Sunday, January 19, 2014

Senyumlah anak anak muridku..

Assalamualaikum,

Terpanggil untuk menulis hari ini.
Bukan tidak mahu tapi sibuk melayani karenah anak anak.
Telah ada lapan semuanya di sisi apabila pulangnya anak sulungku dari Sabah kerana cuti semester.

Lapan?
Tidak, anakkku sembilan kesemuanya.
Alhamdulillah..

Seorang lagi?....nun masih berkelana di bumi Morocco.
Dengar khabarnya telah pergi bercuti ke Marakesh untuk menikmati musim sejuk.
Aaaah!!
Entah bila pula aku akan menjejaki bumi Morocco.
I will, InsyaAllah...someday.

Berbalik kepada kehidupan aku di bumi Malaysia.
Tahun baru, tempat baru...namun tadikanya telah lama ujud semenjak 20 tahun yang lalu.
Aulad Center.

Akhirnya, aku berjaya di tempatkan ke Aulad Center dan kembali mengajar anak anak 5 tahun.
Enam belas orang kesemuanya mereka di kelasku.
Ada hampir lima puluh orang pelajar 5 tahun dan dibahagikan kepada 3 kelas.
Alhamdulillah...
Di dalam kelas Jannatul Khuldi ini,  terdapat 7 pelajar lelaki dan 9 pelajar perempuan.
Hampir seimbang.

3 pelajar yang telah pandai menulis nama sendiri.
3 lagi telah mulai pandai setelah belajar dalam masa seminggu.
3 lagi masih salah mengeja tapi telah nampak riak riak akan pandai beberapa minggu lagi.
Selebihnya masih baru belajar memegang pensel dan mengenal huruf.
Jadi lebih kurang 7 orang anak anak yang masih tidak mengenal dunia alphabet dan perlu diperkenalkan kepada mereka serta diajar sehingga mereka celik huruf.

SUKAR?

Tiada jalan sukar yang tidak dapat diatasi.
Dunia ini bukankah tempat kita diberi peluang itu?
Peluang untuk belajar dan mengajar serta menghadapi cabaran.
Ianya peluang untuk mengumpul pahala bagi yang mengajar dan belajar.
Belajar itu nikmat...dan mengajar itu rahmat.

Anak anak muridku,
Tadika bukan tempat kamu menyiksa diri.
tetapi tempat kamu mengembangkan otak dan dunia kamu..
Di sinilah permulaannya..

Oleh itu senyum dan mari kembara bersama cikgu....


 sekian







3 comments:

nurul hatiqah said...

Salam akak can i have your email to contact you? i came across your entry pasal your friend keje buat gigi palsu before. If possible i nak try contact your friend regarding my final year project in dentistry. Harap sangat.. Here my email nurul_hatiqah@yahoo.com.my

zafi said...

baik... senyum :)

ASH said...

Lama tak muncul kan Zafi.. Dah balik malaysia ke belum?