Tuesday, July 31, 2012

Titis titis air ....

Assalamualaikum,

Pagi ini hujan turun agak lebat.
Seperti biasa kalau hujan lebat pagi pagi sebegitu maka anak murid aku agak ramai yang akan tidak ke sekolah.
Mungkin enak menyambung mimpi gamaknya..
Anak anak aku yang bertadika juga sama.
Susah untuk dikejutkan dari tidur.
.
.
.
Aaahhh...maka aku tinggalkan saja di rumah.
Aku malas nak bergaduh dengan mereka berdua.
Sewaktu sahur tadi, kedua duanya sukar dikejutkan juga.
Dari bilik, turun ke bawah dan menyambung tidur mereka di ruang tamu.
.
.
Kalau aku tidak bekerja dan tinggal di rumah menyendiri di waktu pagi  yang hujannya sebegitu, aku pun mungkin menyambung lenaku.

Hujan pagi pagi menggamit nostalgia.
Membawa aku ke daerah di utara sana.
Mengingatkan aku pada sekolah tercinta.

Kalau musim tengkujuh, bukan pagi saja hujan bahkan bersambung terus hingga ke tengahari dan juga petang.
Kadang turunnya lebat dan  kadang renyai tetapi tidak mahu berhenti.
Sang kodok mula menyanyi nyanyi di waktu malam.
Paling tak tahan, segala "creepy crawly" akan mula keluar dari rumput / bendang yang bersebelahan sekolah  merayap dan menuju ke tempat yang lebih tinggi.
Kesannya bagi mereka yang tinggal di tingkat paling bawah asrama akan mula dikunjungi tetamu istimewa!!

Entah kenapa suasana sewaktu hujan turun adalah detik yang aku gemari..
Bukan, aku tak maksudkan hujan ribut dengan guruh petir yang menakutkan akan tetapi hujan yang tanpa dituruti kilat sabung menyabung dan dentuman guruh!
.
.
.
.
Mungkinkah ada kaitan dengan bandar tempat kelahiranku?
Taiping?
Mungkin kah?

Apa pun.. aku berdoa agar Allah jadikan hari hujan ini bermanafaat untukku juga untuk sekelian makhluk.



" Ya Allah, jadikan hujan ( yang turun ini ) yang bermanafaat..."



Minta minta la tahun ni di masa bulan Ramadhan ini atau hari raya nanti tak banjir di mana mana pun  jua..

 Kalau banjir juga, kesian kat sekolah lama aku di utara sana tu...Tengok, sampai washing machine pun nak kena angkat boh tempat tinggi!!
Ambuihhh...budak la niii nuuu..siap ada washing machine!
ZAMAN aku, mesin TANGANNNN!!
haha



Sian juga kat cikgu KOOP kami ni...kena cuci KOOP sendiri!!
( ohhhh cikgu Rahim...dari zaman aku sampai la ni dia dok SETIA jaga KOOP!!  Cuma masa zaman aku belajar kat sekolah dulu, dia masih bujang..hehehe)

p/s 
courtesy seludup gambar dari kawan aku, MONI MANSOR, anak cikgu BM!


sekian

Sunday, July 29, 2012

Tak kesah lah..

Assalamualaikum,

Bawa budak kecik bongsu pergi solat subuh jemaah.
Pertama kali.
Budak kecik INSIST nak solat subuh jemaah.

Ketek ketek jalan..
Imam dah nak masuk rakaat ke dua.
Jalan dengan budak kecik bongsu tak boleh laju..
Ketek ketek...

" Eh, eh, cantiknya bintang! " budak kecik bongsu jakun tengok bintang subuh hari.

Dah lambat pun nak menikmati keindahan subuh juga.

Mak budak kecik bongsu rasa terharu.
Budak kecik bongsu pandai menikmati keindahan ciptaan Allah.

Tiba tiba mak budak kecik bongsu rasa nak buat sajak.


