mengharungi jutaan jemaah untuk ke Masjidilharam sewaktu minggu minggu terakhir ke hari wukuf.

Oh..Mengutip pahala 100,000 rupanya tidak semudah yang disangka.

Kalau kat Malaysia, jam 11 pagi, ada yang masih nguap nguap atas katil.


Amboooiii...mak ayah dia ni tak ajar MENGUAP KENA TUTUP MULUT ker?
meh sini cikgi ni ajar..


sekian

Wednesday, December 14, 2011

Kita rehat dulu...

Assalamualaikum,

" Lehat dulu, lehat dulu!" laung peniaga peniaga di BAZAAR/ kedai sepanjang perjalanan aku dan suami dari Hotel Dar Janadriyah ke Masjidilharam.

Hotel kami terletak kira kira 850 meters dari pintu masuk masjid.
Perjalanan pergi balik dari hotel yang berlokasi di atas bukit itu terasa agak meletihkan.

'Hiburan' kami untuk menghilangkan letih semasa berjalan balik mungkin hanyalah laungan peniaga peniaga Bangladesh yang mencari rezeki di kedai kepunyaan Towkey ARAB ini.

" Murah, murah..sipuloh riyal, sipuloh riyal, lima riyal..murah murah..cantik cantik..Malaysia bagooossss "

Tapi aku tahu..yang SIPULOH RIYAL, lima Riyal tu barangannya sedikit sangat dan laungan laungan itu cuma DAYA PENARIK ke kedai mereka.
.
.
.
.

YA laa..siapa nak JAJA kat KAKI LIMA BARANG yang MAHAL! Iya Tak?


Apa apa pun kita LEHAT dulu LEHAT dulu...

jangan tomonung dan bermalas malasan cam badak kat bawah ni!!


atau membungkus dalam selimut macam KELAWAU ni..



Cuba cuba la lihat sekeliling..tinjau ke dapur tu..
boleh berasap ke tidak macam dapur Kakpah..hehe



Buat STEAK SELADANG ke...kan??



Aik?!!! anak sapo nih..babai babai cam gini?


hati hati nak wei...cuba tengok kat bawah tu ada aper?







Gajah ni takleh naik dah kat Zoo Melaka. Tahun 2006 masa last time pergi ada Elephant RIDE. SEKARANG dah penuh semak jer tempat tu.



Hmmm...kat Zoo tu ada tasik sebelahnya. Tapi malangnya tak dapat jumpa pula orang yang bernama TASEK.
sekian

Tuesday, December 13, 2011

Angry bird

Assalamualaikum,

Aku tak tahu ANGRY BIRD tu apa..
Sehingga lah kawan aku bagitau ianya satu GAME dalam INTERNET.
.
.
.
ooohhh...

patut pun.

GAME GAME cam gini dah way PASTTTTT my time!





p/s
seorang ibu mengejar anak yang dok bawa lari belon ANGRY BIRD!
Anaknya nak joint 'gerombolan' anak beranak kami.

smile

Friday, December 09, 2011

Lu siapa??

Assalamualaikum,

" Lu siapa nak suruh gua sembahyang sembahyang ni. Mak bapak gua pun tarak ambik kisah gua mau sembahyang ka, tak mau sembahyang ka..Lu apa peduli ?!"

Jawapan sebegini mungkin adalah jawapan yang pernah anda berikan kepada mereka yang mengajak anda bersolat bersama.
Jawapan seumpama ini juga mungkin pernah ada dengar ketika anda mengajak kawan kawan di sekeliling anda untuk solat.
Jawapan seakan akan ini juga mungkin akan anda perolehi ketika berada di kampung bersama saudara mara atau ketika anda berada di pejabat bersama teman teman sekerja atau ketika anda berada di pasaraya membeli belah dengan teman teman 'kaki shopping'!!

Mungkin jawapan yang diberikan tidak sekasar yang di atas itu tapi maksudnya tetap sama.
Orang yang anda ajak untuk menunaikan solat enggan melakukannya bersama.

Dalam satu majalah Solusi terkandung satu petua :- " Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solatnya"

Orang Islam yang ingin memperbaiki diri, perlu baiki hati dan mulakan dengan memperbaiki solat.

" Solat itu adalah tiang agama"
" Solat dapat mencegah diri daripada melakukan kemungkaran"

Perbaiki solat bermaksud teliti semula bagaimana kita bersolat.
Adakah kita fahami atau tidak falsafah solat itu?
Kenapa disuruh menutup aurat ketika bersolat?
Kenapa kita wajib berwudu' terlebih dahulu?
Kenapa kita mesti menyucikan diri tanpa hadas kecil atau hadas besar?
Kenapa solat tidak boleh didirikan sekiranya tempat bernajis?
Apa bacaan yang perlu dibaca ketika solat?
Cukupkah kefahaman kita tentang bacaan yang dibaca?
Kyusukkah kita?
Kenapa perlunya solat sunnat ditunaikan?
Kenapa perlunya kita melakukan solat secara berjemaah?
Kenapa perlunya kita menunaikan solat menepati waktu, tidak bertangguh tangguh?

Wuisssshh...berapa banyak soalan yang bermain di kepala hanya berkitar pada rukun Islam yang kedua ini!!

Nampak macam bodohkan bila soalan soalan begini datang bertubi tubi?

ALAHAI..nak solat, solat je la..Apahal pulak nak tanya tanya soklan..

Dahhhhh...kata tadi nak khusyuk.
Kata tadi nak berubah jadi baik....
Kata tadi nak mencari redha Allah...

