Thursday, June 13, 2013

Dunia ini pinjaman..

Assalamualaikum,

Hampir sebulan sudah Sue meninggalkan dunia ini.
Sue, rakan sebayaku yang pernah tinggal satu bilik di dorm PL di sekolah menengah. Rakanku itu telah lama terlantar sakit. Diuruskan sendiri oleh anak anaknya yang delapan orang itu.

Bayangkan anak anak yang semuanya masih dibangku persekolahan. Menguruskan diri, rumah, kegiatan sekolah dan seorang ibu yang lumpuh sesama mereka. Tiada pertolongan dari pembantu rumah. Sekadar seorang nenek yang berusia akhir 60 an dan telah pun pergi menemui Penciptanya setahun yang lalu.

Hebat anak anak ini..

Biarpun dilihat terpaksa bertanggungjawab memikul tugas berat itu namun mereka berupaya mengharunginya dengan tabah. Kehidupan mereka mungkin tidak punyai lawatan sana sini , perkelahan situ dan sinun namun mereka mempunyai kekuatan jiwa yang mantap dan lebih cekal berbanding rakan rakan yang seusia dengan mereka.

Aku kagum dengan dua anak pertamanya.

Dalam kemelut dan kepayahan menjaga ibu yang lumpuh, kedua mereka berjaya nenempatkan diri di kolej perubatan UIA dan Universiti Malaya.

Aku difahamkan kedua dua mereka mendapat A penuh dalam semua matapelajaran dengan pencapaian cgpa 4 flat sebelum memasuki kolej kolej tersebut.

Aku harap mereka terus menerus memperolehi gred yang baik meskipun susuk tubuh badan ibu mereka sudah tiada lagi di sisi mereka.

Betapa kehadiran susuk tubuh bonda mereka sungguh beerti buat mereka meskipun kawanku itu lumpuh sepenuhnya dan tidak berupaya melakukan apa jua pekerjaan hatta menyuap nasi ke mulut sendiri.
Namun dari renungan matanya dapat menyatakan rasa kasih dan sayang sehingga memberi semangat yang jitu kepada anak anaknya.

Duhai anak anak Sue,
jangan ditangisi bonda kalian yang telah pergi. Sudah resam seorang hamba begitu. Akan tiba masanya kita bertemu pencipta....kerana kita hamba...dan dunia ini hanyalah sementara.

Sekian

3 comments:

zafi said...

Al fatihah. :( Touched!

ibundo said...

Al fatihah buat dia. Kita juga akan pergi tak tau bila. Aku sekarang ni selalu je pikir yang bukan2.

Lelaki said...

al fatihah.