Thursday, April 05, 2012

Muntahan cinta..( diadaptasikan dari satu pengalaman )

Assalamualaikum,

" Nen dah makan ke belum? " abah bertanya.
" Tak nak .."
" Kalau tak makan nanti sakit perut " abah pujuk.

Abah pujuk Nen untuk makan nasi.
Abah janji nak beli air oren leminet kalau Nen makan nasi lauk telur goreng kicap.
Nen tak nak makan juga.

Semalam Nen hanya minum air. Tapi Nen muntahkan semula.
Tengah tengah malam Nen terjaga dari tidur.
Nen terasa sangat haus.
Nen bangun dan pergi ke peti ais.
Ada air sejuk dalam botol F&N.
Nen gogok air sejuk dari botol F&N tu. Habis satu botol Nen gogok.

Lepas itu Nen terasa sangat melugai.
Nen muntahkan air sejuk yang digogoknya.
Satu besen air muntah.
Dan Nen perasan bukan hanya air sejuk.
Ada cacing sepanjang enam inci.
Nen geli tengok cacing itu.

Bila bangun tidur pagi ini badan Nen terasa sangat panas.
Nen merengek rengek minta di jeram.
Mak di dapur.
Abah dah ke sekolah.
Orang lain juga semua sudah ke sekolah.

Mak dengar rengetan Nen.

" Kenapa Nen?" kelui mak dari dapur.
" Badan panas...nak jeram "

Mak datang bawa sebesen kecil air di tangan. Mak juga sangkuk tuala kecil di bahu.
Mak celup tuala kecil 'Good Morning' dalam air.
Mak lap badan Nen yang kurus kering dengan tuala basah.

" Panas nya....Haih...nanti kamu pergi klinik dengan abah tau"
" Tak nak" Nen degil.

Nen takut Misi cucuk bontot dengan jarum.

" Abah kamu bawa. Nak baik demam kena pergi klinik. Jumpa doktor"
" Tak nak "

Nen tahu sangat lepas jumpa doktor, kena makan ubat.
Nen tak suka makan ubat.
Ubat pahit.





'Kling..kling..kling'

Bunyi loceng basikal Abah.
Sudah tengahari. Abah dah balik sekolah.

Abah makan, mandi dan solat.

Nen masih terbaring.

Abah datang dekat Nen.
Bawa sepinggan nasi berlauk telur kicap.

" Meh makan"

Nen geleng geleng kepala.
Abah janji nak beli air oren leminet kalau Nen makan.

Lalu Nen bangun. Pelan pelan. Makan nasi dua tiga suap.
Nen tolak pinggan.
Nasi masih berlambak. Telur kicap ada separuh.

" Dah..."

Nen nak air. Nen teguk air dua gelas.
Lepas itu Nen nak baring semula.

" Kita pergi klinik" abah bersuara.

Abah dukung Nen. Nen meronta ronta sedikit. Tapi badan Nen yang kurus kering itu terasa sangat lemah.
Abah dukung Nen sebelah bahu kiri.
Abah capai basikal.
Abah pegang basikal dengan sebelah tangan lagi.
Abah kayuh pelan pelan sambil dukung Nen.

Matahari terik. Nen terasa sangat lemah.
Abah cakap Nen kena pergi klinik. Jumpa doktor.
Abah cakap sambil kayuh basikal.

Nen tak peduli apa Abah cakap.
Nen tak peduli samada doktor nak paksa makan ubat atau tidak.

Perut Nen melugai lagi.

" Nak muntah..." Nen cakap. Suara Nen perlahan.
" Apa??" tanya abah.

" Nak......" Uwekkkkkk....

Nen muntah atas bahu abah.
Selambak...
Nasi telur kicap bercampur air sejuk...dan cacing lagi.
.
.
.
Baju abah kuyup bermandi kan hanyir muntah Nen.
Abah sengih sengih bila tiba di klinik.
Sengih abah tanda cinta....
Senyum abah tanda kasih....


sekian

6 comments:

Aku said...

ada cacing?

mana datangnya cacing tu?

ASH said...

Semua orang ada cacing dalam perut.
Tinggal lagi banyak atau tidak jer..
.
.
.
.
tapi kalau muntah keluar cacing tu, maka udah serius ler tu..

Encik H said...

saya kan, saya suka baca apa yg aunty taip..sebab perasaan masa baca tu buat saya rasa nak bukak kamus..saya suka baca perkataan2 unik yang jarang orang guna..

gogok tu saya tau..tapi melungai tu saya kena google dulu..:D

ASH said...

Penulis Misteri dah jadi Encik H?
.
.
.
Melugai = meloya, rasa nak muntah..

Encik H said...

dah tukar....:p

zafi said...

suke naratif cerita... :)