Pada bintang yang berkelip di dada langit..
Pada bulan yang semakin menerangi..
Pada bayu subuh yang berpuput lembut..
Pada nyanyian cengkerik yang bersahut entah di mana..
       
        Ingin sekali aku nyatakan keluh kesahku
        Namun bicara hati terpendam sendiri
        Tidak mungkin makhluk lain memahami
        Hanya Dia yang Maha Mendengar ada di sisi


Rintihan dan kesayuan memanjat jiwa
Terasa ampuh diri yang kerdil..
Di tengah bahang kemelut yang menyiksa..
Di sebalik senyuman dan riang tawa..


       Bicara mungkin tidak difahami
       Lakaran warna mungkin disalaherti
       Nyanyian mungkin sumbang didengari
       Puisi seloka sekadar untuk gelaktawa


Pada malam yang masih berbaki
Pada usia yang masih bersisa
RedhoMu  aku cuba panjati..
Oh...keampunan dan kemaafan sebelum tertutupnya mata..

Budak kecik bongsu tanya lepas solat.

" Kenapa hidung ummi merah? "

Tak kesah lah...


sekian


Saturday, July 28, 2012

So soon..

Assalamualaikum,

Ditujukan buat seorang ibu juga seorang guru yang telah kehilangan anak sulungnya dua hari sebelum menjelangnya Ramadhan akibat kemalangan berdekatan sekolah.
.
.
Innalillahi wa inna ilahi rajiun..

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around
I miss the time you were around
But I'm so grateful for every moment I spent with you
'Cause I know life won't last forever




You went so soon, so soon,
You left so soon, so soon,
I have to move on 'cause I know it's been too long,
I've got to stop the tears, keep my faith and be strong,
I'll try to take it all, even though it's so hard,
I see you in my dreams but when I wake up you are gone,
Gone so soon


Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I'm so thankful for every memory I shared with you
'Cause I know this life is not forever


There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn't help asking why
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we'll return, oh

( Maher Zain 's Song )

p/s
Al fatihah buat seorang anak muda, Muhammad Syahmi, pelajar tingkatan dua SMK J3.
Moga bonda dan ayahandanya tabah...


sekian

Friday, July 27, 2012

Ayooooo...

Assalamualaikum,

Apa la bulan bulan puasa ni mengantuk ke nyanyuk ke?
Aku dah buat satu entry sekali aku deletekan.
Sebenarnya aku nak view blog...

Adehhh...

 ..ishhh.......

sekian

Wednesday, July 25, 2012

Idea kering..

Assalamualaikum,


Chek tak tau nak tulis apa hari ni..
Lepas ni chek kena masuk dapurk awai sikit sebab chek nak pi menyagat ubi sat.
Chek tak dak mesin nyog.. kalau tidak cepat sikit kerja chek.
Chek boh gambark buleh kaaa??

Bulehhhh la kut.......nuuuu..


 Tajuk : Ayam Gajus
Tarikh masak : Selasa 24/7/2012
Tarikh makan : sama laa..kalau biag nanti tak sedap dah..
Siapa makan?
Kami laaaa siapa lagi..



Tajuk : Karipap segitiga sardin Gardenia
Tarikh masak : Selasa 24/7/2012
Rasa? terrrrrr masin sikitttt
Siapa makan?
Kami juga laa
ceduk idea dia lepas tu main campak apa yang ada



Karipap had dia buat gemok gemok..
Aku buat kempis kempis...
hehe..
.....isi sardin kena sedut dek nasi goreng sardin time sahur!



selamat berbuka untuk hari ini....

sekian

Monday, July 23, 2012

Garu garu kepala..

Assalamualaikum,

Aku tertiarap depan komputer.
Seronok mencari resepi di internet.
Tengok sana tengok sini.
Petang ni aku nak cuba resepi kakpah...

Mee Goreng Briyani....hihihi..
Kut NGAM.....selamat masuk perut..
Kut tak ngam dengan selera pun, akan selamat juga masuk perut sebab time puasa ni semua orang tak banyak kira.
Sedap tak sedap sapu belaka. Maklum la tengah lapar.
Bagus kan? hahahaha..

