Sunday, April 22, 2012

Sesekali meracau ketika mengigau..

Assalamualaikum,

Ada satu kuliah pengajian aku dengark masa lepas zohor kat Masjid Jame' KL.
Seorang Ustaz atau pemberi kuliah dok peringat orang pompuan yang suka sangat shopping sampai solat zohor di akhir waktu ....solat zohor dah dekat dekat nak masuk Asar.
Kiranya waktu dah nak luput baru kelam kabut solat.
Ustaz tu habark dan ambik contoh surau WANITA kat SOGO. ( * Iye SOGOOOO antara tempat lumba jalan kaki dan tempat penawar/n hati ramai teman teman wanita sedara tuuuuu.*.)

Kata tuan penceramah bila dah dekat dekat waktu Asar baru nampak ramai orang pompuan kelam kabut masuk surau..
Bukan nak tunggu solat Asar tapi BARU NAK SOLAT ZOHOR...

Hmmm......USTAZ ooooo USTAZ,
memang aku SANGAT SOKONG. Orang pompuan PATUT ditegur dan diperingatkan...

Tapi  sepertimana peringatan kepada WANITA WANITA yang bersurunok surunok di shopping KOMPLEKS itu, SEPATUTNYA juga orang lelaki diperingatkan atau ditegurkan supaya tidak melengah lengahkan SOLAT ZOHOR/ASAR atas alasan nak TERUS BER MESYUARAT atau BERBINCANG atau BERDISKUSI  atau BERJUMPA CLIENT atau BERMAIN GOLF, atau BERPROGRAM BISNES atau APA APA ALASAN je laaa..sehingga kadang kadang  ZOHOR di akhir waktu..kadang solat ASAR dah nak MASUK maghrib..
SAMA jer kekdahnya...

BANYAK le ALASAN!!

Kadang ustaz ustaz ni nampak geng pompuan je...yang orang lelaki dok berkeliaran tak solat Jumaat tu takder le sapa nak perambat...errr...kecuali Ustazah aku masa kat sekolah dulu la..
Ligan boys kat hostel depa bila CUBA PONTENG Jumaat!

hehehe...

Kadang kadang rasa macam nak jadi berani macam Ustazah aku tu...berkobar kobar juga rasa nak menyound jer demer demer ( pemuda, jejaka, BAPAK BAPAK ) yang releks bebenor sembang sembang...makan makan time solat JUMAAT....
ADA BERANI?!!

Kita nak kena ingatkan juga "pemuda harapan agama, bapak bapak pemimpin keluarga"....( orang pompuan ni kan patut diPIMPIN?..ker gena?? ...)

AKU dah jadi macam USTAZAH PILIHAN berdebat ngan IMAM MUDA pulok.....
hahaha

..........* dah demer susah susah buat program IMAM MUDA dan USTAZAH PILIHAN, demer suruh gadoh gadoh pulak kan???? kan??? kan??? ishhhhhh...*

*........aparahhhhhh *



sekian


3 comments:

tasekM said...

kan....

dh jadi gelanggang bergaduh.
ustat riduan jd pengadil.

kehkeh.

.

Gurindam Jiwa said...

Tu lah... kalau saya pergi peghambat, saya pulak tak sembahyang Jumaat. Cam ner tuh?

zafi said...

wahhhh vote2