Monday, August 15, 2011

Jadual..

Assalam,

Februari hingga June aku dah menuruti kursus yang disediakan. Ponteng 2 kali.
Kemudian 2nd July demer suruh buat pemeriksaan kesihatan. Okay. Alhamdulillah..
Dalam bulan July itu juga dah pergi ke Masjid penjara Kajang. Kursus Intensif.
Sebelum puasa, di akhir July, Tabung Haji suruh serah passport Antarabangsa.
.
.
.
.
Sekarang aku melalui ibadah puasa..
macam macam perkara yang aku fikir.
.
.
.
.
pergi ni tak balik balik dah ker..
Kalau tak balik, dah ada wasiat?
Kalau tak balik, dah cukup amal?
Kalau tak balik, dah bersedia mengadap PENCIPTA?
.
.
.
bersedia atau tidak, kalau dah dipanggil 'semula'...PASRAH!

cepat cepat aku istighfar...

hmmm...puasa ni terasa aku sangat KERDIL
dan terasa aku diperhatikan olehNYA.
Aku mengharap, aku berada dalam keredho anNya..
.
.
dan aku tidak sabar untuk menjadi TETAMU TERPILIHnya.
.
.
.
ohhhh...Ya Allah
Permudahkanlah segala urusan buatku serta suamiku dan keluargaku yang ditinggalkan di tanahair...



p/s
Syawal ini dijangka akan menerima surat jadual penerbangan dan penempatan di sana, InsyaAllah.

sekian

4 comments:

ibundo said...

selalu gak terpikir cam tu. Tapi bila sampai sana nanti jangan terlalu pikirkan yang kita tinggalkan di sini. Insyaallah ada orang yang uruskan. Bila dah selesai haji barulah kau nak pikirkan dorang ni. bukan tak boleh pikir langsung tapi jangan sampai pikir-pikir tu boleh terlalai yang sepatutnya.
camtulah..
jangan lupa katamkan quran paling kurang 2 kali.
ish.. aku pulak yang dah tak sabar-sabar nak pegi ni.

mama azfar said...

Mudah2an semuanya berjalan lancar & mendapat haji yg mabrur...Aminn! :)

ASH said...

Kak pah,
nak khatam quran dua kali?..semangat tu...
kalau tak COTI 7 hari mungkin buleh...
Ini cuti WAJIB masih diberi ALLAH!!

mama Azfar,
insya Allah sis..tolong doakan!

DrSam said...

Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan Insyaallah akan menjadi tetamu Allah akhirnya.