Ko masak la apa pun.....janji ada makanan terhidang!
.
.
.
.
.
Sebenarnya time puasa ni, ambik roti buku cicah ngan kuah kari pun SODAPPPPPP...
Tak caya??
.
.
.
.
.
Masa kat US dulu, ada suatu masa duit dah kering kontang.
Biasiswa tak sempat masuk lagi.
Kat kabinet dapur ada tepung, bawang besar ngan garam jer...
Ayam, daging, telur semua habis..
Serbuk ikan bilis pun tak nampak rupa.
Mujur ada sos tomato yang masam masam.

Jadi apa resepi untuk berbuka YANG SANGAT MENYELERAKAN?

CUCUR BAWANG!!

Tepung + bawang + garam + air ....yes, EXACTLY!
Pencicah?
Sos tomato masam masam...
hahahahhahaha
Bunyi macam daif kan?
Tapi realitinya macam tu laa..

Hakikatnya kena ingat.
Masa kita syok syok pulun masak dan makan macam macam...entah saudara kita di luar sana makan nasi berkuahkan kuah maggi sahaja!
( bab makan nasi ngan kuah dari serbuk Maggi ni kes adik aku, si Budin....hahahaha..lagi BEST resepi dia! )


So....
jangan banyak kira dan tergaru garu kepala depan meja makan tu....
Makan je la apa yang terhidang!!


sekian



Thursday, July 19, 2012

Aku tabik..

Assalamualaikum,

Dulu dulu masa aku tinggal di kawasan rumah flat di KL, jiran jiran aku kebanyakannya terdiri dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Askar askar yang rata ratanya berpangkat kopral dan beristeri suri rumah. Anak anak pulak empat lima orang. Kebanyakan mereka tiada kenderaan beroda empat. Yang ramainya mempunyai kenderaan beroda dua saja. Itu pun mujur la kut..
Aku pun masa tu langsung tidak berkenderaan sendiri. Ke sana ke mari naik bas ke, teksi ke. Kenderaan yang bila kita naik, baru dibayar.
Bila hidup dah rasa lapang sikit, baru la boleh suami aku membeli kereta.


Berjiran dengan orang yang berpendapatan rendah ni ada kelebihannya.

Kalau buat majlis apa apa, tiada masalah tidak cukup kaki tangan.
Kalau buat gotong royong, tiada masalah tak cukup pekerja.
Skill memasak bagi golongan wanitanya...perghhhh...( aku syok makan masakan kakak kakak ni masa tu )
Yang lelaki pula ( mostly mereka adalah tentera ) lagi la hebat...
VERY SKILLFUL!!
Bab nak cari kayu kat hutan, bina khemah, menyembelih lembu kambing?? mengurus dapur arang?? nasi kenduri?? Boleh TABIKKKK spring!!
Gotong royong memasak sewaktu apa apa sambutan yang dibuat di surau memang THE BEST!

Walaupun mereka bukan terdiri dari golongan yang berada atau menjawat jawatan tinggi tapi jiwa mereka besar....dan aku rasa suasana begitu agak kureng aku rasai di kariah surau aku ni...( yo laaa dah keliling kelalang jiran jiran aku ni geng geng BANGI ELIT belako.....)

Kat Bangi ni, kalau kenduri main ODA SAJA. FULL KATERING SERVIS!

Kalau buat FULL gotong royong pula akan kureng tenaga dan kureng skill sebab mostly tuan rumah pun dah  tak nak susah susah. Kebanyakan rumah ada bibik. Anak anak tuan rumah pun tak biasa buat kerja.

