Tuesday, May 18, 2010

Tak perrrr...

Salam,

Tadika Aulad masih tak membuat Sambutan Hari Gurunya...

Semalam kebanyakan sekolah samada sekolah rendah atau menengah merayakan hari guru di sekolah masing masing.
Kawan baik aku seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah lelaki mengadu padaku, " Aku tak dapat hadiah barang seketoi pun dari anak murid aku. Kut ada pun dapat cekelat...TU PUN DARI KANTIN sekolah!!. Hang dapat hadiah dari anak murid tak?"

Soalan itu ditanya pada hari Ahad di mana dia sedang melihat anak anak muridnya memainkan lagu di atas pentas. Di tempatnya hari Ahad adalah hari persekolahan.

Maka aku pun menjawab smsnya, " AHAD TAK SEKOLAH laaa kat sini..Tunggu esok!!"

Semalam...jeng jeng jeng..pepagi lagi aku disambut denan muka berseri anak anak muridku yang ingin memberikan itu dan ini...
Ada yang merasa sedih kerana tidak memberikan aku apa apa...Tak perrrrr..cikgu tak kisah!!
Dan mak mak pun mula bertanya bila perayaan Hari Guru di tadika kami.

Hari ini pula, PUAN PENGETUA telah menyiapkan surat pekeliling untuk dihantar pada ibubapa..1) Menyatakan hari guru disambut pada Jumaat ini 21hb Me1 2010
2) Ibubapa tidak dipaksa menghantar juadah...tapi kalau nak beri, diterima dengan hati terbuka..( hehehehehe)
3) Ibubapa tidak perlu BERSUSAH PAYAH mencari hadiah untuk para guru ( BETOI BETOI BETOI!!! )

.
.
apa apa pun hari ni aku terima hadiah kat bawah ni..
Ish...susah susah ajerr mak ayah budak budak ni!!

.......malu malu cikgu nak terima!!
Terima kasih daun keladi..ekkkk..

sekian

13 comments:

Nizam.Ariff said...

Hah? Nak pengat Keladi?... share.. hahaha

kucingorengemok said...

teringat ada cikgu pernah dapat 1 cawan dan 1 piring cantik dari anak murid dia (yang bukan orang senang)... silap² dia ambik mak dia punya nak kasi cikgu!

ASH said...

Nizam,
sedap tuh pengat keladi...ko masak ker?

KOG,
nasib la mak tu..
jangan dia ambik baju mak dia sudah..kasi cikgu!

anjang said...

Budaya mengahrgai guru perlu diteruskan

tasekM said...

aku nk pinjam brooch!



.

ASH said...

Anjang,
YEAHHHH..benarrr sekali dong!

TM,
sila isi borang application menjadi cikgu TADIKA!!
hahahaha
tak yah pinjam..
akan dapat sendiri..

ASH said...

Anjang,
YEAHHHH..benarrr sekali dong!

TM,
sila isi borang application menjadi cikgu TADIKA!!
hahahaha
tak yah pinjam..
akan dapat sendiri..

lukmanw@gmail.com said...

Isk, isk....

Org rumah saya seorg tu pun byk dpt hadiah dari anak murid tabikanya.

Iks,iks.....

Saya satu pun tak dapat!

Iks, iks ......

Lukmanw

DrSam said...

saya pun ada cerita haru dan kelakar dari anak ke-3. Kami dah beli hadiah untuk Ustaz dan sepatutnya diberi pada hari Isnin, tapi bila diberitahu hari guru sekolah akan disambut pada hari lain dia tak beri hadiah tersebut pada ustaz. bila hari guru itu disambut dan hadiah hendak diberi, ustaz tu pun dah pindah sekolah...waaaaaaa....

Selamat hari guru kepada guru-guru yang berdedikasi. Tiada terbalas segala bakti dan jasa. Semoga mendapat keredhaan dariNya.

ASH said...

dr sam,
hasrat yang baik tak buleh tangguh tangguh...hehehe
siannn...
namun keikhlasan hati orang yang nak beri hadiah tu yang penting..

ASH said...

dr sam,
hasrat yang baik tak buleh tangguh tangguh...hehehe
siannn...
namun keikhlasan hati orang yang nak beri hadiah tu yang penting..

ASH said...
This comment has been removed by the author.
lupekanje said...

saper la nk bagi acik adiah...
errr...ader sikgu nk balik dri obersi offer nk belikan acik adiah...tpi acik jual mahal...boley...ekekekke..

*dia bukan offer nk belikan adiah..tpi offer nk belikan apa2 yg acik nk kirim....adeyyhh...tk per la...smua acik dah ada kat rumah ni....sukupla...Alhamdulillah...hehe