Wednesday, March 28, 2012

T...T...T




Assalamualaikum,

Semasa aku masih kecil, aku dan seorang kawan ( anak jiran depan rumah ) suka lepak di atas sepohon pokok jambu batu berdekatan jalan raya.

Semasa zaman tahun 70 an dulu, di jalan raya depan rumah kami tak banyak kereta yang lalu lalang. Dan sebenarnya, di kampung aku juga tidak ramai yang berkereta. Apatah lagi melihat pemandu kereta wanita.

Jadi oleh kerana keluarga kami mempunyai kereta, ( walaupun setakat kereta AUSTIN )
maka keluarga kami menjadi agak terkenal di kampung itu tambahan pula yang memandu kereta itu ialah ibu aku sendiri. ( Ayah tiada mempunyai lesen memandu sehingga akhir hayatnya kerana phobia kemalangan jalanraya yang pernah dialaminya).






Di pohon jambu berdekatan jalanraya itulah, aku dan kawanku meneka plet kereta. Dan kadangkala mencatatnya sekali....juga meneka neka plet kereta apakah yang akan muncul berikutnya.

Itu kenangan permainan di pokok jambu.
Tiada apa yang istimewa.
Sekadar libur mengisi masa terluang.
Permainan kanak kanak yang tidak memakan belanja mahal. Cukup hanya dengan meneka neka dan bersorak sorai apabila tekaan menjadi kenyataan.






Zaman permainan meneka neka itu telah lama berlalu. Beralih kepada zaman di mana manusia berlumba menjadi pemilik. Pemilik kereta berJENAMA. Mewah dan gah adalah lambang kemakmuran kini?
Mungkin..
.
.
.
Mungkin tidak...


Aku tidak lagi meneka neka seperti dulu. Tidak juga berangan angan. Anganan ku mungkin hilang dek kerana melihat angka angka yang bersusun pada harga kenderaan seperti di atas.
Ahhhh...aku tidak mahu hidup aku terikat dan terbelit hanya kerana ingin memiliki kereta berjenama seperti ini.
Lagipun hidup dan matiku bukan untuk ini...

Tidak juga aku mahu ia menjadi mimpi ku...


sekian