Anak anak tuan rumah yang dah jadi pemuda pemudi pun kira banyak lepak depan komputer saja.
Mana nak datang skill dapur, skill menyembelih lembu kambing, skill melapah lagi, skill ke hutan????...
Skill nak petik dapur gas pun tak tentu lepass...
Skill merebus telur pun  tak ketahuan hala, nak suruh masak gulai ayam? Gulai kambing?
Hmmmmmm... baik la guna katering! SIAP DUIT jer..

Hari Sabtu kelmarin aku saksikan geng geng mereka yang berpendapatan rendah bergotong royong lagi.
Ini bukan geng pakcik makcik, abang kakak di flat tempat tinggal aku dulu tu.
Tapi geng cleaners KOPUTRA ( Koperasi Kakitangan Bank Muamalat dan CIMB) yang secara sukarela menabur bakti mencuci rumah Allah yang dipilih.

Rasa malu pada diri aku sendiri..
Aku?
Buat apa kat sini??
Ambik gambor dan menyusun surah surah Yassin kat rak SAHAJA.
----> *jari pun tak sempat nak berpeluh*

Program Anjuran KOPUTRA 


 Ramai yang turun padang...


 Wak Yuk ni memang rajin..


 Bab nak guna mesin kena bagi depa...hayunnnnnn saja..


 Kita seronok ja bila semua dah bersih...


 Tak dak masalah bab cat mengecat ni..

.
.
.
.
.
bila tengok kesungguhan mereka membersih rumah Allah ni maka aku teringat keringat BANGLA BANGLA dan INDONMANIS yang mencuci rumah Allah nun jauh di Masjidil Haram.

Besar pahala wehhh..

Aku tabik!!


sekian



Wednesday, July 18, 2012

Dalam hati ngidam taman..

Assalamualaikum,

Hari ini hari Rabu.
Esok hari Khamis.
Lusa hari Jumaat.
Tulat Sabtu.
.
.
.
Maghrib esok tengok anak bulan.
Kalau laaaaaaa nampak, Jumaat puasa.
Kalau tak nampak ( cer habark mai berapa kali dah besa nampak sebab aku tak keep track record dia ),  maka Sabtu la akan kita mula puasa.
.
.
.
Puasa la elok elok...
Hiasi la ia cantik cantik....

Jangan jadi macam aku ni.
Dah la rumah bersepah.
Nak hias pun tak berapa nak mampu.
Bukan tak mampu sebab miskin wang ringgit
tapi miskin PERTOLONGAN!!

Puasa??
Entah la nak hias lagu mana pun tak tau

.
.
tulunggg tulungggg...
aku dah tuooooo ni weii..
.
.
.
Nak bertaman taman kasi rumah lawa  pun, dah tak  berkudrat!
Dah tak berkuasa.
Tak payah kuasa kuda, kuasa ikan bilis pun  jadi laa...
.
.
dan....
bior hati aku jer la yang ngidam taman!


Suka nyer tengok kobun bunga oghang ni..
Tapi ya la, bungo kalau tak pandai bela pun  lama lama jadi semak.
Kalau dah semak, seghobut mato memandang..
Bunga yang ko sobut sobut, lalang yang tumbuh berserabut!
.
.
.
Aduhai la omak...


.....dan sesungguhnya......
aku mengharap kasihMu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Engkau saja yang memahami...

Berikan aku puasa yang penuh perhiasan..
....walaupun....
....walaupun.....
....walaupun........


sekian


Apakah..

Assalamualaikum,

Kadang kadang aku bertanya pada diri aku soalan soalan ini..
Mencari cari jawapan...
Menimbal balik....
Mengimbangi diri...
Mengingatkan diri pada umur yang tinggal entah berapa hari..

Kenapa orang berebut rebut solat sunat SUNAT berjemaah TARAWIKH kat surau masa bulan Ramadhan tapi taknak memenuhkan surau atau masjid semasa SOLAT FARDHU lima waktu pada masa masa lain.

Kenapa orang perempuan selalu persoalkan solat di SURAU atau MASJID kena bermuhrim dan mendapat izin suami sedangkan nak pergi SHOPPING untuk raya atau pada hari hari biasa atau jumpa geng geng takder berteman pun?

