Thursday, July 05, 2012

Budak bandar..

Assalamualaikum,


Semasa kecil dulu, aku sering menunggu nunggu musim buah buahan di kampung halamanku. Oleh kerana rumah aku terletak di tanah dusun pusaka dari datukku maka terdapat pelbagai jenis pokok buah buahan yang akan berbuah semasa musimnya.

Durian, rambutan, cempedak, manggis yang ditanam oleh datuk....tidak temasuk pokok jambu air, ciku, limau manis, mangga, nangka, sukun, dokong, langsat dan pisang yang ditanam oleh ayah dan ayah saudaraku.

Sebagai kanak kanak yang membesar di kampung, aku tidak perlu diajar untuk mengenali rupa bentuk durian, rasa manis rambutan, harum wangi cempedak dan  kilauan warna buah manggis. Semua buah buahan ini seolah olah sebati dengan diri budak kampung.

Aku masih terbayang isi buah durian yang cantik menguning dimakan sebagai sarapan pagi bersama pulut dan santan. Aku juga masih terasa kemanisan buah rambutan yang merah dipetik dan dimakan terus dari pohonnya yang rendang di tepi sebuah anak sungai belakang rumahku. Buah manggis yang biarpun hitam keunguan kulitnya tetapi putih bersih isinya dikait dari pokok dan akan memenuhi bonet kereta Pak Su ku ketika mana dia pulang menjenguk kami dari Kuala Lumpur.

Buah ciku dipungut dari pokok dan diperam dalam tempayan beras supaya cepat ranum. Buah mangga yang berguni guni dan tidak ingin dimakan lagi dibuat jem oleh ibu saudaraku kemudian disapu kepada biskut tawar atau lebih dikenali dengan nama biskut 'mayat'. Rasa biskut 'mayat' yang tawar akan  bertukar menjadi masam masam manis dan ianya begitu enak sekali tambahan pula jika digandingkan bersama dengan kopi kampung.

Di masa kebosanan, aku akan menjengah ke rumah ayah saudaraku yang terletak bersebelahan dengan rumahku dan Mak Long ku tidak lokek mengeluarkan jeruk buah asam cermai nya yang lemak lemak rangup untuk diberikan kepadaku.

Aku masih ingat lagi buah buahan kampung yang terdapat di sekeliling tanah sawah datukku di daerah Krian sana. Pohon buah cermai, pokok buah setar atau dipanggil buah remia oleh sesetengah orang, pokok buah setoi, belimbing, mangga telor, mangga air, kedondong......ahhhh....semuanya mengembalikan nostalgia masa silam dan mempunyai cerita yang tersendiri.


Keseronokan dan pengalaman merasai keenakan buah buahan terus dari pokoknya mungkin tidak dapat diperolehi oleh kanak kanak yang tinggal di bandar. Malah sebagai guru tadika, aku merasa begitu payah untuk memperkenalkan buah buahan yang bagiku sangat tempatan ini.

Bagi budak bandar sekarang, mereka lebih mengenali buah strawberi yang aku sendiri tak pernah merasainya sehinggalah aku berada nun jauh di dunia yang asing di seberang laut ketika berusia dua puluhan.

Hmmm...
Kadang kadang aku merasa belas dengan anak muridku yang tidak berpeluang untuk menikmati dan merasai pengalaman seperti yang aku pernah rasakan. Mereka tidak memperolehi pengetahuan yang semudah ini. Semuanya terpaksa diajar di kelas. Diperkenalkan kepada buah buahan tempatan hanya dengan melihat gambar gambar sahaja.

Kalau mereka bernasib baik mungkin mereka dapat merasai nikmat pengalaman yang menyeronokan ini di dusun dusun datuk mereka di kampung. Itupun jika datuk mereka mempunyai tanah dusun seperti mana datukku dulu. Aku mengharapkan  mereka dapat belajar mengenal buah buahan ini ketika dibawa oleh ibubapa mereka ke pasar malam atau ke supermarket. Setidak tidaknya mereka dapat melihat sebahagian daripada buah buahan tempatan ini.



Aku tidak mahu kejadian yang sama berulang ketika mana aku memperkenalkan buah jambu batu kepada mereka...

.
.
.
GUAVA ialah jambu batu....
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu....
........diulang ulangkan supaya perkataan itu lekat di kepala otak anak muridku.

Dan keesokan hari bila saja aku menanya kepada mereka.... 
GUAVA??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seorang murid aku dengan kuat dan bangganya menjawab " GUA BATU"!!!!


.
.
.
.
.

.
.
.
.


CIKGU mereka rasa seperti mahu menangis..
HUWAAAAAAAAAAAAA!

sekian pelajaran hari ini.

SILA AMBIK IKTIBAR!!

4 comments:

zafi said...

adehh.... sakit perot gelak...

DrSam said...

nasib baik murid tak jawab Jerawat batu...

ASH said...

Zafi,

yo laaa..ko buat macam tu ke kat cikgu dulu!

DrSam,
lama hilang...

zafi said...

saya nak manja2 dengan cikgu saya... yong ate bila yong sebut semua buah2 tu teman jadi rindhu bebenor nak makan! huhuhuhuh