Thursday, February 21, 2013

Kisah riang ria

Assalam,

cikgu : we have learned the letter 'H', yes?((
anak anak murid : yesssss

cikgu : H for ????
anak anak murid : horse!!!
cikgu : good.... 'horse' tu apa?
anak murid 1 : kudaaaaa!!!
cikgu : excellent, very good, pandai!!

cikgu : what else ? 'h' for ????
anak anak murid : house ...!!!
cikgu : good, bagus bagus! 'house' tu apa?
anak murid 2 : rumah, cikgu!
cikgu : pandai...

cikgu : kita dah belajar words 'h'...ada lagi kan? ingat tak 'hippopotamus'?
anak anak murid : errrr...(* macam blurr blurr jer)
anak murid 3 : ingat ingat...saya ingat cikgu... (*dengan bangga dan excitednya)...
cikgu : apa dia 'hippopotamus'?
.
.
.
.
anak murid 3 : AIR BADAK , cikgu!!!!

p/s  tetiba jer cikgu rasa macam nak berendam dalam air macam badak air sambil minum air cap badak!!
 

Wednesday, February 20, 2013

sambungan...pengakhiran yang baik, InsyaAllah

Assalam,
.
.
.
Hari hari berlalu.
Sebaik bersolat Subuh di surau berdekatan, aku cepat cepat balik.
Selalunya tak menunggu imam selesai berzikir dan berdoa.
Aku zikir dan doa lebih kurang.
Secepat dan seringkas mungkin.
Bergegas aku balik.

Tok perlu dibersihkan.
Tok perlu disalinkan pampers.
Di wudhukkan.
Dia nak solat juga walaupun hanya terbaring di katil.
Ya, dia tahu kewajipannya.

Aku guna penyembur air yang selama ini aku gunakan bila mensterika baju.
Aku dudukkan Tok supaya kepalanya lebih tinggi.
Senang aku basahkan seluruh mukanya dengan penyembur air itu.

Aku wudukkan Tok seperti mana yang pernah aku lakukan sendiri di Madinah.
Ketika itu aku terperangkap dengan ramainya jemaah dan aku berada di saf yang agak depan.
Waktu itu aku tidak dapat keluar untuk ke bilik air bagi memperbaharui wudhukku yang terbatal sedangkan waktu Isya' sudah pun masuk.
Aku gunakan sebotol air dalam botol penyembur yang dibekalkan Tabung Haji.

Sekiranya pengetahuan dan ilmu berkenaan wudhuk ini tidak aku dalami nescaya aku tidak dapat mempraktikkannya buat Tok.
Tok selalu berterima kasih kepada ku.
Sebutan terima kasih itu datang dari mulut Tok
Selalu.
Itu membuatkan aku terasa sangat kerdil dan terharu.
Apalah sangat pertolongan aku itu berbanding jasanya menjaga cucunya, suamiku selama ini.

Sedang Tok selesaikan urusannya bersolat Subuh, berzikir dan berdoa, aku cepat cepat bancuhkan nestum sarapan paginya.
Tok perlu makan pagi sebelum diberikan ubatnya. Ubat penahan sakit sendi dan sengal sengal tulangnya.

Aku suapkan Tok nestum sarapan pagi sebelum aku pula selesaikan segala urusan anak anakku untuk ke sekolah. Mujurlah di hujung jalan ini ada kakak yang menjual nasi lemak, bihun dan kuih muih.
Jadi hampir setiap hari, salah seorang anakku ditugaskan membeli sarapan di hujung jalan buat anak anak yang lain.
Ibu mereka memang tidak sempat membuatkan sarapan.
Pandai pandai anak anak aku lah...

Salah seorang anakku bersekolah petang.
Ditokok pula anak yang seorang lagi yang menunggu keputusan SPMnya.
Maka kedua mereka ditugaskan mendampingi Toknek mereka.
Kiranya Toknek mereka dahaga maka mereka diwajibkan menyuakan cawan berstraw untuk hilangkan dahaga Toknek.
Sekiranya Toknek perlukan apa apa, mereka diwajibkan menolongnya ketika aku berada di tadika.

.
.
Tapi Toknek tak punyai apa apa keperluan yang penting sebenarnya.
Selama 4 jam lebih aku di tadika, Toknek hanya di pembaringan.
Tidur.
....dan bangun hanya sekali dua, meminta air kerana dahaga......

.
.

.
.
p/s (...aduhhh ...alangkah beratnya penulisan ini bagi membicarakan 20 hari hari terakhir bersama Tok )
.
.
bersambung...


Saturday, February 09, 2013

Pengakhiran yang baik...insya Allah..

Assalamualaikum,

How am I going to write this?
Hmmmmm..
.
.
.
She was here from January 15th 2013.
Me and my hubby fetched her from my mother in-law's house in Ipoh.
She couldn't move at all.

For the past three years, she could 'kesot kesot' around.
She was my nenda in-law.
and..
....this is the story of her final journey.
.
.
.
.


Tok kelihatan sungguh letih bila kami tiba dari Bangi.
Kedudukan kaki Tok kelihatan bersilang.
Mak cakap tok terduduk bila cuba naik ke katil.
Tok kata tak, dia tak jatuh terduduk pun cuma dia rasa sangat letih.
Kami tak tahu siapa yang betul.
Tok kelihatan susah hati dan kesakitan.
Mak pun susah hati.

Aku kata pada suami yang kami mesti bawa Tok balik ke Bangi.
Tok perlukan seseorang untuk menjaganya.
Dalam keadaan Tok sebegitu, aku melihat mak mungkin tidak berupaya menjaganya.
Tok perlu diangkat, dibawa ke bilik air.
Tok perlu ditukarkan lampin.
Dalam usia mak di hujung 60 an itu, mak tak mampu melakukannya seorang diri.

" Kita kena jaga Tok samada mak setuju atau pun tak."

Aku angkat tok pelan pelan. Tok kata sakit. Tapi aku perlu tukar segala galanya. Bajunya, kainnya dan lampinnya.
Tak boleh jadi. Kami mesti bawanya ke Bangi.

Esoknya 15 Januari 2013, akhirnya kami bawa Tok.
Tapi mak tak nak ikut lagi. Ada hal pasal rumah katanya.

Kami tetap bawa tok.
Baringkannya di kerusi belakang.
Dalam perjalanan aku pesan pada anak anak suruh turunkan tilam Tok dari bilik atas.
Letak tepi dinding di ruang tamu.

Sampai Bangi, aku dan suami usung Tok dan baringkannya di atas tilam.
Letakkannya di atas tilam yang ada pelapik getah, pampers dan sebagainya.

Kami keluar semula ke kedai perabut dan cari katil.
Dapat katil bujang yang senang di pasang.
Malam itu kami pasang katil dan baringkan Tok supaya mudah untuk aku menguruskannya nanti.
.
.
.
.
.
bersambung.... ( p/s jangan lupa baca Al fatihah untuk Tok)

sekian