Kenapa kalau pergi ke Mekah buat UMRAH atau HAJI tak kira perempuan atau lelaki semua berebut rebut nak solat jemaah walaupun berjalan kaki berpuluh puluh meter dan termengah mengah tapi bila balik Malaysia...surau atau masjid  tepi hidung dah tak dijengah?


Aku tanya lagi...


Bukankah Ramadhan itu bulan MADRASAH...bulan pengajian, bulan menjalani latihan ibadah  intensif?
Sepatutnya segala solat sunat dan fardhu dan amalan baik itu diteruskan pada bulan bulan yang sebelas lagi.
Solat fardhu lagi cantik kalau berjemaah.
Bacaan Al quran kan lebih molek diteruskan sepanjang tahun.
Puasa sunat alangkah indahnya dibuat acapkali?

Pandai la orang perempuan buka hukum bila tiba masa nak ke masjid atau surau...
Tu...kalau pergi ofis, pergi shopping, pergi merayap merata tu....???
Baju jarang tu nak pergi mana tu?
Ketat sendat tu pakai hukum mana pulak tu??
Ishhhhhh....
hehehehehehe
MOLEK ke diaaaaa jerr...


Hah...bang Haji, kak Hajjah ....
Ko ingat ingat sikit...
jangan menangis..... huhuhuhu...kat depan Kaabah jerr
Balik Malaysia adalah cabaran sebenor benor nye..


Aku ingatkan diri aku jerr..
Bercakap sorang diri pada skrin kosong..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Takk...aku tak gila!
Jangan tuduh aku bukan bukan...
Apa kes pulok kan?



 p/s....bulan puasa ni adalah masa terima gelang TH. Bagi mereka yang berkenaan sahaja..


sekian






Tuesday, July 17, 2012

Pantun di petang Selasa yang mendung..

Assalamualaikum,

Bulan puasa dah dekat,
Mai kita ambik berkat;
Jangan masih dok berkarat,
Dengan perkara penuh maksiat...

Tutup tutup apa yang patut,
Jangan dok dedah kepala lutut;
Buat nya dapat sakit untut,
Baru la tobat kelam kabut..

Ramadhan kita nanti nantikan,
Jangan dok gatai curi makan,
Allah nampak semua perbuatan,
Malu la sikit buat yang bukan bukan...

Ini pantun suka suka,
Buat mengisi petang yang duka;
Ambik iktibar fikiran terbuka,
Moga terhindar mala petaka..








hehehehe



p/s 

kalau kak pah tengok gambar gambar ni sure dia sibuk nak buat sambal gesek pulok bulan posa ni..
hari tu dia sembang pasai petai...
ni giliran aku dan suami kat dusun orang, tengok orang panjat pokok dan ngait petai










petai PEACE!! hehe






Bukan nama orang je ada nama PAH tau...
ini kat kampung sungai PAH, Jelebu, N9




sekian

Thursday, July 12, 2012

Jangan buat aniaya ( II )

Assalamualaikum,

Sewaktu di kelas tadi aku mengajar kira kira campur kepada anak anak murid ku.
Untuk memberi gambaran yang jelas tentang olahan kira campur itu, aku gunakan pengepit baju sebagai alat bantuan mengajar. Sebelum ini aku pernah gunakan gula gula sebagai alat bantuan mengajar.

Penggunaan gula gula sebenarnya memberi impak yang lebih kerana kanak kanak suka akan gula gula. Sessi pembelajaran akan lebih  menyeronokkan dan pada akhir waktu, semua anak anak akan lebih bersungguh sungguh mencari jawapan yang betul kerana akan dihadiahkan dengan gula gula. Pun begitu bagiku kesan sampingannya pula ialah selepas satu sessi pembelajaran, anak anak akan mula tertunggu tunggu untuk dihadiahkan gula gula lagi.

Heppppppp... cikgu tak boleh bagi gula gula lebih lebih la sayang....