Bukankah solat TIANG AGAMA?
Bukankah solat dapat mencegah diri dari kemungkaran?
Bukankah solat juga ADALAH AKTIVITI yang dilakukan ketika mana kita berada di mana mana saja sebaik diseru laungan AZAN?

BUKANKAH ITU JUGA CARA KITA MENJAWAB atau MENYAHUT PANGGILAN ILAHI???

Ingatlah bahawasanya ALLAH memanggil kita dalam 3 panggilan.
1. untuk menunaikan solat
2. untuk menunaikan haji
3. untuk menghadapnya nanti....dan ketika itu roh akan meninggalkan jasad.


sahutlah dengan syahdu panggilan PERTAMANYA itu.
sahutlah dengan hati yang tenang.
sahutlah dengan hati yang terbuka.
.
.
.
dan bergembiralah jika anda sudah dapat menunaikan FARDHU SOLAT secara sempurna!!

Anda telah bersama sama mendirikan agama dengan menegakkan TIANGNYA. Alhamdulillah...

sekian

Wednesday, December 07, 2011

Balik kepada asas..




Assalamualaikum,

Seorang petani ingin menanam sepohon pokok rambutan di kebunnya.
Dia akan meninjau keadaan tanah kebunnya.
Dia akan menyelidiki terlebih dulu keadaan tanah tanih di kebunnya.
Satu keperluan untuk menyelidiki dan mengetahui keadaan tanah tanih kerana pengetahuan ini akan berupaya menghasilkan pokok rambutan yang subur dan mengeluarkan buah yang baik.
Untuk menghasilkan pohon yang baik maka tanah mesti subur dan bergaram galian yang sesuai, perlu ada air dan saliran yang baik, perlu ada cahaya matahari yang mencukupi.
Pendekata, penghasilan yang baik memerlukan asas yang baik.

Menjana model insan..beerti cuba menghasilkan insan insan yang berakhlak mulia yang dapat menggunakan akal fikiran yang baik dan dapat menapis perkara perkara yang buruk.

Manusia ada akal tapi ramai yang tidak dapat menggunakannya dengan baik lantas sering melakukan perkara mungkar dengan sewenang wenangnya. Membunuh, mencuri, minum arak, berzina, berfoya foya...dan adakalanya berperangai lebih buruk dari binatang dan ini bukannya seorang manusia yang layak dipanggil INSAN sebaliknya hanyalah layak dilabelkan sebagai ANNAS - satu bentuk manusia yang berakal tapi tidak dapat membezakan antara perkara yang dilarang Allah dan perkara yang disuruh Allah.

Walaupun kedua dua perkataan ini yakni INSAN dan NAS bermaksud manusia tetapi terdapat perbezaan yang cukup besar di antara keduanya. Dan hanya PENGHIJRAHAN yang dapat membezakan di antara dua kelompok manusia INSAN dengan manusia NAS.

Sekiranya seorang pemuda Mu'min inginkan keturunannya menjadi manusia yang bergelar INSAN, dia tidak akan sewenang wenangnya memilih pasangan hidupnya secara semborono. Dan seorang pemudi Mu'minah juga tidak semudahnya menerima sebarangan orang untuk memimpinnya dalam melayari bahtera rumahtangga.

Seorang pemuda yang baik pastinya mengharapkan pasangannya nanti dapat menjaga anak anak dari benihnya agar terus menerus memiliki akhlak yang mulia sekaligus membentuk manusia yang bergelar INSAN. Anak yang menjadi model INSAN ini dikandung, disusui, dipelihara, dididik, dibelai oleh pasangannya agar nanti segala tanggungjawab itu tidak dipersoalkan dan dituntut di akhirat kelak.

Soalnya sekarang apakah diri kita ini sudah menjanakan diri sendiri, diri keluarga, diri masyarakat untuk menjadi MODEL INSAN?

Betapa ramai pemuda di luar sana yang mengambil isteri dengan hanya melihat dari satu sudut kategori saja yakni KECANTIKAN LUARAN lantas selalu alpa untuk menyelidiki KECANTIKAN DALAM. Perangai buruk bakal isteri selalu diabaikan. Akhlak yang tidak senonoh diketepikan dahulu kerana menyangkakan pasangannya nanti dapat dibentuk di kemudian hari. Tapi didikan dan tarbiyyah dari si suami rupa rupanya hanya sebuah impian yang tidak kesampaian dek kerana si suami juga kesibukan mengejar habuan untuk dunia.

Rumahtangga yang diharapkan menjana MODEL INSAN hanya tinggal harapan. Isteri tidak terdidik. Anak tidak terjaga malah betapa ramai ibu ibu hari ini yang lebih mengutamakan jagaan kecantikan bentuk badan untuk dipamerkan pada 'ayah ayah' anak lain dari ayah anak sendiri!
Betapa ramai juga isteri isteri yang keluar rumah dalam keadaan menghairahkan suami orang lain dari menaikkan syahwat suami sendiri!
Alangkah malunya bila si suami seakan redho dengan si isteri yang berakhlak seperti MODEL ber'jenama dan berlabel' ini.
Bayangkan MODEL KELUARGA sebagaimanakah yang akan dijanakan oleh pasangan seperti ini?

Mungkin entri ini kelihatan begitu menghiris hati tapi bagiku tidak terlambat untuk mana mana individu atau pasangan suami isteri atau keluarga untuk sama sama BERHIJRAH. Bagiku perkara asas sebegini perlu diketahui oleh setiap manusia yang ingin bergelar INSAN...dan pengHIJRAHAN satu satunya tuntutan untuk itu. Moga PENGHIJRAHAN akan membuatkan diri dan jiwa merasa lebih tenteram dan tenang terutamanya jika ingin dijemput menjadi TETAMU ALLAH.

sekian