Nanti gigi cepat RONGAK!


Bercakap tentang gula gula ni, aku ada suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan.....
.
.
.
.
.
.
.
Sebagai seorang kanak kanak yang berumur sekitar sembilan tahun di waktu itu, aku memang rajin bila disuruh pergi ke kedai.Tetapi kalau aku disuruh pergi oleh sesiapa selain mak atau abah aku maka diwajibkan ke atas mereka itu membayar UPAH kepadaku.

haha

Pada suatu hari sekitar jam 4 atau 5 petang, ibu saudaraku yang berumur sepuluh tahun lebih tua dariku menyuruh aku ke kedai. Kedai runcit Ah Hock terletak lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari rumahku.

" Nin, tolong beli envelope kat kak Yah, jap..." kata Kak Yah ( dia membahasakan dirinya kak saja walaupun dia sebenarnya ibu saudaraku )

" Duit??? " aku tanya kepadanya.

" Envelope, tiga kupang."

" Upah??? " aku tanya lagi kepadanya.

" Dua kupang....duit baki. "  kata ibu saudaraku sambil menghulurkan duit lima puluh sen kepadaku.

Dua puluh sen sangat besar nilainya ketika itu.
Aku tersengih sengih sambil mengambil duit syiling lima puluh sen darinya.

Sambil berjalan ke kedai aku memasang keinginan beberapa barangan yang patut aku beli dengan duit upah dua puluh sen yang aku perolehi itu.

 Kalau beli 'chickadees' dapat dua jer...tapi kalau beli cekelat ( gula gula ) dapat banyak! 

Aku berkira kira di dalam hati.


Aku nak beli cekelat (gula gula) sekupang. Dapat 8 biji. Sekupang lagi aku nak beli kacang.


Harga gula gula berangin berisi coklat di masa itu ialah 4 biji lima sen. Jadi dengan duit sebanyak sepuluh sen, aku akan mendapat 8 biji gula gula. Baki sepuluh sen lagi aku beli kacang tanah berkulit ( ala ala kacang tanah NGAN YIN sekarang ini ) tetapi yang diambil dari balang kaca besar di rak kedai runcit Ah Hock itu dan ditimbang serta dibungkus dengan kertas surat khabar lama sahaja.

" Banyak nye cekelat. Mintak satu... " kata kak Yah sebaik saja melihat poket baju skirt aku yang penuh berisi gula gula.

" Tak boleh...ini upah. Mana aci mintak " jawab aku.

" Kedekut! "

" Suka hati orang la.."

" Bertuah punya anak sedara.. bla bla bla bla bla bla..."

Kak Yah mula membebel sambil mengungkit dan mengugut aku tidak mahu diberi upah lagi atau dibawa jalan jalan ke mana mana.

Aku berlalu sambil mengulum gula gula satu persatu.
Habis gula gula, aku mengupil kacang pula.
Sambil melihat kertas pembalut gula gula dan kacang itu , aku mendapat satu akal...

JENG JENG JENG.....

Aku menjenguk jenguk mencari ibu saudaraku.

Oh tengah sembahyang Asar...

Aku tunggu.

Sedang ibu saudara ku menadah tangan berdoa, aku masuk perlahan lahan ke dalam biliknya dan meletakkan baik baik 'gula gula' di atas telapak tangannya.

" Allahhhhhhhaiiii...baiknya anak sedara aku. Terima kasih  laaa... Teringat juga nak bagi kat mak sedara dia. Sejuk hati aku..... " kata ibu saudara aku sambil tersenyum sebaik selesai berdoa.

Aku?
Menyengih nyengih penuh makna...dan cepat cepat berlalu.


Selepas beberapa minit.......












" HAMPEHHH punya anak sedara!!!! KULIT KACANG dibaginya aku!!!"
 

Aku dengar sayup sayup saja segala ngomelannya. 
.
.
.
.......dan malam tu siap le aku dengan mak.

sekian





Wednesday, July 11, 2012

Jari ibu luka..

Assalamualaikum,

Ini jari ibu.
Jari ibu luka.
Jari ibu luka kena kaca.
Ibu cuci luka itu.


Aku baca bersama sama dengan anak anak muridku bacaan ini hari ini.
Tak dapat membunyikan huruf, aku mengejanya.
Membunyikan huruf.
Membunyikan sukukata.
Mengeja dan mengulang ngulang bacaan.

Anak anak murid aku ternganga nganga kerana mengulang ngulangi ayat.

" Ini ibu jari"
" Jari ibu luka"
" Jari ibu luka kena kaca"
" Ibu cuci luka itu "

Ada yang dah kenal dan merangkak rangkak membaca.
Ada yang menghafal dan mengikut saja.
Ada yang entah apa apa dibacanya.

Kemudian untuk menduga samada mereka benar benar tahu sukukata yang diajar maka aku akan menyuruh mereka menunjuk perkataan yang aku baca secara rawak.

LU - KA....mana LU-KA??
I-BU....mana I-BU??
CU-CI...mana CU-CI??

Kemudian aku suruh mereka baca ayat ayat seorang demi seorang.
Aku tunjuk ayat secara rawak juga.
.
.
Ada yang boleh dan ada yang ternganga nganga!
Ada yang terus menangis...dan yang sorang ini memang perangainya begitu...
Tak boleh ditanya!
AYOR MATAnya yang  keluor terlebih dulu!

Sambil aku membaca ayat ayat ni, aku minta belas kasihan anak anak muridku.
Ibu jari aku pun  terluka semalam.

" Ini jari cikgu!" kata aku.
" Jari cikgu luka!" sambungku lagi.
" Jari cikgu luka kena pisau "

Habis mereka mengkerumuni aku meninjau ninjau ingin melihat ibu jari aku yang telah terhiris satu inci.

" Cikgu potong apa? " tanya Dini.
" Ayam.."
" Cikgu masak apa?" tanyanya lagi.
" Ayam bakar"
 " Kenapa cikgu tak balut? Mak saya pernah luka jari juga tapi mak saya balut " katanya lagi.

Hmmm...aku tak jawab.
Luka di jari aku  ni tak seteruk mana.
Lainlah kalau luka di hati.

Kalau hati ibu luka macam mana nak dibalut dan dirawat gamaknya?
Kan?

Hmmmm...entah kenapa dekat dekat Ramadhan ni teringat kat mak aku pulok.
.
.
.
Harap harapnya mak aku tak luka jarinya ....juga HATInya!
Kalau aku pernah melukakan hati mak, maafkan aku....terutamanya sempena nak masuk Ramadhan ni.

Apa pun sempena Ramadhan yang semakin hampir ini, aku minta maap dari semua kawan kawan di cyber world ni.


Yang kenal atau tak kenal...
Yang dekat atau yang jauh...
Yang gemuk atau yang kurus..
Yang dah bertemu atau yang tak pernah jumpa..
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang terliur atau pun yang tak heran........bila tengok ayam bakar aku ni!!


sekian


Thursday, July 05, 2012

Budak bandar..

Assalamualaikum,


Semasa kecil dulu, aku sering menunggu nunggu musim buah buahan di kampung halamanku. Oleh kerana rumah aku terletak di tanah dusun pusaka dari datukku maka terdapat pelbagai jenis pokok buah buahan yang akan berbuah semasa musimnya.

Durian, rambutan, cempedak, manggis yang ditanam oleh datuk....tidak temasuk pokok jambu air, ciku, limau manis, mangga, nangka, sukun, dokong, langsat dan pisang yang ditanam oleh ayah dan ayah saudaraku.

Sebagai kanak kanak yang membesar di kampung, aku tidak perlu diajar untuk mengenali rupa bentuk durian, rasa manis rambutan, harum wangi cempedak dan  kilauan warna buah manggis. Semua buah buahan ini seolah olah sebati dengan diri budak kampung.

Aku masih terbayang isi buah durian yang cantik menguning dimakan sebagai sarapan pagi bersama pulut dan santan. Aku juga masih terasa kemanisan buah rambutan yang merah dipetik dan dimakan terus dari pohonnya yang rendang di tepi sebuah anak sungai belakang rumahku. Buah manggis yang biarpun hitam keunguan kulitnya tetapi putih bersih isinya dikait dari pokok dan akan memenuhi bonet kereta Pak Su ku ketika mana dia pulang menjenguk kami dari Kuala Lumpur.

Buah ciku dipungut dari pokok dan diperam dalam tempayan beras supaya cepat ranum. Buah mangga yang berguni guni dan tidak ingin dimakan lagi dibuat jem oleh ibu saudaraku kemudian disapu kepada biskut tawar atau lebih dikenali dengan nama biskut 'mayat'. Rasa biskut 'mayat' yang tawar akan  bertukar menjadi masam masam manis dan ianya begitu enak sekali tambahan pula jika digandingkan bersama dengan kopi kampung.

Di masa kebosanan, aku akan menjengah ke rumah ayah saudaraku yang terletak bersebelahan dengan rumahku dan Mak Long ku tidak lokek mengeluarkan jeruk buah asam cermai nya yang lemak lemak rangup untuk diberikan kepadaku.

Aku masih ingat lagi buah buahan kampung yang terdapat di sekeliling tanah sawah datukku di daerah Krian sana. Pohon buah cermai, pokok buah setar atau dipanggil buah remia oleh sesetengah orang, pokok buah setoi, belimbing, mangga telor, mangga air, kedondong......ahhhh....semuanya mengembalikan nostalgia masa silam dan mempunyai cerita yang tersendiri.


Keseronokan dan pengalaman merasai keenakan buah buahan terus dari pokoknya mungkin tidak dapat diperolehi oleh kanak kanak yang tinggal di bandar. Malah sebagai guru tadika, aku merasa begitu payah untuk memperkenalkan buah buahan yang bagiku sangat tempatan ini.

Bagi budak bandar sekarang, mereka lebih mengenali buah strawberi yang aku sendiri tak pernah merasainya sehinggalah aku berada nun jauh di dunia yang asing di seberang laut ketika berusia dua puluhan.

Hmmm...
Kadang kadang aku merasa belas dengan anak muridku yang tidak berpeluang untuk menikmati dan merasai pengalaman seperti yang aku pernah rasakan. Mereka tidak memperolehi pengetahuan yang semudah ini. Semuanya terpaksa diajar di kelas. Diperkenalkan kepada buah buahan tempatan hanya dengan melihat gambar gambar sahaja.

Kalau mereka bernasib baik mungkin mereka dapat merasai nikmat pengalaman yang menyeronokan ini di dusun dusun datuk mereka di kampung. Itupun jika datuk mereka mempunyai tanah dusun seperti mana datukku dulu. Aku mengharapkan  mereka dapat belajar mengenal buah buahan ini ketika dibawa oleh ibubapa mereka ke pasar malam atau ke supermarket. Setidak tidaknya mereka dapat melihat sebahagian daripada buah buahan tempatan ini.



Aku tidak mahu kejadian yang sama berulang ketika mana aku memperkenalkan buah jambu batu kepada mereka...

.
.
.
GUAVA ialah jambu batu....
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu,
guava = jambu batu....
........diulang ulangkan supaya perkataan itu lekat di kepala otak anak muridku.

Dan keesokan hari bila saja aku menanya kepada mereka.... 
GUAVA??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seorang murid aku dengan kuat dan bangganya menjawab " GUA BATU"!!!!


.
.
.
.
.

.
.
.
.


CIKGU mereka rasa seperti mahu menangis..
HUWAAAAAAAAAAAAA!

sekian pelajaran hari ini.

SILA AMBIK IKTIBAR!!